chapter 8

228 19 2
                                    

"Pu..puak syaitan?"

Kyung Soo mengangguk.Dia pasti dengan apa yang dikatakannya.Sejak kejadian dia hampir-hampir membunuh Jisung.Dia dengan sendirinya telah menyiasat apa yang berlaku ke atas dirinya sendiri.

Dia mula menutup album yang dibeleknya dari tadi lalu diletakkan diatas meja.

"Kyung Soo tanya Tao,dan dah siasat juga..dekat lagi seorang kawan kita yang dah kena benda yang sama dekat Kyung Soo..tapi.."

"Tapi apa?"

Kyung Soo mengeluh.

"Dia dah tak boleh dikawal..sebab ada benda yang puak syaitan dah tanamkan pada badan dia..Kyung Soo jadi macam ni sebab terkena sikit kesan sampingan dari dia.."

Min Seok mula pelik dengan apa yang adiknya cuba sampaikan kepadanya.

"Orang yang saeng ma-"

"Jimin"

Belum sempat Min Seok ingin bertanya Kyung Soo telah memotongnya.Min Seok terdiam.Dia dah Agak.Tao pernah memberitahu nya sebelum ini.

"Macam mana saeng boleh kena kesan sampingan tu?"

"Waktu pagi..masa Jimin balik dari rumah kawan dia.."

"Annyeong!!hyung!!bukak pintu!!"

Kyung Soo yang waktu itu sedang mengumpul barangan yang ingin digunakan untuk memasak terkejut dengan hentakkan pintu utama rumah.Segera dia berlari ke arah pintu tersebut dan membukanya.

Terserlah lah wajah Jimin yang berpeluh-peluh dan pucat.Jimin terus berlari ke bilik air setelah pintu dibuka.Kyung Soo pula segera berlari ke arah Jimin dan membantu Jimin yang sedang memuntahkan semua makanan yang ada di perutnya.

Kyung Soo menggosok-gosok belakang badan Jimin lebih selesa.Waktu itu,Kyung Soo dapat menghidu satu Bau yang lain dari yang lain.Dia tidak pernah menghidu Bau itu seumur hidupnya.Namun,demi membantu sahabatnya,dia tetap duduk di tandas tersebut.

Setelah selesai,Jimin mula mengambil segelas air kosong yang disimpan di dalam peti sejuknya.

"Kau kenapa Jimin?pagi-pagi dah macam orang mabuk sesat singgah rumah,nasib baiklah hyung dengan Adik-adik kita tu semua jenis tidur mati,kalau tak naya je kau kena sembelih dengan diaorang"bebel Kyung Soo yang masih tertanya-tanya dengan sikap Jimin pagi itu.

Jimin tersengih.Tak lama selepas itu dia tiba-tiba melepuk dahinya sendiri.

"Alamak!ada barang tertinggal!"

Kali ini giliran Kyung Soo melepuk dahi.Agaknya memang Jimin sedang mabuk.Entah apa yang tertinggal pula kali ini dia juga tidak tahu.

"Aku pergi ambil barang kejap ya?nanti aku balik"

Kyung Soo hanya mengangguk.Dia hanya melihat jasad Jimin yang kian menghilang.

Tak lama selepas itu dia mula memegang kepalanya.Sekelilingnya seakan berpusing.Matanya mulai berpinar.

"Ke-kenapa ni?"soalnya.

Tak lama selepas itu dia dapat melihat dengan jelas disekelilingnya terdapat banyak darah yang mengelilinginya.

Tapi dia pelik.Dia langsung tak terkejut.Cuma dia rasa..





Suka..sukakan darah..







"Jadi,waktu tulah,sebab waktu tu Kyung Soo tolong dia"

Min Seok mengangguk.

"Tapi,macam mana pula saeng dapat tau puak syaitan yang buat semua kerja ni?"soalnya masih keliru dengan penyataan adiknya.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz