Chapter 14

146 19 1
                                    

"hyung..kita,kita dekat mana ni?"

Mereka berdua melihat-lihat kawasan sekeliling mereka.Ia kelihatan seperti tidak asing bagi mereka.Keadaan tempat tersebut tidak ubah seperti hospital.Namun,keadaan hospital tersebut agak usang dan kotor.Tetapi,ia tetap penuh dengan pesakit,doktor dan jururawat yang dari tadi berjalan-jalan di sekitar hospital usang tersebut.

"hospital?bukan kita tadi dekat bangunan usang tu ke?"soal Kris yang dari tadi tidak henti-henti memerhatikan keadaan hospital itu.Pelik benar rasanya.Dia betul-betul ingat,yang mereka tiba-tiba dilanda gempa bumi semasa suasana tiba-tiba tegang apabila Kyung Soo memegang erat Kai yang sudah lemah ditikam di lengan bahagian kanannya.

Tapi sekarang?

Kenapa mereka berada di hospital pula sekarang ni?apa yang berlaku sebenarya?

"Baek,aku rasa,kita patut perhatikan hospital ni,aku yakin,pasti ada bahaya yang akan menanti kita tak lama lagi,aku pasti,mereka pasti ada muslihat lain yang diatur untuk kita,kalau tak,apa fungsi dia bawa kita ke sini"

Baekhyun mengangguk faham.Dia juga pasti,mesti ada sebab mereka bawa
mereka ke sini.Mereka mula memerhatikan gerak geri kesemua manusia yang ada di sekitar kawasan hospital itu.Entah apa yang menyebabkan mereka terasa seperti banyak perkara bahaya yang bakal menanti mereka.Ah,sudah apa lagi bala yang menanti agaknya?

Kris memerhatikan gerak geri seorang jururawat yang berada dekat dengan seorang lelaki berpakaian serba hitam.Entah kenapa,kelakuan mereka berdua membuatkan dia tertanya-tanya.Mereka sedang bercium atau sekadar berpeluk?

Mereka kelihatan sedang melakukan sesuatu,Kris hanya memerhatikan mereka berdua sehingga Baekhyun tergelak sendiri.Dia melepuk Kris yang tak lepas pandang dari melihat apa yang dilakukan jururawat wanita dan lelaki serba hitam itu.

"Hyung,kalau kau tiba-tiba datang nafsu sekalipon,tak payah lah tengok diaorang tu sampai macam tu sekali hyung,fokus sangat"gurau Baekhyun.

Kris melihat Baekhyun tajam.Apa pula yang budak ni merepek?bila masa pulak dia ada masa nak bernafsu sakan dalam waktu-waktu cemas macam ni?apa dia ingat ni mimpi ke hah?

"kau jangan sampai kepala kau hilang aku kerjakan Baek"

Baekhyun terdiam.Nampaknya,dia dah salah waktu nak bergurau dengan Kris.

Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Baek,kau tengok diaorang berdua tu betul-betul,kau rasa diaorang tu tengah bercium atau..salah sorang dari diaorang tengah membunuh?"soal Kris.

Baekhyun tersenyum tawar.Sangkanya Kris sedang cuba bergurau tapi setelah ditenung betul-betul,baru dia perasan.Lelaki tu..dia sedang..

membunuh.

"kau nampakkan apa aku nampak?kau dah faham kan kenapa aku tengok diaorang sampai macam tu sekali?"

Baekhyun menelan air liur dengan payah.Dia mengangguk perlahan.Ini kali pertama dia melihat aksi pembunuhan secara senyap didepan matanya.Kalau dipanggil polis,dia boleh jadi saksi kejadian!

"kita kena pergi dari sini,aku takut kita pulak yang dibunuh nanti"

"t-tapi-"

Kris meletakkan jari telunjuknya di bibir tanda menyuruh lelaki itu senyap.Kalau bising,mereka tentu akan dibunuh lelaki serba hitam itu kerana mereka telah melihat apa yang terjadi!

"kau kena ikut cakap aku"

Untuk kali pertama Baekhyun melihat Kris menjadi lelaki yang betul-betul cool tanpa berpura-pura dimatanya.Dia dapat merasa Kris yang di hadapannya sekarang adalah Kris yang matang dan bertanggungjawab bukan Kris yang suka berpura-pura dan 'kurang' matang.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now