chapter 6

269 21 9
                                    

"Hyung..aku nak pergi kedai"

Min Seok melihat ke arah lelaki yang meminta izin kepadanya untuk pergi ke kedai.Min Seok memuncungkan bibirnya.

"Chan nak buat apa?"

Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sesungguhnya dia tidak mahu memberitahu hyungnya apa yang ingin dibelinya.Lagipun dia telah berjanji dengan adiknya Baekhyun,takkan dia kena beritahu hyungnya sedangkan dia telah berjanji?

Min Seok melihatnya pelik.Dah kenapa adik aku sorang ni?tergaru sana,tergaru sini.Kena gigit nyamuk ke?rasanya tak ada pon nyamuk kat pantai ni.Soalnya dalam hati.

"alah..jomlah hyung"rayunya lagi.

"nak buat apa?kat sinikan ada banyak makanan..lapar lagi ke?"soal Min Seok kembali.

Aduh..dia dah agak..Min Seok takkan sesekali membenarkannya pergi ke mana-mana seorang diri kecuali atas urusan kerja atau untuk membawa adik-adiknya ke sekolah kecuali sekiranya dia turut ikut sekali adiknya ke mana yang ingin mereka pergi.

"bukan..tapi,,"

"tapi?"

Chan Yeol mulai buntu.Buntu untuk mencari alasan bagaimana cara untuk hyungnya berikan kebenaran untuknya ke kedai.Dia melihat Baekhyun.Baekhyun hanya tersengih ke arahnya sambil mengenggam tangannya tanda 'fighting' padanya.Chanyeol berdengus kasar.Kurang asam punya adik tak boleh harap langsung!Chanyeol kembali melihat ke arah Min Seok yang masih pelik melihat keadaan chanyeol yang semakin pelik.

"hyung..please..okay macam nilah,hyung ikut kitaorang pergi kedai sekali"ChanYeol melihat Min Seok penuh berharap.semoga hyungnya akan mengikut kehendaknya kali ini.Chaiyok!

Min Seok mengeluh lalu mengangguk.

ChanYeol melompat keriangan.Akhirnya hyungnya membenarkannya juga!

"Hyung,aku panggil Baek ya?"

Min Seok mengangguk lalu segera ke arah SeokJin dan Suho untuk memberitahu arah tujunya bersama adik-adiknya.Selesai memberitahu Seokjin,dia terus bergerak ke arah Suho untuk meminta kunci van.Yalah,takkan dia nak pegang kunci van yang terang-terang bukan milik dia.

"Suho,aku nak pinjam van kau,adik-adik aku nak pergi kedai katanya"

Suho melihat Min Seok dengan muka teruja.Mungkin dia juga ada hala tuju nya sendiri barangkali?

"Wah,baguslah tu,aku memang nak keluar pon,alang-alang sekali lah keluar..aku nak beli hadiah untuk Jisung,birthday di kan esok"

Bulat mata Min Seok apabila mendengar kata-kata Suho.Baru dia tau hari lahir Jisung esok.Hahahaha..

"Laa..ye ke?hah,bolehlah tu,aku belikan hadiah untuk dia sekali lah kalau macam tu,kau taknak ajak Jisung ke?mana tau dia nak pilih sendiri hadiah birthday"

Min Seok tergelak sendiri sambil berjalan bersama Suho lalu masuk ke dalam van.Suho melihat Jisung lalu tersengih dan kembali melihat Min Seok yang sudah bersedia untuk memandu van miliknya.

"Tak payah,nanti macam-macam dia nak,hahaha..lagipon dia tengah seronok main dengan diaorang tu,aku taknak ganggu dia tengah happy"beritahu Suho lalu tersenyum simpul.

Min Seok mengangguk.Dia faham perasaan seorang abang apabila melihat adiknya sedang gembira bersama-sama rakan mereka.Yalah,dua juga seorang abang.Sudah tentu dia dapat merasa apa yang Suho rasa.

Dia melihat,ke belakang.Kelihatan ChanYeol dan Baekhyun tersenyum gembira semasa menaiki van mereka.Entah apa yang ingin mereka belikan sehingga gembira sebegini rupa pon dia tak tahu.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now