Makna berani

1.4K 201 9
                                    

"Pergilah pasang sendiri... Abang tengah sibuklah, Arash..."

"Kalau meletup kena Arash nanti macamana? Abang, tolonglah... Sekejap saja!"

Eizham menghela nafas berat. Dia mendongak dan pandangan matanya diisi wajah Arash.

Wajah adiknya yang ketika itu baru berusia 12 tahun itu comot dengan celoreng hitam di wajahnya. Entah apa yang dibuatnya sebentar tadi. Matanya yang bundar terkedip-kedip, mengharap bantuannya dengan bersungguh-sungguh. 

"Apa yang Arash ni mahu sebenarnya?" rungut Eizham dalam hati. Dia pandang mesin buangan di hadapannya yang disuluh lampu. Hari sudah semakin gelap. Eizham sedar dia kena melerai mesin buangan itu dengan segera. Kompenan yang elok sahaja akan diambil dan diinovasikan. Kalau boleh dia mahu cepat siap sebab dia lebih risaukan keselamatan mereka berdua di tempat sebegini.

"Abang, cepatlah!" budak lelaki itu berdegil juga. Ditariknya lengan abangnya yang tua 5 tahun itu.

Mahu tak mahu, Eizham merelakan sahaja dirinya diheret adiknya itu. Arash pula gigih menarik lengan abangnya sehingga sampai di satu kawasan yang lapang.

Sampai di sana, Arash menyuluh sesuatu dalam gelap. Cahaya dari lampunya menerangi sebuah roket buatan tangan yang diperbuat daripada gulungan kertas tebal yang dikitar semula. Roket bersaiz sederhana besar itu tak kemas hiasan luarannya. Asal ada tempelan kotak yang membolehkannya mempunyai bentuk asas roket. Maklumlah, budak-budak...

Tapi, yang buatkan roket adiknya itu nampak istimewa ialah adanya penyokong roket itu yang berupa replika pelantar pelepasan roket angkasa lepas. Siap ada miniatur askar di sekeliling pelantar roket mini itu pula!

"Nak lancarkan roket inikah?"

Arash kecil mengangguk dengan bersemangat. "Daya tolakan itu pakai bahan bakar tau! Macam vernier roket betul!"

"Dah tu, tunggu apa lagi? Bukankah senang tu. Tinggal bakar sumbunya? Lepas tu lari!"

Arash pasang wajah ngeri, "Kalau Arash tak sempat lari? Kebabooom! Nak benda tu berlaku?"

Mengugut nampak? Eizham ketawa.

"Kalau begitu tak payahlah pasang roket tu. Arash ni penakut sangat. Kalau takut ambil risiko, kamu takkan dapat bina masa depan. Cuba jadi pemberani sikit!"

"Eik, abang sendiri cakap dulu. Orang yang berani itu bukan terus terjun masuk ke dalam lubang tanpa fikir apa-apa. Tapi, orang yang berani itu mengukur kedalaman lubang baru masuk ke dalamnya dengan berhati-hati," balas Arash sama tegas.

Eizham jadi terkedu mendengar kata-katanya sendiri yang kini menikam dirinya kembali. Pandai Arash putar-belit!

"Sebab tu Arash dah ambil beberapa langkah keselamatan. Sumbunya panjang, tempat pelepasannya luas...dan abang sebagai pembakar sumbunya!"

"Kenapa abang pun termasuk dalam langkah keselamatan kamu?" Eizham bercekak pinggang.

Arash tersengih lebar. "Sebab abang, kan 'abang'!"

Eizham tekup muka. Ekspresinya yang mahu berpura-pura marah sebentar tadi berterabur menjadi ketawa.

Aduh, dia memang tak tahan dengan budak seorang ni. Ada sahaja gayanya yang mencuit hati!

"Yalah... mana pemetik api?" Eizham akhirnya mengalah. Tak dilayan kehendak budak ni, dia juga yang susah nanti.

Arash menyerahkan pemetik api bersaiz kecil kepada Eizham. Mereka berdua berjalan menuju roket kecil itu. Sebaik sahaja sumbunya dibakar,  mereka berdua segera lari jauh.

"Fieuuuw...
Bomm boom boom Boom!!!"

Eizham terpana melihat langit malam yang terang benderang dihiasi bunga api berwarna-warni. Bunga api merah, biru, kuning dan hijau bermekaran di gelapan langit. Cukup menakjubkan!

"Bunga api?! Macamana..."

"Hebat, kan?" kata Arash sambil menggosok hidungnya dengan telunjuk, tanda dia sedang berbangga. "Selamat hari jadi, abang...walaupun sekarang belum 12:00 malam... Abang akan 17 tahun. Tua dah!"

Eizham tidak terkata apa-apa. Dia ketawa terharu sambil memeluk kepala adiknya yang tingginya cuma lebih kurang paras pinggangnya itu. Dia menggosok kepala Arash sampai kusut-masai.

Ini rupanya kerja dia sejak semalam asyik berkurung di dalam ruang kerja ayah mereka!

"Eh sekejap. Bunga api tu berwarna-warni. Macamana kamu buat?" tanya Eizham. Kesan cahaya 'luminous' masih kelihatan di dada langit, baki letupan bunga api itu.

"Apa susah? Ada tangan robotik, kan? Empat warna bunga api itu datang daripada logam unsur logam. Merah daripada Strotium, biru daripada Kuprum, kuning daripada Natrium dan hijau daripada Barium!"

 Merah daripada Strotium, biru daripada Kuprum, kuning daripada Natrium dan hijau daripada Barium!"

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

"Mana kamu dapat semua bahan tu?" Eizham bertanya curiga.

Arash tersengih lebar. "Makmal ayahlah. Mana lagi...?"

"Hah?! Itu simpanan abang!" jerit Eizham.

Manakala Arash sudah pecut lari terlebih dulu sambil ketawa terdekah-dekah. "Alamak, fius abang dah terbakar! Lari...!"

"Wei, bumper remuk! Jaga kamu! Berani kamu kerjakan bahan kimia abang?!"

"Hahaha!" ketawa Arash bergema dari jauh, buatkan Eizham makin geram.

Lalu dua beradik itu saling berkejaran di dataran kontang yang luas itu.

.....................................

[703 words]

[Pss: ini cuma selingan iklan dan sisipan. Kenangan Arash dengan abangnya. Ada satu lagi bahagian. Sebab panjang sangat Niemza terpaksa potong dua. Akan update malam ni.]

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now