School's Headboy 2

18.5K 915 27
                                    

Fuhhhh...lembut gila katil aku! Penat gila sekolah harini.. Nyesal pulak pindah gi sekolah sains ni.
Yup. Sekolah aku sekarang Sains. So semua pelajar wajib mengambil aliran sains. Tapi...kalau minat subjek lain boleh la buat penambahan subjek. Al maklum la cikgu ramai boleh ajar

"HOI!"

"Oh mak kau meletup!" Latahku terkejut. Aku menjeling hamba Allah yang 'beradab' itu. Cis! Kus semangat.

"NAK APA HUH?!" tanya Risya garang.

"Hehe kacau adik sendiri pun tak boleh ka?"

Mereka memang rapat. Ni abang keduanya. Arsyad Luthfi (angah). Abang firstnya, Asyraf Luqman(along) selalu busy kerja. Nak ganti tempat ayah nanti dekat syarikat ,itu yang susah nak nampak batang hidung. Bukan setakat batang hidung, taik hidung pun susah.

"Ye ye aje angah ni. Ni mesti ada something" Risya mencebik mulutnya tanda menyampah.

"Hehe.. Pergi la mandi cepat. Nanti teman aku keluar gi mall" - Arsyad

"Eh eh! Sesuka ja paksa! Orang penat la tak larat nak keluar" - Risya

"Ada aku tanya pendapat kau? Tak kan? Nak ka tak nak kau kena ikut gak! Kalau tak aku tarik kau dengan baju sekolah tu" kata Arsyad tegas kemudian keluar meninggalkan Risya

"Sesuka ja paksa! Nanti dia jumpa kawan kawan dia tinggal aku sensorang. Time tu tak ingat pulak aku. Tarak guna punya abang" bebel Risya sensorang. Walaupun mulut bergerak tapi kakinya still bergerak menuju kamar mandi. Multitasking katanya.😌

-After an hour-

"Laaaa kejapnya bersiap" sinis kedengaran suara Arsyad.

Kurang asam jawa punya abang.

"Yang angah pun baru terhegeh hegeh nak cari kasut. Tadi tak nak cari. Cepat la sikit! Nanti lambat la pulak" Arisya membebel lagi sambil membetulkan shawlnya di tepi kereta. Tunggu Tuan Raja datang 💁

"Orang tunggu dia sampai sejam tak pe pulak. Kau baru tunggu tak sampai 10 minit dah membebel" rungut Arsyad sambil berjalan ke arah kereta.

"Huh! Adik dah bagi sejam kot untuk angah cari kasut" ni Risya la mana tau kalah

Malas nak layan, Arsyad terus masuk kedalam kereta vios nya. Kereta biasa ja. Al maklum la still student. Tengah buat degree building engineering. uhukzx. Arisya turut masuk kedalam kereta.

Setibanya di mall, Arsyad terus berlari ke arah rakannya. Kan dah cakap. Haishhh
Apa function kau bawak aku ke sini kalau setakat nak suruh aku jadi tugu. Buang masa!

"Bro.. Asal bawak adik kau?" Tanya salah seorang sahabat abangku. Aku? Senyum je la.

"Dia nak ikut"
Senyuman ku terus mati mendengar jawapan angah. Aku melihatnya dengan pandangan tajam. Angah? Dia dengan muka selamba dia la!

"Haishhh... Mak Timah dengan Pak Samad tak ada,balik rumah anak diorang.. Mummy ngan daddy pulak kerja. Risya ni mana berani duduk rumah sorang sorang. Kang mati katak dalam rumah tu aku gak yang susah." Terang Arsyad panjang tak berapa nak lebar

Semua yang setia mendengar hanya membuat mulut 'o' termasuk aku. Dah macam ikan aku tengok.

Caring jugak abang i ni. Auch! Sweet gitu.

"Berapa lama kita nak berdiri kat sini?" Kata seseorang. Aku menoleh melihat wajahnya

"KAU!?" jerit Arisya sambil menunding jari kearah pemilik suara itu

Orang dihadapannya menutup telinganya. Waduhhh boleh pekak!

"Ye aku. Kenapa?!"

"Ehh wait wait korang kenal?!" Angah bertanya.

"Tak lah kenal sangat, tapi satu sekolah" jawabnya biasa.

Aku hanya membisu.

"Ohhh ye ka..." Jawab rakan angah, Amir namanya.

"Ni adik abang Amir.. Nama dia Aierel"

Aku hanya mengangguk tanda faham. Actually aku tak nak tahu pun nama dia. Bila difikirkan balik...Aierel ni memang suka jaga pintu masuk kot. Tadi pintu masuk sekolah. Sekarang pintu masuk mall.. Pffttt jodoh kami pun depan pintu.. Kahkahkah! Jodoh? Dafuq ko risya.. Astagfirullah... Mintak simpang la jodoh aku bukan dengan dia.

"Haaaa Amir!! Yang kau bawak adik kau kenapa??" Sergah angah.

Aku pun pasang telinga. Ye la, kalau abang Amir ni tak bawak ADIK dia ni mesti tenang ja hati aku.

"Dia nak beli buku rujukan. Itu yang aku bawak. Kau ingat aku saja-saja nak bawak?"

Ceh. Harap lelaki. Nak keluar rumah tunggu abang bawakan! Pffftt! Btw nak beli buku rujukan? Nak ja aku cakap, kalau beli tak baca tarak guna beb!

Kami masuk ke dalam mall. Aku hanya membuntuti mereka. Ye la aku perempuan. Diorang lelaki.

Aku duduk di kerusi panjang yang disediakan. Yang lain? Dah lama lesap masuk kedai game. Sedang enak makan aiskrim, ada suatu suara berdehem

"Ehem"

Aku toleh melihat pemilik empunya suara. Oh Aierel. Aku buat tak tau. Malas nak layan.

"Sorang je?" Sekali lagi dia membuka topik perbualan. Dia duduk di sebelah ku. Jarak yang agak dekat,aku jarakkan. Tak selesa la awak.

"Ehh tak lah. Dengan syaiton ni. Sebelah aku pun ada syaiton" bang! bang!. Sarcasm everywhere!

Diam.

"Memang tak belajar budi bahasa ekk?" Tanyanya lagi.

Dushhh👊👊👊Oxygen! Oxygen! I need OXYGEN!

"Sapa suruh tanya soalan bodoh? Tak akan dah buta sampai tak nampak saya tengah duduk sensorang?" Stay cool Risya. Stay. Cool. Fufufu

"Sorry sebab buat kau kena demerit. Aku tak tau kau new student" selepas berkata begitu Aierel terus bangun meninggalkan Arisya. Arisya hanya kaku di situ.

-Aierel's POV-

Setelah meminta maaf kakiku laju bergerak ke tandas.

"Arghh shit la! Malunya! Asal mulut aku ni tetiba boleh gi mintak maaf?" Aku bermonolog bersendirian. Muka aku cuci. Ahh segar sikit

Tapi budak tu cute la. Apa nama dia? Ri..ri..Risya! Ya Risya.. Hurmm...
Aierel tersenyum sendirian.

Setelsh beberapa minit, Aierel bergegas keluar dari tandas.

-end of pov-

"Im coming home! Yeah im coming home! Tell the world im coming home~" Arisya bernyanyi kecil. Happy nak jumpa rumah.
*correction
Happy nak jumpa katil.

"Dik.." Angah memanggil ku

Aku menoleh menghadap angah. Kening diangkat.

"Sumbang"

.
.
.

"ANGAHHHH!!!"

"Takyah la jerit! Bingit tau tak?!" Angah menggosok telinganya.

Aku menjeling angah. Nyampahnyeeee!!!!

Kini kami telah tiba dirumah. Kelihatan kereta daddy dah berada di halaman. Ohh mesti dah balik rumah.

"Assalamualaikum!!" Jerit ku

"Waalaikumussalam" jawab mummy n daddy serentak.

Ketika kakiku ingin menaiki tangga mummy bersuara

"Risya duduk sini kejap. Mummy and daddy nak cakap something"

Dub dab dub dab.. Asal macam penting je ni?!

"Apa mummy??" Tanyaku penuh curiga

"Sebenarnya..."

______________________________________

Hoi author! Asal kau tak bagi mummy teruskan??!! - Risya

Lantak la cerita aku! Hhahahaha!!! - author

Kurang asam! - Risya

School's HeadboyDonde viven las historias. Descúbrelo ahora