chapter 7

179 23 4
                                    

"Aku taknak adik aku mati untuk kali yang kedua"

Ayat itu bermain-main di dalam mindanya.Kunci van yang diberi oleh Suho dipandang sepi.Dia berasa sunyi apabila Suho dan Jisung telah memutuskan keputusan untuk keluar dari rumah mereka.

Jisung kini berada di hospital Seoul untuk diberikan rawatan.Sudah berkali-kali mereka memujuk Suho supaya tidak meninggalkan mereka semua dan membiarkan Lay yang merawat Jisung.Namun Suho masih enggan untuk terus tinggal bersama mereka.

Ya.Dia takut adiknya akan mati untuk kali ke dua disebabkan mereka.

"Hyung"

Min Seok melihat ke arah suara itu kedengaran.Dia dapat melihat dengan jelas wajah mulus adiknya yang terpapar rasa serba salah pada wajahnya.

"Hyung..Kyung Soo tahu semua ni salah-"

"Kenapa Kyung Soo nak bunuh Jisung?apa salah dia?"

Soal Min Seok tiba-tiba menyebabkan Kyung Soo terdiam.Dia hanya menunduk sambil mengetap bibirnya berkali-kali.

"Aku..aku"

"Kyung Soo,hyung tak nak marah kamu..hyung rasa Kyung Soo sendiri dah jelas kan dengan perangai hyung?hyung akan terus sabar dengan perangai Adik-adik hyung selagi hyung boleh sabar"

Kyung Soo diam membisu.Entah kenapa rasa sebak menyelubungi dirinya.Dia tiba-tiba teringat kenangan sewaktu dia cuba membunuh dirinya sendiri hanya disebabkan seorang wanita bernama Soo Hyun.

Waktu itu,Min Seok langsung tidak memarahinya malah,memutuskan keputusan untuk bertanya masalah Kyung Soo.

"Sini,duduk"Min Seok mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi bangku yang berada di halaman rumahnya.Dia melepuk-lepuk bangku kosong di sebelahnya supaya kyung soo duduk di situ.

Kyung Soo hanya menurut tanpa sebarang suara ataupun bunyi.

Min Seok mengenggam erat tangannya.Dia mengeluh perlahan.

"Kyung Soo..kenapa Kyung Soo nak bunuh Jisung?terus-terang dengan hyung..jebal"

Kyung Soo masih diam tanpa sebarang suara.Min Seok kembali mengeluh.

"Saeng..hyung sayangkan saeng..hyung tak pernah rasa adik-adik hyung selalu membawa masalah mahupun keburukan pada keluarga kita..saeng taukan?kita dah lama hidup bersama..kita juga,satu-satunya puak serigala yang berjaya bersahabat baik dengan vampire..saeng taukan?"

Kyung Soo menganggukkan kepalanya.

"Kita juga,dah macam satu keluarga..kita saling tolong-menolong,bantu-membantu..segala rintangan dan halangan kita berjuang bersama..suka..duka,sama-sama kita kongsi..Kyung Soo tak suka hidup macam ni?semuanya dah diatur..lengkap,ada adik..abang..yang sebaya,kawan..cuma tak ada kakak atau adik perempuan"

"Tapi,kita tak ada omma dan appa hyung"

Min Seok terdiam.Betul..mereka tiada ibubapa yang dapat membelai dan menyayangi mereka seperti orang lain.Tak lama selepas itu Min Seok kembali tersenyum.

"Kyung Soo..nak jumpa omma dengan appa ya?"

Kyung Soo mengangguk.

"Hurm..kejap ya"

Min Seok mula berlari anak dan masuk ke dalam biliknya.Dia mula memunggah barang yang disimpan di laci biliknya.Tak lama selepas itu dia tersenyum setelah menjumpai buku yang dicarinya.Dia kembali berlari ke arah Kyung Soo semula.

"Ni,ni album waktu kita kecik dulu"

Kyung Soo melihat album tersebut.Satu demi satu gambar dilihatnya.Dia mula berhenti menyelak apabila melihat dua susuk tubuh badan yang amat dirinduinya.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now