Kris Diculik?!

537 48 6
                                    

Kris mengatur langkah kedepan.Wajahnya terlihat tenang.Namun jauh di sudut hatinya dia langsung tidak tahu erti tenang.Dia pening.Gelisah memikirkan musuhnya yang semakin menghampiri mereka.Memikirkan perkara tersebut membuatkan dia semakin penat.Penat dengan segalanya.

Dia duduk diatas bangku.Dia mengelamun buat seketika.Malam itu dia hanya mampu melihat pemandangan luar dengan hati yang semakin gelisah.

Dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar pada malam itu.Dia bertukar kepada serigala dengan menggunakan kuasanya,dia mengeluarkan sayapnya lalu terbang.

Sampai sahaja di dalam hutan.Dia berhenti di sungai.Niatnya ingin menenangkan fikiran.Dia kembali kepada manusia semula.Dia duduk diatas Batu yang rata lalu melihat permandangan di situ.

Bunyi ombak dan aliran air yang deras menenangkannya.Sesekali melihat pemandangan seperti ini bukan hanya dapat menenangkan dirinya tapi juga dapat mengosongkan fikirannya yang serabut bak sabut kelapa.

Dia memejamkan matanya.Tangannya diletakkan dibelakang supaya lebih stabil.Dia mengambil nafas segar lalu menghembuskannya kembali.

"Hai..Kris..bahagia nampak.."

Bulu keningnya terangkat sebelah.Suara ini.Matanya membuntang.Tak..tak mungkin..

Dia melihat pemilik suara tersebut.

"K..kau..?"

"Yup..aku..why?terkejut..?"

"Pak'

Kris rebah setelah dipukul seseorang dari belakang.

"Bagus Rapmon.."

Rapmon tersenyum sinis.

"Jom..kita bawak dia kat rumah..sebagai tebusan.."

Lelaki tertua itu mengangguk.Rapmon meletakkan Kris dibelakangnya lalu mereka hilang dari tempat tersebut.

**

"Kris..Kris hyung..?"bulu keningnya terjongket sebelah.Pelik dengan Kris yang tidak dijumpainya sejak malam tadi.

"BaekYeol hyung..korang ada nampak Kris hyung tak..?"

Mereka berdua menggeleng.

Jawapan mereka berdua membuatkan lelaki muda itu hampa.Kecewa dengan jawapan Baekhyun dan Chanyeol.

Mana pulak Kris hyung pergi..

Tak lama selepas itu dia mengambil keputusan untuk melawat Xiumin.Dia segera mengatur langkah ke bilik Xiumin.Mulut kecil molek miliknya dimuncungkan sedikit.

"Umin hyung~"sengaja dia membuat suara ala-ala manja pada hyung kesayangannya.

Xiumin tersenyum.Kelakar melihat telatah manja milik adik kesayangannya.

"Yah..Sehunnie..kamu kenapa..?herm..?"

Sehun tergelak kecil.Tarian ballet cuba dilakukan dengan sempurna dan di akhiri dengan pusingan sebanyak tiga kali.Namun nasib tidak menyebelahinya.Dia jatuh.Xiumin segera turun dari katil untuk mendapatkan adiknya yang sedang mengeluh kesakitan.

"Yah Sehunnie!tu lah tak reti nak buat ballet nak buat jugak,kan dah jatuh..ghencana?"

Sehun mengangguk.Mulutnya dimuncungkan sekali lagi.

"Saje je..Sehun nampak Kai hyung buat ballet tadi..sebab tu Sehun nak try..hehe.."

Xiumin menggeleng.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now