Perkara yang Dilupa

1.5K 196 36
                                    

Apabila pagi menjelma, kami berempat bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Untungnya, kami dapat memenuhkan perut dengan makanan yang ditinggalkan oleh pemain yang telah dikalahkan Raizhan dan Nikho.

Itu untung. Tak untungnya ialah aku. Barang yang aku kena bawa bertambah! Ingat aku lorikah?!

Sekali lagi, alasan mereka menumpukkan banyak barang bawaan kepadaku ialah untuk menambahkan kekuatan otot aku.

Cis, Nikho memang sengaja mengenakan aku agaknya. Kalau bukan sebab Elyssa berkeras mahu bawa semua bahan masakan di samping barang-barangnya sendiri, Nikho pasti menambahkan beban barang bawaanku dengan sengaja!

Sekali lagi aku harus pasrah. Hanya ini yang dapat aku sumbangkan setakat ini. Aku tak mahu jadi beban.

Kami memulakan perjalanan ketika panas mentari pagi mulai terasa. Perjalanan kami lancar selama dua jam. Aku sampai jemu memandang pepohonan malar hijau di bawah kami.

Menurut perkiraan aku, kami sudah berada setengah perjalanan menuju check point pertama itu. Pengembaraan ini jadi mudah sebab kami ada hoverboard.

"Kita beruntung sebab boleh flai. Kalau tak, terpaksalah kita menghadap perang macam di daratan," kata Raizhan ketika kami terbang beriringan. Aku mengerutkan dahi tanda tak faham dengan bahasanya yang masih bercampur slanga bandarnya itu.

"Heish...aku maksudkan, kita untung sebab boleh terbanglah! Cuba tengok bawah," Raizhan menuding ke bawah sambil memperlahanlan hoverboardnya.

Aku memandang ke bawah seperti yang diarahkan. Ternganga aku melihat keadaan di bawah. Ada pertarungan besar-besaran sedang terjadi!

Tak, aku tak patut cakap itu cuma pertarungan. Sebab huru-hara yang terjadi tak ubah macam perang!

Dari kedudukan kami pada ketinggian sekitar 30 meter ini pun, aku mendengar dengan jelas bunyi besi saling berlaga dan bersulam jerit pekik. Sekali-sekala terdengan dentuman bom. Di beberapa tempat, asap putih menjulang naik dari pepohonan.

Perkara yang lebih menarik perhatian aku ialah ada beberapa orang pemain yang tampak begitu menonjol. Setiap libasan pedang mereka menghasilkan efek kibaran api berwarna. Lain orang, lain warna apinya. Maka mereka bagai menarikan tarian maut, menumbangkan setiap musuh mereka satu persatu dengan penuh bergaya.

Mempesonakan tapi membahayakan.

"Itu ialah pemain yang dah level tinggi dan dapat senjata istimewa." kata Raizhan seolah-olah membaca fikiranku.

"Wei, yang lu berdua asyik tercongok di sini buat apa?! Kalau fighter-fighter nampak lu... serang lu berdua pula, lu tado fikiaqkah?!" tiba-tiba Nikho menyelit antara kami berdua.

"Ah, bisinglah lu! Kita tinggi gini, tedolah mereka nampak. Kalut sungguh. Lu kacutkah?" balas Raizhan sinis. Pekat slanga bandarnya bila bergaduh dengan Nikho.

Pakk!

Selamba sahaja Nikho menampar belakang Raizhan. Sampai tertolak ke depan Raizhan dibuatnya.

"Woi, sosai!" marah Raizhan. Tetapi, muka Nikho masih tanpa ekspresi, tak rasa bersalah langsung.

"Wa bukannya kacut. Cuma wa bertindak fikir pakai otak. Bukan macam lu, fikir pakai otot. Ngok!" balas Nikho.

"Apa lu kata?!" Raizhan menderam marah.

"Tujuan kita nak pergi check point pertama. Dahlah kita terlepas satu pekan NPC tadi. Kita tak ada senjata upgrade, lu tau tak?"

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now