🔞🔞🔞Chapter 18🔞🔞🔞

230 11 4
                                    

"sebenarnya..aku dah jumpa puak syaitan tu"

mata mereka membuntang.

Tao dah jumpa puak syaitan tu?maksudnya..Tao dah tau rancangan diaorang?macam tu?tapi..macam mana dia boleh jumpa puak syaitan tu?

"kau..dah jumpa?tapi,macam mana?"

Tao melihat ke arah Min Seok lalu dia mengeluh perlahan.

"aku..baiklah,sebenarnya..benda ni tak ada kena mengena dengan Tuhan dan tak ada kena mengena dengan peraturan dunia yang kita sangka ia ada kaitan dengan apa yang terjadi dengan kita semua sejak akhir-akhir ni..diaorang dah tipu kita"

Kening Kai bertaut.Tak ada kaitan?apa ni?tak faham lah!

"habis tu,kalau tak ada kaitan dengan Tuhan dan peraturan dunia tu,kenapa puak syaitan tu boleh sibuk nak musnahkan keluarga kita?"

Tao terdiam.Dia menelan air liurnya payah.

"Kai,Tuhan takkan pernah tak berlaku adil dengan semua makhluk dia dan betul tekaan kita selama ni,peraturan dunia tu sebenarnya mitos.Tak ada kaitan langsung dengan apa yang terjadi dengan kita sekarang.Berdasarkan apa yang aku kaji sendiri,sebenarnya puak syaitan tu nak habiskan kita sebab....dengki"

Mereka tercengang.Sebab dengki?apa yang diaorang dah buat sampai boleh timbul perasaan dengki tu?apa yang diaorang cuba lakukan sebenarnya?

"dengki?kejap,apa yang diaorang dengkikan dengan kita sampai diaorang nak kita saling membunuh?"

Tao terdiam lagi.Dia cuba mengimbas kembali maklumat yang dia dapat ketika dia mencari maklumat di dalam bilik puak syaitan yang ketika itu dia telah menggunakan kuasanya untuk menghentikan masa dan cuba membongkar segala punca mereka dilakukan seperti ini.

"sebab.."

"sebab korang semua dah buat Tuhan tak berlaku adil dengan kami"

Mata mereka membulat.

Suara tu..

Eh,tak mungkin..dia sepatutnya dah..

dah mati.

"kenapa?terkejut?haha"

***

"Woi!Tae hyung!!bagi lah balik ice cream Kookie tu!!!"

Taehyung hanya tergelak sambil menikmati ice  cream Jungkook berperisa vanila coklat yang ada di dalam peti sejuk.Dia memang sengaja duduk dekat peti sejuk tu,saja nak sakitkan hati Jungkook plus,dia dapat menikmati udara sejuk yang segar dekat dalam peti ais tu.

Pandai kan Tae?

Well,jejaka idaman kan??

"YAHH!!PABO!!HYUNG PABO!!!KENAPA HABISKAN ICE CREAM KOOKIE!!!!!"

Jeritan kuat Kookie berhasil memeranjatkan Taehyung yang sedang menikmati ice cream.Akibatnya Taehyung terpaksa berhadapan dengan perit tekak tambahan pula dia tersedak sebab terkejut.

"uhuk!uhuk!!uhuk!!"

Taehyung cuba mencari air namun secara tiba-tiba dia sukar untuk bernafas menyebabkan dia sukar untuk mencari air dengan baik.

"haa,padan muka hyung,habiskan ice cream kookie lagi kan,rasakan!"

Kookie yang masih tidak sedar dengan keadaan Taehyung masih tercegat sambil duduk bersandar di tepi dinding dan berpeluk tubuh.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now