Gema

1.4K 194 25
                                    

Rasa kebas yang seakan-akan menyelimuti aku sebentar tadi semakin berkurangan. Dari leher, menjalar turun sehingga ke kaki. Otot yang masih berbaki rasa kejang aku regang-regangkan. Rasanya badan aku macam diregenerasikan semula.

Akhirnya, aku mampu bangun dan bergerak. Bila aku dah rasa kembali normal, aku mendongak memandang mereka semua.

"Kamu semua, saya dah boleh gerak. Jad...,"

"JANGAN BERGERAK!" teriak mereka bertiga serentak. Aku terkaku dengan satu kaki yang terangkat nak melangkah.

"Apa masalahnya sekarang?!" Aku balas balik dengan menjerit juga. Takkan mereka nak dalam keadaan begitu selamanya?

"Arash, jangan pijak sembarangan. Seluruh lantai di depan kamu itu ada perangkap," terang Elyssa.

Aku melutut untuk memerhatikan lantai. Kosong. Hanya debu-debu tebal yang bertebaran. Takkan aku langsung tak boleh bergerak langsung dari titik aku berdiri ini?

"Bukan di situlah... jalan lima langkah ke depan. Kau akan nampak ada garisan di atas lantai. Itulah perangkapnya..." kata Raizhan dengan nada malas. Aku tersengih sendiri, rasa malu dengan lurus bendulnya aku.

Aku pun melangkah ke depan seperti yang dikatakan Raizhan. Sampai di sana, aku nampak ada lekuk di atas lantai yang membentuk garisan. Bila aku perhatikan betul-betul, garisan itu bersambung-sambung membentuk corak berpetak-petak di atas lantai sehinggalah ke hujung ruangan itu. Di hujung ruangan itu pula, aku nampak sebuah pintu gerbang yang tertutup.

"Jadi, seluruh inci lantai di depan saya ini ialah perangkap?"

"Ya," jawab Raizhan, "Mekanismanya sama seperti perangkap sebelum ni. Jika kau terpijak mana-mana petak itu, pelbagai jenis perangkap akan muncul bila-bila."

"Perangkap itu akan muncul begitu sahaja. Tak payah nak fikirkan logik. Dalam sini, logik tak ada peranan. Jadi, kau tak boleh nak jangka perangkap yang akan kau hadapi," sambung Nikho.

Aku mendesah sambil menggaru kepala. Susah juga kalau begini. Nak selamatkan mereka bertiga, satu perkara. Nak keluar dari ruangan ini pun, satu hal juga. Dahlah seluruh lantai untuk berpijak pergi ke sana dipenuhi dengan perangkap! Sudah begitu, satu-satunya petunjuk yang kami ada, dicuri!

Aku menepuk dahi.

Malangnya.

"Kamu kena hati-hati, Arash. Saya teringat rangkap kedua puisi dalam kertas petunjuk itu ada beri amaran dan klu tentang ini," kata Elyssa, sedikit menjerit kerana jarak kami agak jauh.

"Gerak-gerimu harus waspada,
Intuisi tumpul bawa bencana,
Jarum beracun, akan menerpa,
Kelak terbongkar apa yang terpendam..."

Kami bertiga terpaku sebentar mendengar rangkap puisi yang dibacakan semula oleh Elyssa. Betul juga apa katanya. Nampaknya puisi itu menggambarkan tahap-tahap cabaran yang akan kami hadapi. Cuma, aku masih tak jelas apa yang dimaksudkannya dalam dua baris ayat terakhir dalam rangkap puisi itu.

Adakah maknanya jika aku memijak petak ini, ada jarum beracun yang akan menerpa?

Maka, dengan sengaja hujung kakiku menguis petak yang ada di depanku.

"Arash, jangan!"

Saat mereka seia-sekata menjerit, aku mendengar sesuatu berdesing seperti jatuh dengan kelajuan tinggi dari atas. Spontan aku melompat ke belakang sejauh yang mungkin.

'CHAANGGG!'

Tepat-tepat ketika aku mendarat di belakang, sebuah kapak gergasi terpacak di tempat aku berdiri tadi. Selang beberapa saat sahaja!

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now