Sedar Semula

1.1K 205 17
                                    

"Jadi, berikhtiarlah untuk hidup... apa pun caranya, Arash..."

"...Arash..."

"...Arash."

"ARASH!"

Aku tersentak lalu mataku terbuka luas. Siling yang nan tinggi dan gelap menyapa pandangan.

"Apa yang sudah terjadi?"

Buat seketika aku kebingungan. Badanku terasa sejuk dan kejang, bagai terperangkap dalam bongkah ais. Untuk menggerakkan jari-jemari sahaja terasa begitu payah. Seperti aku baru sahaja terjaga dari tidur ribuan tahun!

"Arash! Kau dah sedar?" Namaku diseru lagi. Bukan suara abang, tapi suara Raizhan. Kemudian bertingkah-tingkah dengan suara Elyssa dan Nikho yang menjerit-jerit kegembiraan.

"Di... di mana mereka semua?"

Aku menggagahkan diri untuk bangun namun masih gagal. Aku hilang rasa dengan badan sendiri. Seketika, aku terpandang baki cecair 'darah' yang semakin mengering di bahuku. Serta-merta ingatanku kembali.

Racun. Aku pengsan dan... Aleena! Dia yang telah memberikan aku posyen penawar kepada racun yang mengenai aku. Tapi, di mana dia sekarang?

"Arash!" Aku mendongak dalam keadaan baring itu untuk mencari punca suara Nikho.

Aku menganga, "Apa yang terjadi kepada kamu semua?!"

"Err... hahaha. Panjang ceritanya. Kau dah boleh bergerak?" kata Raizhan sambil ketawa gugup. Dia terlekat pada dinding batu sekitar 2 kaki dari lantai, dengan puluhan bilah lembing besi terpacak di sekitar tubuhnya. Raizhan bergantung pada bajunya yang terpin pada dinding kerana  ditembusi lembing-lembing itu.

"Apa yang...? Kamu... Ergh!" Soalan yang ingin aku ajukan bertalu-talu hanya terpotong sampai di situ.

"Kenapa saya tak dapat bergerak?!" tanyaku sedikit panik.

"Jangan risau, Arash. Posyen penawar yang Aleena berikan masih dalam proses meneutralkan racun dalam badan kau. Sebab tu kau masih belum dapat bergerak. Racun tu masih ada!" terang Nikho dari sisi lain.

Aku paksakan kepalaku untuk mendongak demi mencari keberadaannya.

"Hai!"

Aku menganga luas melihat keadaan Nikho. Dia tergantung pada langit-langit dengan keadaan separuh terbalik. Tubuhnya terperangkap dalam gulungan tali-tali yang berselirat. Hanya tangan kirinya bebas untuk bergerak-gerak.

"Serius, apa yang terjadi pada kamu semua?!" Desakku frustasi. Seketika kemudian, aku teringat sesuatu. "Mana Elyssa?!"

"Saya di sini!" Suara Elyssa kedengaran.

Aku lega dengar suaranya. Tapi, sebelum aku melilau mencarinya, aku tarik nafas dalam. Barulah aku kerahkan kerahkan tenagaku menggerakkan tengkuk yang masih kebas-kebas.

"Oh tidak..."Tepat dugaan aku. Keadaan Elyssa juga lebih kurang yang lain. Dia terperangkap dalam sangkar besi yang tergantung di hujung pancang besi yang besar. Pancang besi itu pula seperti baru dipacak di dinding dengan kekuatan yang besar. Sampai menjalar retaknya pada dinding.

"Buat yang kesekian kali..." Aku menutup mata dan menghela nafas paling dalam.

"APA YANG TELAH TERJADI PADA KAMU SEMUA?!"

(406 words)
...................

Author Note:
Hai, semua. Niemza di sini.
Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada readers yang dah lama menunggu. Uhh... Saya rasa bersalah sangat. Ramai yang minta update segera. Tapi, saya tak mampu nak bagi update sebab... well, saya ada kesulitan. Writer block?

Beginilah.

Kalau kamu semua perasan, setiap bab-bab yang lepas patah perkataannya akan mencapai 1000 hingga 3000 patah perkataan.

Sebelum saya sambung belajar, nak capai jumlah patah perkataan itu agak mudah. Tapi, sekarang saya dah sambung belajar, jadi... haha...😶😓

Jadi, saya memutuskan untuk update secara kerap tapi setiap update akan pendek-pendek. Macam episode kali ni, 406 patah perkataan saja. Bolehkan?
Saya harapkan sokongan anda semua.

Terima kasih!

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now