Story

435 35 8
                                    

"So..apa yang nak kita story kan ni?"

Soal Jimin.Baekhyun mengusap dagunya lembut.

"How about..our family?"

"Family?hahaha,,aku takde bende yang nak diceritakan,so..better kau start dulu kot"

Jimin memberi laluan kepada Baekhyun untuk bercerita.Baekhyun tersenyum lembut.Entah kenapa kenangan sewaktu dia sekeluarga kehilangan ibubapa mereka muncul di matanya.Dia melihat Jimin.Jimin hanya diam.Dia masih tertunggu-tunggu Baekhyun bercerita.

"Kalau nak kata..aku tak ada family yang lengkap,,tentu-tentu aku ada..tapi..yeah,aku macam kau tak ada omma dan appa,,"

Jimin hanya mengangguk.Dia seperti dapat mengagak apa yang ingin diceritakan Baekhyun kepadanya.

"Tapi kau beruntung..walaupon kau tak tau siapa Wolf yang dah bunuh keluarga kau,kau tetap boleh balas dendam..tapi kitaorang lain..kitaorang terlibat dengan satu kemalangan ngeri yang menyebabkan kitaorang kehilangan omma dan appa kitaorang..dan waktu tu Kyung Soo dan Sehun koma"

Baekhyun masih tersenyum.Dia tahu..air matanya bakal jatuh sebentar lagi tapi dia masih cuba bertahan.Dia tidak mahu tangisnya akan merosakkan ceritanya.

"Waktu tu hanya Xiumin hyung dan Chen hyung yang hanya terima cedera ringan..tapi aku dan Chan hyung juga dekat wad ICU..cuma kitaorang tak koma"

Akhirnya air mata kelakiannya tumpah.Jimin kaget.Tak disangka bahawa Baekhyun yang kelihatan seperti kanak-kanak mempunyai satu perasaan sedih yang amat pada dirinya.Jimin mengusap belakang Baekhyun perlahan.

Baekhyun tergelak.Dia memegang tangan Jimin supaya Jimin berhenti melakukan perkara tadi.

"Aku okay la.."

"Tapi aku da biasa buat macam tu bila orang menangis"

"It's okay,,I'm fine now"

Baekhyun mengelap air matanya.Jimin tergelak.

"Okay aku sambung"

Jimin mengangguk.

"Walaupun Xiumin hyung dapat cedera ringan je waktu tu..tapi dia masih kena banyak berehat sebab dia cedera banyak..macam patah tangan,patah kaki"

"..tapi kau nak tau apa dia buat kat kitaorang walaupun waktu tu dia pakai tongkat dan sebelah tangan dia berbalut?"

Jimin menggeleng tidak tahu.

"Dia..dia sanggup bergerak dari wad dia dan Chen hyung semata-mata nak bagi kitaorang semangat untuk terus hidup.."

Baekhyun kembali menangis.

"Baek,Chan?gwencana?"

Baekhyun melihat ke arah suara yang memanggilnya.Dia tersenyum gembira.Sudah lana rasanya dia tidak berjumpa dengan hyungnya.Namun dia terkejut dengan keadaan Xiumin.Dia bertongkat,tangannya berbalut.Sedarlah dia bahawa hyungnya juga cedera teruk sepertinya.Namun..dia pelik,kenapa Xiumin dan Chen hanya ditempatkan di wad biasa?

"H-hyung"

Payah.
Dia terasa sangat payah untuk berkata-kata.Mulutnya terasa berat untuk berkata-kata.Matanya terpejam sedikit.

Xiumin bergerak ke arah mereka.Sedaya upaya dia cuba berjalan dengan tongkat tersebut.

"BAM!'

"Auchh"

Matanya membulat setelah melihat hyungnya jatuh kerana terlanggar kerusi.

Baekhyun cuba untuk bangun namun dia tidak berdaya.Kepalanya terasa berat.Badannya seakan dicucuk-cucuk dengan besi tajam.

"Arghh.."

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now