chapter 5

269 29 14
                                    

" Apabila aura hitam ditanam pada badanmu,maka semua yang berada dekat denganmu bakal kau bunuh..tidak kisah sama ada saudara atau binatang..semua terlihat enak dimatamu "

Kata-kata itu bermain-main di kepalanya.Sejak dari kejadian semalam muncul dalam hidupnya,dia lebih rela mendiamkan diri.Dia tahu sesuatu yang buruk bakal terjadi pada mereka semua.Dia tahu..mereka bakal saling membunuh petang itu.Dan itu..benar-benar menakutkannya.Dia sudah beberapa kali meminta kepada Kris agar menyuruh mereka tidak bergerak ke pantai petang ini.Namun usahanya hanya sia-sia.

"Hyung!t-tolong hentikan perkhemahan kita petang ni..tolong hyung.."rayunya.

Kris hanya melihatnya pelik.Dah kenapa budak ni?ada apa-apa yang tak kena ke?

"Waeyo?"

Dia hanya menggeleng.Tangannya menggeletar.Dia betul-betul takut.

"Kau demam ke Tao?"Kris menyentuh dahi Tao setelah melihat wajah Tao yang semakin memucat.

Panas.
Ya,betul sangkaanya.Tao demam.Mungkin sebab itu Tao tak mahu keluar dari rumah.

"Laa,,kenapa tak cakap demam?nanti hyung bawak jumpa Lay okay?"

Tangan Kris masih dipegang Tao.Dia langsung tidak mahu melepaskan Kris.Dia menggeleng.Bukan itu punca dia tidak mahu kepantai.Tapi..

"Hyung..bukan tu hyung..Tao cuma..cuma"

"Cuma?"

Tao takut untuk mengatakannya.Dia takut.Betul-betul takut dengan apa yang dilihatnya.

"Cuma.."dia cuba mencari alasan.Dia melihat kawasan sendiri.Idea..tolonglah datang!

Dia melihat ke luar tingkap.Cuaca sejuk!ya,itu adalah alasan yang Bagus!

Ya!cuaca..cuaca adalah alasan yang Bagus.Mana boleh mereka ke pantai kalau kawasan bersalji?!

"Cuma..kan cuaca bersalji ni,macam mana-"

"Rileks lah,kita bukan nak ke pantai Seoul..kita nak ke pantai Busan Tao,sekarang hanya Seoul dan Incheon yang bersalji,kawasan lain masih dalam keadaan baik"

"Tapi..tapiii"Tao cuba memujuk namun gagal setelah Kris mencubit tangannya geram.Cepat-cepat dilepaskan tangannya yang memegang lengan Kris.

"No tapi-tapi,hyung dah lama tak ke pantai Tao,bukan senang tau nak pujuk Min Seok hyung ke pantai semenjak kejadian kuasa dia tak dapat nak control tu berlaku"

Ya..memang betul.Semenjak kejadian yang tidak diingini mereka berlaku,Min Seok betul-betul trauma untuk ke pantai.Dia tidak mahu lagi membekukan kawasan pantai lagi.Namun,mungkin kerana rindukan kawasan pantai yang tenang,dia telah mengajak semua orang untuk ke pantai.

Tao terdiam setelah mendengar bicara Kris.Kris betul-betul nak pergi.Takkan dia nak abaikan apa yang diiginkan hyungnya.

Dia hanya diam sambil memerhatikan Kris yang memanggil Lay untuk merawatnya.

Mungkin..kejadian tu takkan berlaku..tak semestinya apa yang aku lihat bakal terjadi..aku dah berusaha..hurmm..it's okay Tao..
Ujarnya dalam hati.

Tao melihat ke luar tingkap.Kai yang duduk disebelahnya melihat Tao pelik.Dia melihat ke arah tingkap.Jelas disitu terlihat wajah Tao berkat daripada pantulan cahaya.Dia memerhatikan wajah Tao.Pucat.

Dia demam lagi ke?tadi bukan Yixing hyung dah sembuhkan ke?

"Tao?gwenchana?"soalnya.Tao hanya diam.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now