CM29

21.3K 1.1K 10
                                    

Adriana memakai baju sukan dan seluar track suit. Hari ini sekolahnya akan adakan hari sukan.

Dan Adriana banyak menyertai acara tersebut. Adriana memang aktif kalau bab sukan.

Adriana menuruni tangga. Malas rasanya dia hendak naik lift. Lagi pun meja makan hanya berada di tingkat bawah. Iaitu tingkat 3. Memandangkan Adriana berada di tingkat 4.

"Morning guys!" Ujar Adriana lalu duduk di meja makan.

"Morning Cik Muda." Ujar mereka berenam serentak.

"Hari ini saya balik lambat. Memandangkan hari ini hari sukan." Ujar Adriana sambil menyuakan roti jem itu ke dalam mulutnya.

"Kami tahu, Dan kami semua akan temankan Cik Muda di sekolah." Ujar Afiq.

"Huks! huks!" Adriana tersedak saat Afiq menyatakan mereka akan menemaninya.

"Eh Cik Muda okey tak?" Soal Taufiq lalu menghulurkan air teh 'o kepada Adriana.

"Okey-okey." Kata Adriana sambil mengangkat tangannya.

Masing-masing menghembus nafas lega.

"Tapi kenapa korang nak teman lah pulak? Bukan kita da deal bulan lepas yang tak perlu te ma ni saya lagi?" Kata Adriana. Perkataan temani sengaja di sebut satu persatu.

"Tak boleh Cik Muda. Lagi pun pengetua kata penjaga di galakan datang untuk memberi sokongan." Kata Adam pula.

Firman di sebelahnya mengangguk-angguk.

Adriana menghela nafas panjang.

"Baiklah. Tapi..." Adriana mengantungkan kata-katanya.

Masing-masing sudah memandang wajah Adriana menantikan perkataan seterusnya.

"Dua orang je pergi." Kata Adriana lalu menghirup air teh'o nya.

"Eh." Masing-masing da berkerut dahi.

"Sorang mak sorang ayah. Sudahlah." Kata Adriana sambil menjongketkan keningnya.

"Haa siapa yang nak jadi mak and siapa nak jadi ayah? Sila angkat tangan." Kata Firqin sambil memandang wajah kawan serumah, sekerja, dan segalanya itu.

Walaupun mereka baru kenal dalam lebih sebulan lebih. Namun hubungan mereka makin hari makin baik.

"Aku jadi ayah. Sebab aku kan sado." Kata Taufiq sambil menjongketkan keningnya.

Yang lain pula da buat-buat muntah bila mendengar Taufiq gelar dirinya 'Sado'.

Adriana pula sudah tergelak kecil melihat perangai mereka. Tak ubah macam budak-budak.

"Then? Siapa nak jadi mak?" Soal Afiq pula.

Masing-masing memandang sesama sendiri.

"Aryanlah. Sebab dia ada ciri-ciri ke ibuan." Kata Adriana memberi cadangan.

Masing-masing sudah memandang Aryan. Aryan sekadar mengangkat bahu menandakan dia tak kesah.

"Okey settel." Kata Adriana lalu menepuk kedua belah tangannya.

"Okey then. Pergi lah siap!" Arah Firqin.

Tergopoh-gapah Taufiq dan Aryan masuk ke dalam lift.

Yang lain pula sudah tergelak kecil.

"Thanks korang." Ujar Adriana tiba-tiba menyebabkan semua memandang ke arah Adriana.

"Thanks?" Soal Adam.

"Yaa..Thanks sebab tak pernah bosan nak jaga and sentiasa di sisi saya." Kata Adriana.

Masing-masing terkedu. Suara Adriana membuatkan mereka rasa di hargai.

Firqin menggeleng kecil lalu menghampiri gadis itu.

"Cik Muda. Kita orangkan da berjanji akan jaga Cik Muda seperti nyawa kita orang sendiri so kita orang tak akan lah tak sayang nyawa kita orang dan tak akanlah kita oranglah nak buat orang yang seperti nyawa kita orang ni sedih." Kata Firqin.

Adam dan Afiq turut menghampiri Adriana.

"Cik Muda. Tak perlu ucapkan terima kasih pun." Kata Afiq lalu menggosok kepala Adriana.

"Kita orang da anggap Cik Muda macam adik da walaupun Cik Muda majikan kami." Ujar Adam pula.

Firman mencapai bunga yang tak jauh darinya yang berada di dalam pasu itu lalu menghampiri Adriana..

_________________________________

Read✔ Vote⭐ And Comments👍

Segala typo mohon abaikan😑👌

Waiting to a next chapter❤

Cik Muda✔Where stories live. Discover now