chapter 2

264 22 10
                                    

[Jimin pov]

Aku berjalan dengan langkah longlai.Tin yang ada dihadapanku aku sepak dan terus menyepaknya sehingga dia jatuh ke bawah jambatan.Aku mengeluh kasar.Kejadian semalam betul-betul memenatkan.Entah apa yang makhluk itu mahukan daripada aku sehingga sanggup mengejarku hanya untuk memasukkan sesuatu ke dalam badanku.

Tunggu..Sesuatu?ya..baru aku teringat..ada benda yang dia tanamkan di dalam perutku.Tapi,apa dia?adakah dia akan menyakitkan aku?atau..ia sekadar barang permainan dan perhiasan untuk badanku?

Mustahil itu cuma barang hiasan atau mainan..kalau begitu..apa dia?

Sedang aku berjalan tanpa arah tuju.Perutku berbunyi membuatkan aku mencarut perlahan.Aku..aku lapar..sejak aku dikejar makhluk yang aku tidak pasti apa dia..aku langsung tak makan.

Aku mencelup poketku untuk mencari wang.Namun hampa,satu keping wang pon langsung tidak aku jumpa.Tapi..aku lapar.

Aku melihat kawasan sekeliling.Di sebelah kiriku mempunyai dua gerai makanan manakala di sebelah gerai tersebut mempunyai satu kedai haiwan peliharaan.Bagaimana aku mahu membeli makanan tanpa satu keping wang pon?

Kakiku mulai mengatur langkah ke arah kedai haiwan peliharaan tersebut.Pelik bukan?aku lapar dan memerlukankan makanan untuk aku isi perutku yang tidak henti-henti berbunyi mengeluarkan bunyi yang aku tidak suka mendengarnya.Tapi,bukan gerai makanan itu yang dapat menarik perhatianku.Namun,kedai haiwan ini lebih menarik perhatian buat aku.

Seorang pekerja wanita berpakaian seragam kerjanya menyambut aku dengan senyuman manisnya.Aku melihat kawasan sekeliling.

Ya,tiada satupon cctv yang ada di sini.Dan aku pasti dapat melakukan kerja aku dengan baik sekali.

"Selamat datang tuan,ada apa-apa yang boleh saya bantu?"soalnya.

Aku tersenyum.Aku melihat kaunter yang dijaga wanita ini.Langsung tiada sorangpon pekerja lain yang turut sama menjalankan tugas pekerjaan bersama wanita ini.

Aku mula melihat mata wanita ini dalam dan mula menggunakan kuasaku yang telah sekian lama tidak aku gunakan.

Mind control.

Wanita ini mula tenggelam dalam fikiranku.Aku tersenyum,ya..aku berjaya.

"Kau ikot aku,bawak kunci pagar haiwan tu sekali"

Wanita itu hanya menurut apa yang aku katakan.Dia mula mengikutku.

Seekor demi seekor haiwan aku perhati.Semuanya..nampak menyelerakan.Langkahku terhenti tatkala melihat satu ekor anjing besar sebesar anjing polis berwarna kelabu dan berbulu lebat.Tentu harganya sungguh mahal dan ya..lebih mahal lebih menyelerakan.

Aku melihat wanita itu.

"Lepaskan anjing tu,bagi pada aku"

Wanita itu hanya menurut.Dia melepaskan anjing itu dan memberinya kepadaku.

"Tutup balik sangkar tu cepat dan halalkan apa yang aku ambil ni,aku tak nak aku makan daging haram.."

Wanita itu menurut.Dia menutup sangkar itu dan kembali mengikutku ke kaunter.

"Lupakan aku"

Mata wanita itu tidak berkelip.Aku tersenyum nakal dan segera keluar dari kedai tersebut.Aku mula memetik jari supaya mind control aku pada wanita itu hilang.Aku berjalan seperti biasa sambil membawa anjing ini.

Aku melihat anjing yang dari tadi menjilat-jilat kakiku manja.Mungkin dia ajak aku bermain barangkali?

Aku mencengkong lalu mengosok kepala anjing itu lembut.

Book 1 And Book 2: Wolfpire And DevilWhere stories live. Discover now