PROLOG

340 24 6
                                    

"Tolong!tolong jangan apa-apa kan aku!tolong!aku merayu!"

Aku berlari sepuas hatiku.Dapat ku rasa derapan kaki itu semakin menghampiri aku.Aku semakin cemas.Aku langsung tidak berani berpaling melihat makhluk yang kini berada di belakangku.Jantungku berdegup kencang.Peluh dingin semakin banyak membasahi tubuhku.Apa yang harus aku lakukan?otakku langsung tidak dapat mentafsir sesuatu yang baik buat setakat ini.

Langkahku terhenti sebaik melihat satu tembok besar yang menghalang larianku.Mulutku sudah beberapa kali mengeluarkan carutan demi carutan yang sering keluar dari mulutku.

Badanku mengigil dengan teruk.Derapan tapak kaki itu semakin menghampiri.Aku hanya mampu berundur dari mendekati makhluk itu sehingga badanku bertemu dengan dinding batu tembok itu.

Bodoh!kenapa tembok itu perlu dibina disini?!

Deruan nafas makhluk itu sangat hampir dengan wajahku sehingga dapat ku dengar setiap hembusan nafas makhluk itu.Bahang badannya membuatkan aku semakin berpeluh.Mataku tertutup rapat tanda aku langsung tidak mahu melihat wajah makhluk ini.

"Kau Jimin?"

Aku tidak pasti sama ada kata-kata itu adalah soalan atau perlian.Aku hanya mengangguk ketakutan.Dapat aku rasa kuku tajam milik makhluk itu sedang bermain-main dengan pipi dan rambut merahku.

"Jangan takut..aku cuma nak selesaikan tugas aku..Tuhan nak aku musnahkan kumpulan kau..jadi kau tak perlu risau..sebab lepas ni kau tak kan ingat aku lagi"

Musnahkan kumpulan kami?a-apa maksud dia sebenarnya?

"Ma-maksud k-kau?"

Dapat aku dengar gelak sinis makhluk ini dengan jelas.Mungkin lucu dengan soalan aku sebentar tadi agaknya.

"Tak perlu tanya..sekarang kau cuma tahan sikit je..aku nak buat kau rasa apa itu kehidupan yang sebenar"

"Ta-tahan?A-apa maksud-"

Sa-sakit!

Aku tak tahu apa dia.Tapi dapat aku rasakan ada sesuatu yang telah makhluk itu tanamkan pada badan aku.Dan aku yakin..benda itu bukanlah sesuatu yang baik.Mukaku berkerut-kerut menahan kesakitan.Peluh semakin banyak keluar dari liang-liang romaku.Bibirku aku gigit kuar sehingga dapat aku rasakan darah mulai mengalir keluar.

"Sakit?"

Aku mengangguk ketakutan.Makhluk itu kini berundur sedikit dariku.Dia tersenyum sebelum..

Purff..

Dia kini hilang.Aku tak pasti tentang apa yang dia telah lakukan padaku.Yang aku tahu.Dia dah pergi.Pergi tinggalkan aku,dan biarkan aku dalam kesakitan.Perit yang aku rasakan tadi masih terasa di tubuhku.

Aku tersenyum.

Aku bebas.

Aku melepaskan keluhan kecil.Dia..dia takkan datang lagi kan?

Badanku aku rebahkan pada jalan tar yang dari tadi aku pijak dengan perasaan takut.Terletus tawa kecil dari mulutku.

Betul kan..?
Dia takkan muncul lagi kan?

Aku mulai mengelap peluh yang mengalir laju di dahiku.Aku tersenyum lega sebelum semuanya gelap.

***

[Author pov]

Kyung Soo melihat kawasan sekeliling dengan pandangan pelik.Entah kenapa sejak akhir-akhir ini jiwanya terasa seakan tidak tenang.Dapat dia rasakan seakan ada seseorang yang mengikutinya.Tapi..siapa dia?

Dia melihat Kai dan Tao yang berada di belakangnya.Mereka sedang rancak berborak bersama.Entah apa yang diborakkan dia juga tidak tahu.Malas rasanya ingin mengambil tahu soal mereka.Yang dia tahu,dia betul-betul dapat rasakan,ada yang mengekori mereka.

"Kai..Tao..korang rasa tak..apa yang aku rasa?"

"Rasa"

Bulat matanya setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut Kai.Tak sangka bukan dia sahaja yang merasakan perkara tersebut.Bersyukur dia tidak terhingga.

"Kau..rasa apa?"

"Panas"

Terus dialihkan pandangan fokusnya pada Kai setelah mendengar jawapan itu.Dia patut tahu,Kai tak pernah serius dalam apa-apa perkara pon.Kenapa dia lupa tentang perkara penting itu?huh..

"Kenapa betul kan?aku tengok kau berpeluh-peluh,yang,peliknya tak ada pulak kau lap peluh kau,selalunya kau lap,kau ada masalah ke apa?"soal Kai.

"Haah,cuba cerita"sampuk Tao pula.

Kyung Soo hanya meneruskan perjalanannya tanpa kembali melihat dua lelaki yang kini tertunggu-tunggu jawapan darinya.Dia hanya berjalan sambil memegang kedua tali beg yang sedang dipakainya.

"Entah..aku rasa..ada yang sedang perhatikan kita..Tao..kau boleh tengok apa yang akan berlaku pada masa akan datang?"

Tao menggeleng.Dia baru perasan akan sesuatu.Dia tidak dapat melihat apa-apa pon.Bukan seperti sebelum ini..sebelum ini,apa-apa pun dapat dia lihat tanpa halangan.Namun kali ini..berbeza.Berbeza dari sebelumnya.

"A-aku..aku tak dapat tengok apa-apa..tapi..aku dapat rasa,ada sesuatu yang tak baik akan berlaku lepas ni"jawab Tao.

Kai dan Kyung Soo terhenti dari langkahnya.Mereka mula melihat Tao.Tao mulai berpeluh dingin.Mungkin dia mulai sedar sesuatu atau mulai nampak sesuatu.

"Kau okay Tao?"soal Kai risau.

Tao hanya menggeleng.

"Tak..cuma..aku pelik..semuanya terlihat hitam..aku tak boleh nampak apa-apa.."

Kai mula memegang lengan Tao dan Kyung Soo.Entah mengapa dia merasa tidak selamat di situ.Tao dan Kyung Soo mula melihat Kai yang mula berubah riak cemas.

"Jom kita balik..aku dapat rasa sesuatu tak baik akan berlaku lepas ni"terang Kai.

Mereka hanya mengangguk dan membiarkan Kai meneleport mereka pulang.

Entah apa yang bakal berlaku..mereka pon tak pasti..yang pasti..sesuatu yang Agak menarik akan berlaku tak lama lagi..




-sorry guys!sikit dan tak seronok right?seperti yang dijanjikan sambungan wolf telah muncul untuk kali pertama~maafkan saya kerana tidak mengeluarkan watak utama pada prolog..baeklahh sila tinggalkan komen dan vote anda yaa~bye~

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now