chapter 3

266 29 9
                                    

"Hyung aku dah balik"

Seorang lelaki mula menapak masuk ke dalam rumah sambil membawa sebungkus plastik berisi daging mentah.Dia mula berjalan ke arah dapur untuk memberikan daging itu kepada hyungnya.

"Kau dah balik Jimin?kau pergi mana selama ni?"soal Jin sambil membelek daging segar yang dibawa Jimin tadi.

"Kan aku dah bagitau..aku tidur rumah kawan dua hari..kau lupa hyung?"balas Jimin sambil mengambil susu segar dari peti susu dan menuangnya ke dalam gelas.

"Daging apa ni?mana kau dapat?"soal Jin setelah melihat daging tersebut.Pelik dia..setahu dia,dia tak ada bekalkan duit pon untuk Jimin semasa membenarkan Jimin tidur di rumah kawannya.

"Daging lembu,mak kawan aku bagi,dia kata baru lepas sembelih..segar lagi tu"balasnya sambil mula meneguk air susu tersebut.

"Eh,,kau dah balik Jimin?"soal seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dengan dua dulang kosong di tangannya.Dia tersenyum ke arah Jimin dan Jimin membalasnya dengan senyuman manisnya.

"Yup Baek hyung..erm,mana Umin hyung?tak nampak dia pon..selalunya dia ada dekat dapur teman Jin hyung dengan Kyung Soo"soal Jimin setelah perasan dengan ketiadaan Min Seok di situ.

"Ouh..Umin hyung tak sihat..Tao pon..aku baru keluar dari bilik diaorang lah ni,hantar makanan..oh ya,Tae rindu kau..Kookie pon"Beritahu Baekhyun sambil duduk di atas kerusi meja makan berhadapan dengan Jimin.

"Aik,kenapa pulak diaorang rindu aku..?tak pernah-pernah pulak.."

Baekhyun hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.Baekhyun melihat Jin yang sedang memotong daging.Dia tersenyum teruja.Wah..daging?bukan senang nak dapat daging lembu dekat korea!

"SeokJin!kau potong daging lembu ke tu?!"soalnya teruja.

Jin mengangguk.

"Haah,Jimin kata mak kawan dia bagi,aku potongkan je,esok kita makan"

Baekhyun tersenyum gembira.Lama rasanya dia tidak merasa daging lembu.Semenjak harga daging lembu semakin tinggi,dia hampir setahun tidak menyentuh daging lembu tersebut.Tak disangka,esok..dia bakal menikmati daging itu!

"Hahaha,ucap terima kasih pada mak kawan kau Jimin~"

Jimin hanya tersenyum tawar.Ya..mungkin tiada siapa yang tahu..rahsia disebalik daging 'lembu' tersebut..right?

Jin masih dalam operasi memotong daging lembu tersebut.Sedang dia memotong daging tersebut,dia terjumpa satu daging yang Agak pelik..wait..ni bukan lidah ke?

"Jimin,mak kawan kau bagi lidah lembu ke?"soalnya sambil memerhatikan daging tersebut.

"Ouh ya..mak kawan aku ada pesan,ada lidah lembu sekali.."

"Tapi..kenapa kecik"

"Dia kata tu anak lembu"

Baekhyun terdiam.Anak lembu?boleh ke makan anak lembu?"

Jin tiba-tiba tersenyum gembira.

"Serius ni anak lembu?!"

Jimin hanya mengangguk sambil bangun dari tempat duduknya.

"Wah,,anak lembu sedap lah!daging mahal ni,macam mana dia boleh bagi kau free je?"

"Sebab aku handsome"

Untuk seketika kawasan dapur menjadi sunyi.Tetapi dimeriahkan dengan bunyi cengkerik yang tiba-tiba muncul tanpa perlu dipanggil untuk memeriahkan suasana dapur.

"Baik,hambar..aku tidur dulu"

"Haa..ye..jangan lupa perah santan ya Jimin sebelum tidur"Pesan Baekhyun tiba-tiba dan bersambung dengan tawanya yang tiba-tiba meletus.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now