CM9

28.5K 1.5K 28
                                    

Selesai belajar. Adriana dan dua orang suruhannya iaitu Aryan dan Firman melangkah ke halaman Rumah Agam tersebut. Untuk Minum Petang.

Sampai sahaja di halaman tersebut. Adriana duduk di kerusi lalu meletakkan kepalanya di atas meja tersebut.

"Err..Cik Muda okey?" Soal Adam.

Adriana mengangguk.

"Minum petang da siap." Kata Afiq lalu meletakkan minuman dan kek di atas meja tersebut.

"Kenapa Cik Muda tu?" Soal Afiq yang baru sampai.

"Penat belajar dengan Neeta." Kata Firman.

Firqin hanya menggeleng lalu duduk di sebelah Adriana. Kek yang di bawah oleh Afiq di ambilnya.

"Nanti lama-lama Cik Muda biasalah. Baru-baru mungkin Cik Muda akan rasa penat." Kata Firqin sambil memotong kek tersebut menjadi serpihan kecil dan menyuakan ke mulut Adriana.

Adriana hanya membuka mulut dan kek itu selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Sedap." Puji Adriana setelah habis di kuyah.

Afiq sudah tersenggih.

"Kembang le tu." Ujar Adam lalu membuat roll eyes.

"Fir..Nak lagi." Pinta Adriana. Kepalanya masih di letakkan di atas meja. Sungguh berat kepalanya nak di angkat.

Firqin hanya tersenyum lalu mengangguk. Dia memotong kek tersebut menjadi serpihan kecil. Lagi sekali dia menyuakan kek tersebut ke dalam mulut Adriana.

"Ni airnya Cik Muda." Kata Aryan yang sudah menuangkan air tersebut ke dalam cawan.

Adriana mengangkat kepalanya. Entah kenapa kepalanya tiba-tiba rasa pening. Namun diendahkan.

Adriana mencapai cawan tersebut. Baru nak di suakan ke dalam mulut. Cawan tersebut terlepas dari pegangan tangannya. Tubuhnya pula hampir jatuh tapi sempat di sambut oleh Firqin.

"Cik Muda!" Jerit Adam, Afiq, Firman dan Taufiq serentak.

Firqin sudah mencempung badan kecil milik Adriana.

"Korang kemaskan ni. Aku nak bawak Cik Muda masuk dalam bilik dia." Arah Firqin.

"Aryan. Kau telefon doktor." Arah Firqin lalu meninggalkan mereka berlima.

Firqin berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut.

"Nasib ade lift. Kalau tak arwah da aku nak angkat sampai tingkat 4! Huh?" Kata Firqin sendirian.

Masuk sahaja di dalam lift tersebut. Butang 4 di tekan oleh Firqin.

"Terima kasih. Maaf kalau saya susahkan awak." Kata Adriana yang berada di dalam dukungan Firqin. Matanya kuyu. Wajah Firqin pun menjadi samar-samar.

"Err..Cik Muda da sedar?" Kata Firqin terkejut.

Adriana mengangguk dengan keadaan lemah.

"Awak boleh turunkan saya. Saya boleh jalan sendiri." Kata Adriana. Suaranya kedengaran tergelam timbul.

"No! Dengan keadaan Cik Muda yang macam ni. Saya tak akan biarkan Cik Muda jalan sendiri." Kata Firqin.

Adriana hanya berdiam. Memang dia tak larat untuk bercakap. Badannya sungguh lemah.

Pintu left terbuka dan Firqin melangkah keluar.

Sampai sahaja di hadapan bilik Adriana. Pintu di buka. Firqin berjalan ke arah katil Adriana dan tubuh gadis itu di letakkan di atas katil.

"Cik Muda rehatlah ye." Kata Firqin lalu menyelimutkan Adriana.

Baru Firqin hendak melangkah. Lenggan Firqin di pegang oleh Adriana.

"Te..man..kan..saya." Kata Adriana lalu cuba mengukirkan senyuman.

Firqin hanya menggeleng lalu mencapai kerusi yang berada di dalam bilik tersebut.

Di letakkan kerusi tersebut di sebelah katil Adriana.

"Cik Muda rehatlah ye. Saya teman." Itu lah kata-kata terakhir yang Adriana dengar sebelum dirinya betul-betul terlelap.













Chapter 9 Vote and Comments if you like this story😘✨💕 Typo tu normal dan ianya bukanlah sesuatu yang pelik. So abaikkan lah ye kalau ad typo tu sebab sis tak buat double check.😹👏

Cik Muda✔Where stories live. Discover now