CHAPTER 1

308 23 9
                                    

"hyung!"

Kedengaran suara anak kecil memanggil-manggil seorang lelaki yang kini pelik dengan kawasan sekelilingnya.Kepalanya terpusing-pusing mencari arah panggilan itu kedengaran.Namun hampa.Seorang manusia pon tidak kelihatan.Cuma air dan kegelapan yang ada di situ.

Dia kini melihat bayangnya sendiri yang ada pada air yang dipijaknya sejak tadi.Dia merenung wajahnya pelik.Semakin pelik setelah bayang itu berubah paras seorang anak kecil yang tersenyum sinis padanya.

"tae.."

Splash!!

Dia kini jatuh di dalam air tersebut setelah bayangan itu menyebut namanya.Sedaya-upaya dia cuba untuk berenang bagi mendapatkan oksigen yang kian hilang.Namun,usahanya terhenti setelah melihat kelibat itu.

Ya,anak kecil itu..

Dia mempunyai sayap.

"Taehyung!!"

Taehyung bangun secara mengejut.Dia mula tercunggap-cunggap seakan baru sahaja lemas di dalam air.alelaki yang baru sahaja menjerit memanggil namanya kini memukulnya dengan bantal.

"Hoi Taehyung!kau kenapa dah macam orang nak mati dah?!"marah lelaki itu.

Taehyung melihat lelaki itu.Baru dia sedar dia hanya bermimpi.Dia meraba-raba badan dan wajahnya.Basah?

"Yah!!Jin hyung!hyung buat apa ni?!"soalnya geram.

Jin hanya mencekak pinggang sambil menjulingkan matanya seakan seorang ibu yang menyampah dengan anaknya yang bangun lambat.

"hyung simbah kau dengan air tadi,hyung kejutkan kau dari pagi tadi,tak bangun-bangun,Xiumin pon dah kejut kau tapi kau tak bangun..dah bangun!dah tengah hari ni,pergi angkat tilam kau jemur dekat luar"terang Jin panjang lebar sambil mengambil baju-baju kotor Taehyung.

Taehyung masih tercengang di atas katil.Terkejut dengan penyataan hyungnya sebentar tadi.Jin yangt melihat Taehyung yang masih tidak bergerak membaling seluar dalam spiderman Teahyung kearahnya.Taehyung menyambut seluar dalam tersebut lalu mula mengangkat tilamnya untuk dijemur di luar.


****

Aku melihat luka yang dialami Jungkook lama.Jungkook sudah beberapa kali menutupkan matanya kerana takut dengan perit yang bakal dirasainya.Sehun menggenggam tapak tangan Jungkook bagi memberi semangat buatnya.Aku hanya tersenyum tawar melihat mereka berdua.Luka yang dialami Jungkook bukanlah seteruk mana hanya melecur sedikit sahaja akibat daripada terkena api yang ChanYeol keluarkan bagi memanaskan badan mereka.

Maklumlah,sekarang musim sejuk sedang berleluasa,sudah tentu ChanYeol dan Kris bakal bergabung bagi menghasilkan haba panas yang amat menyamankan.Namun,sewaktu merewka sedang bergabung kuasa,Jungkook dan Sehun bermain si kawasan itu dan secara tidak sengaja Jungkook terjatuh dan tangannya terjatuh tepat pada api yang kian marak.

"Kookie..bukan sakit pon lah.."beritahuku.

Sudah penat aku menahan lucu melihat riak Jungkook yang sudah pasti menggelikan hati.Jisung sudah terkekek-kekek mentertawakan  Jungkook yang hampir menangis menahan pedih.

"tulah hyung..lain kali,jadi budak baik macam Jisung!"kata Jisung dengan nada mengejek.

Jungkook hanya menjeling sambil mencarut perlahan.

Tiba-tiba,dapat aku lihat kelibat seorang lelaki yang membalas kata-kata Jisung sambil menggosok rambut remaja itu lembut.

"kan..lain kali jadi budak baik,baru tak luka..kan Jisungie?"

"nae,Suho hyung!"

Aku hanya tergelak kecil sambil membalut luka Jungkook lembut.

"dah siap"

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilOù les histoires vivent. Découvrez maintenant