School's Headboy 4

14.3K 843 34
                                    

"Sorry..." Hanya sepatah yang keluar dari mulut Risya sebelum dia berlalu keluar dari cafeteria itu. Yang lain hanya mampu menjadi pemerhati, tapi kejap jer la. Lepas Risya keluar semua continue makan.

AIEREL'S POV

"Pehal doh minah tu tetiba nak menyinga?" Tanya Yusuf Alzikry

"Yang kau pun satu.. Punya la cerdik pergi tegur dengan salam apa takde. Kalau aku pun hangin" Arfan mengeluarkan pendapatnya.

Aku hanya diam. Malu + marah + risau. Jatuh la saham aku junior maki headboy...

"Hoi! Kau taknak makan ke bro? Taknak kasi aku jer" Farham Haqeem memecahkan lamunanku.

"Nak makan la ni" aku berkata lantas memulakan suapan.

END OF POV

Risya terus masuk ke kelas selepas sahaja keluar dari cafeteria. Dia rasa bersalah sebenarnya sebab marah Aierel macam tu. Walaupun peraturan sekolah mengharamkan pelajar berada di kelas ketika rehat tapi, ada aku kisah?

Sementara menunggu tamatnya waktu rehat, Risya tidur sekejap.

Bunyi kekecohan dalam kelas menyedarkan Risya dari tidur. Tudung dikemaskan.

"Wei Risya kau ok tak?!!" Tanya Laili dengan cemas. Hana dan yana menarik kerusi lalu duduk di hadapan meja aku dan Laili.

"Aku okay ja. Asal ni?" Risya bertanya pelik.

"Kau tau tak Risya pengawas yang kau jerkah tadi tu HEAD BOY?!" Kata Yana pulak sambil menekan perkataan head boy.

"Alaa.. Head- WHAT HEAD BOY?!!"

"YE SAYANG KU RISYA!! DIA HEADBOY!" kata Hana,Yana dan Laili serentak.

"Kalau ye pun nak bersembang, cakap la slow sikit"

Satu kelas menjadi sunyi. Pelajar semua duduk tempat masing masing. Hana dan Yana pusing menghadap depan. Maklum la meja kita orang depan belakang ja.

Risya memerhati sekumpulan pengawas lelaki yang masuk ke kelasnya. Matanya tertumpu pada lelaki yang bercakap tadi. Aierel. Ya lelaki itu la menegur kelasnya tadi.

"Korang boleh buat kerja sendiri. Nak bersembang ka, buat homework ka, ikut la. Tapi dengan syarat jangan bising macam satu kumpulan tu. Cikgu tengah meeting." - Aierel

Kedengaran ada pelajar menghembus nafas lega. Risya , Hana , Laili dan Yana pulak tertunduk. malu dengan kata kata Aierel yang memerli mereka. Disebabkan Headboy mereka yang sporting, Yana dan Hana kembali memusing menghadap Laili dan Risya.

"Kau ok tak Risya?" Tanya Hana dengan nada perlahan

"Haishhh.... Aku stress actually..." Kata Risya sayu.

"Kenapa ni? Story la..." Yana berkata

"Parents aku paksa aku stay hostel..."
Kata Risya dengan nada yang sedih sambil membaringkan kepalanya ke meja

"WHAT?!" Jerit mereka bertiga serentak.

Risya yang membaringkan kepala ke meja terus terduduk tegak 90° akibat terkejut. Huish

"SHHHHHH" semua pelajar meletakan jari telunjuk ke bibir menyuruh mereka diam.

"Orang dah cakap kan jangan buat bising!" Kata pengawas bertag Farham Haqeem tegas.

"Are you serious Risya?" Tanya Yana kurang pasti.

"Yer la... Kau ada nampak aku macam main-main ka?" Balas Risya malas.

School's HeadboyWhere stories live. Discover now