Chapter 10

190 18 0
                                    

Suho duduk di atas sebuah bangku lalu dia melihat kawasan sekeliling.Dia mengeluh kecil.Benar,semenjak mereka pergi dari keluarga WolfPire,dia merasa sangat sunyi,sudah tiada lagi bunyi gelak tawa,bebelan dan pergaduhan seperti selalu.Dulu,kehidupan nya selalu ceria dan tidak pernah ada kesunyian.Ada sahaja kenangan manis dan pahit yang mereka lalui bersama.Dia tahu keputusan nya untuk pergi dari keluarga itu tidak betul.Namun,dia risau.Dia benar-benar risau dengan keselamatan Jisung.Dia lebih sanggup,lebih rela hidup sunyi dari rasa kehilangan untuk kali kedua.

Dia melihat Jisung yang sedang tertidur lena dibuai mimpi.Jisung sering mengadu dia berasa sunyi.Dia rindu ingin bermain dengan Vivi Sehun.Dia rindu ingin menyakat Jungkook.Dia rindu ingin bergusti lengan dengan Min Seok.Dia rindu ingin bergomol dengan Suga di atas katil.Dia rindu ingin mengalahkan Kris dalam acara cat walk.Dia rindu semuanya.Semua sekali.Jisung rindukan semua keluarga WolfPire.Tapi,dia takut..dia takut sekiranya dia mengalah demi kebahagiaan Jisung,dia bakal kehilangan adiknya.Dia tidak mahu semua itu terjadi.

Apa agaknya?
Apa agaknya yang sedang mereka lakukan sekarang?

9:00 a.m

Waktu ini,selalunya Jisung pasti sedang melompat-lompat atas katil Suga dan Luhan untuk mengejutkan mereka dari tidur.Tapi sekarang?siapa yang kejutkan mereka berdua?lelaki paling lambat bangun tidur di dunia?

Angan Suho terhenti tatkala merasa seseorang sedang memegang bahunya.Dia tersenyum.Mungkin Jisung sudah terjaga.

"Jisung lapar?pergi makan sana,hyung dah masak"

"Suho hyung"

Mata Suho membuntang.Dia benar-benar kenal dengan suara itu.Suara sahabat baik yang pernah cuba bunuh adiknya sendiri!Dia mula melihat wajah gerangan yang memegang bahunya dan telah menegurnya tadi.Matanya dua kali ganda membulat tatkala melihat gerangan yang menegurnya.

Dia segera menepis tangan itu dari memegang bahunya.

"Kau nak apa?macam mana kau boleh tau aku dekat sini?!"soalnya.

"Hyung..aku datang sini nak mintak maaf,aku tau aku salah..maafkan aku hyung"lelaki itu cuba untuk menahan tangisnya.Dia melihat tepat ke arah anak mata Suho.

"Kyung Soo,aku dah lama maafkan kau,cuma aku terkilan dengan apa yang kau buat dekat Jisung,dah lah,kau pergi dari sini,aku tak nak jumpa kau lagi,aku takut sebab kau adik aku mati"Kata Suho.Suho langsung tidak ingin melihat wajah Kyung Soo.

Kyung Soo mula menunduk.Dia mengenggam penumbuknya seerat mungkin.Tangannya menggeletar menahan tangis yang bakal meletus dari matanya.

"Hyung.."Kyung Soo melutut di kaki Suho.Suho terkejut dengan tindakan Kyung Soo yang diluar jangkaannya.

"Aku betul-betul mintak maaf hyung..aku tak ada niat langsung nak bunuh Jisung..aku kena kawal hyung..maafkan aku hyung..tolong lah..balik,aku rindukan korang berdua hyung.."

Suho melihat Kyung Soo.Dia kasihan melihat lelaki itu,namun egonya tinggi.Dia tidak mahu kembali ke keluarga itu lagi.

"Dah lah Kyung Soo,kau melutut,menangis air mata darah sekali pon,aku tak kan balik dari keluarga tu lagi dah.maafkan aku"

Kyung Soo masih melutut.Dia kini memeluk betis Suho.Suho pula masih dengan egonya yang tinggi bak gunung everest.

"Hyung..jebal..mianhaeyo.."

"Suho,kau betul-betul dah berubah,mana Suho yang aku kenal dulu?"

Lagi sekali Suho terkejut dengan apa yang dilihatnya.Jelas terlihat wajah Min Seok yang kelihatan amat serius.Dia menelan air liurnya dengan payah.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now