Labyrinth

1.6K 185 41
                                    

Tahniah pemain semua! Selamat datang ke gerbang permainan ini. Sudah bersedia menghadapi cabaran?"

Tiba-tiba ada suara yang bergema. Kami semua yang berada di situ tertoleh-toleh mencari dari mana suara wanita itu berasal. Tapi infiniti gelap itu tidak membenarkan kami melihat lebih jauh.

Tiba-tiba, ada cahaya terang yang menyilaukan. Dari cahaya itu, muncul seorang wanita yang terapung-apung di awangan. Dia memakai pakaian putih yang licin seperti sutera. Ada potongan kain lebar yang terjahit pada kedua-dua belah bahunya, menjadikannya seperti memiliki sayap putih yang berkibar. Rambutnya berwarna perang, berpintal-pintal panjang melepasi pinggang. Ada mahkota gangsa menghiasi kepalanya.

Dia sangat cantik. Seperti dewi.

Wanita itu mengerling pada setiap wajah pemain yang sedang terpaku memandangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wanita itu mengerling pada setiap wajah pemain yang sedang terpaku memandangnya. Bibirnya mengukirkan senyum menawan.

"Saya merupakan penjaga tempat ini. Sekali lagi saya ucapkan selamat datang," katanya dengan mesra.

Tangannya didepangkan, "Pemain sekalian... kamu semua telah memilih untuk masuk ke dalam gerbang kuil ini. Bermakna... kamu semua juga sudah bersedia untuk menghadapi cabaran yang ada untuk keluar dari kuil ini."

Dia memetik jari. Lalu, infiniti gelap tadi perlahan-lahan menjadi dewan lama yang sangat besar.

Aku sedikit terpana dengan perubahan landskap itu. Seperti pemain lain, aku mendongak, terpinga-pinga memandang setiap inci ruangan itu. Kami berada dalam sebuah dewan besar.

Lelangitnya tinggi dan  melengkung. Disokong oleh  tiang-tiang yang seakan-akan mahu runtuh pada bila-bila masa. Ada batu-batu pelbagai saiz berselerakan di lantai. Hanya sedikit jaluran cahaya matahari yang menerobos masuk melalui lompong-lompong besar pada lelangit menerangi tempat ini. Cukup untuk membuatkan aku dapat melihat ada banyak pintu pada dinding dewan itu. Menuju ke mana, aku tak tahu. Terlalu gelap di dalamnya.

"Tempat ini bagaikan sebuah labyrinth. Beribu lorong, beribu belok, beribu bilik rahsia dan beribu juga perangkap samar. Hati-hati."

"Manipulasi ruang," gumam Nikho sendiri.

Manakala, pemain lain mulai berbisik-bisik. Ada yang risau mendengar kata-kata wanita itu.

"Kamu takkan dapat keluar dari reruntuhan ini. Gunakanlah apa-apa cara sekalipun. Kamu akan dapati diri kamu kembali ke tempat terakhir kamu berada," wanita itu tersenyum sinis.

"Satu-satunya cara untuk keluar dari sini, kamu semua mesti mendapatkan permata ini."

Dia membuka genggaman tangannya. Lalu, muncullah sebentuk permata berwarna merah, terapung-apung perlahan di atas telapak tangannya itu. Dia berpusing untuk menayangkan permata itu kepada semua pemain.

"Permata ini ada banyak. Tetapi, menemukannya merupakan sebuah cabaran. Jika kamu sudah mendapatkan permata ini, hancurkannya dan ia akan bawa kamu keluar dari tempat ini dengan selamat. Sesiapa yang berjaya, kamu akan mendapat ganjaran yang hebat. Jika sebaliknya, faham-fahamlah sendiri," wanita itu tertawa halus. Aku jadi seram sejuk mendengarnya.

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now