School's Headboy 20

12K 773 92
                                    

Perhimpunan rasmi hari isnin berlangsung seperti biasa. Para pelajar berdiri tegak dibawah terik matahari. Selamat pagi, kalau tengah hari? Mau pengsan tang sini.

"Sekian terima kasih."

Habis sahaja ayat itu diucapkan oleh tuan pengetua, tepukan gemuruh bergema seluruh tapak perhimpunan. Tepukan lega daripada para pelajar. Ingat seronok ka berdiri kat sini lama lama?

"Dengan berakhirnya ucapan dari pengetua, maka berakhir sudah perhimpunan kita pada pagi ini. Para guru dan pelajar boleh bersurai. Pengawas sila ambil tempat dan lakukan pemeriksaan fizikal. Sekian terima kasih." Pengawas perempuan selaku emcee perhimpunan pagi itu turun dari stage.

Pelajar mula bergerak mengikut barisan masing masing. Aku melihat muka pengawas yang sedang melakukan pemeriksaan fizikal bagi kelasku.

'Huh'

Risya membetulkan tie berwarna cerulean blue. Oh, lupa nak cakap, sekolah aku setiap hari isnin dikehendaki memakai pakaian formal.

Bagi perempuan dikehendaki memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih di tuck in kan ke dalam kain potongan 'A' berwarna cerulean blue. Tak lupa jugak blazer yang sama warna dengan kain dan tie. Tudung warna putih. Pengawas tak termasuk k.

Kalau student lelaki, diorang pakai seluar slack hitam, dan baju kemeja lengan panjang warna putih. Disertakan juga blazer dan tie yang sama warna dengan pelajar perempuan. Itu ja beza hari isnin dengan hari lain. Kasut? Sekolah kitorang memang pakai kasut hitam. Setiap hari. Jangan jelez.

Pengawas baju kemeja diorang warna biru. Seluar/kain warna hitam. Blazer dan tie warna hitam. Bagi perempuan tudung sama warna dengan baju kemeja. Biru macam baju pengawas tu la. Biru laut kot.

Punya penat dok describe pakaian sekolah dah tiba turn aku untuk pemeriksaan fizikal.

"Kuku." Kata pengawas dihadapanku. Sapa lagi kalau bukan Aierel. Huh.

Aku tunjuk kuku aku. Dia angguk.

"Stoking"

Aku selak sikit kain sekolahku.

"Tak nampak."

Aku selak banyak sikit. Geram pulak aku.

"Hurm ok. By the way, putih betis kau." Kata Aierel mengenyitkan mata kepadaku. Aku menjelingnya geram. Kasut kulit hitamnya aku pijak kemudian berlalu pergi. Selamat kat sini ramai orang. Kalau tak, aku dah sepak perut dia.

--

Aku melihat jam di dinding kelas. Dari lepas rehat tadi cikgu tak masuk masuk. Kelas bising nak mampus.

Aku menyembamkan muka ke meja. Nak tidooooo~~~

'Tok! Tok!'

Pintu kelas diketuk. Aku mengangkat muka dan 4 orang jejaka masuk kedalam kelas. Magisnya kelas terus senyap. HAHA. Tahu takut.

"Nak pergi mana tu Hana?" Tanya Arfan yang berada dihadapan kelas kepada Hana yang sedang menarik kerusi. Pergerakan Hana terhenti.

"Erk...nak pergi duduk dengan Risya dan Laili. Desk mate takde." Jawab Hana acuh tak acuh. Ada benarnya apa yang dikatakan Hana. Yelah, Yana dah takde. Terpaksa lah dia duduk sendirian.

"Boleh mati ke kalau takde desk mate?" Tanya Arfan selamba.

"Ha'ah.. Memang boleh mati pun. Ke kau nak jadi desk mate aku?" Balas Hana menyampah. Risya dan Laili menepuk dahi mendengar jawapan Hana.

"Boleh ja." Balas Arfan. Dia menarik tangan Hana ke meja asalnya. Meja kosong tempat Yana diduduki Arfan. Nak sangatkan aku jadi desk mate kau.

"Bengong la Hana ni...." Rungut Risya geram. Tadi masa 4ekor tu tak masuk lagi Hana tak nak pulak datang duduk dengan mereka. Ni dah masuk taguna tu baru terhegeh nak datang. Pergilah mereput sana.

Risya memandang soalan addmath. Midterm dah nak dekat, haruslah study. Bukan tadi cakap nak tido ka? Lantak ahh...

"Boleh jawab tak ni?" Tanya Aierel yang baru muncul. Dia menarik kerusi lalu duduk menghadap Risya.

"Boleh kot..." Jawab Risya. Tolonglah pergi...aku takleh study tengok muka kauuuu...

"Ehem..." Laili berdehem. Bukan apa dia ternampak yang Aierel asyik perhatikan Risya ja.

"Laili...kau datang sini. Aku ada benda nak bincang." Panggil Farham. Laili bangun dan mendekati Farham.

Risya kembali fokus terhadap soalan addmath tadi. Patutlah susah nak mampus, KBAT.

"Boleh jawab ke tak ni?" Tanya Aierel sekali lagi. Dari tadi dia tengok Risya asyik memusingkan pensel ja. Bukan susah mana pun soalan. Ceh, berlagaknya kau.

"Tak!" Risya menghentakkan penselnya. Susah bebbbb!!

"Macam ni..." Aierel mula menerangkan jalan kira. Risya tekun mendengar.

"Jawapannya 24unit. Am i right?"

"Wahhh!!! Jawapan sama laaaa!!" Tutur Risya teruja. Pandai jugak mamat ni. Aierel tersenyum bangga.

"Tok! Tok!"

Semua pelajar dalam kelas 4mastermind memandang ke arah pintu utama kelas mereka. Kelihatan dua orang gadis berjalan masuk ke dalam kelas.

"Puan Hasanah suruh pulangkan buku latihan ni. Lepastu cikgu suruh buat latihan dari buku teks page 43 dalam buku bio 2." Tutur seorang dari gadis itu. Buku diletakkan di atas meja guru.

Risya memberikan senyuman manis kepada gadis yang sedari tadi melihatnya. Yang seorang tu cakap la jugak. Yang minah tengah tengok dia ni, bisu ka apa?

Senyuman Risya terhenti apabila gadis itu memberikan Risya jelingan tajam.

Risya mencebik meluat. Kuanghajo betul minah ni.

"Kau kenal ka budak tadi?" Tanya Aierel kepada Risya setelah 2 orang gadis itu keluar dari kelas.

"Kenapa? Awek kau ka?"

"Aku tanya kau elok elok kot. Mana tahu kau kenal. Yelah, dia asyik tengok kau ja. Sampai aku yang hensem ni pun tak di pandang." Balas Aierel tenang.

Risya menampar lengan Aierel.
"Kau jangan nak gatal sangat!"

"Sakit lah....jangan lah marah. Aku gurau ja."

"Aku tak kenal pun sape minah tu. Dah lah jeling-jeling aku. Aku korek biji mata tu baru tau." Kata Risya geram. Punat di calculator ditekan kuat.

"Entah-entah dia minat kau. Mana tau dia lesbian ka." Kata Aierel kemudian dia ketawa.

"Agak agak aaa! Geli siot!" Kaki Aierel dibawah meja ditendang kuat.

Aierel menggosok gosok kakinya. Mati terus ketawanya.

"Kau ni.... Ganas macam singa. Harap muka ja cantik." Kata Aierel geram. Sakit kottt

"Thanks puji."

"Risya... I love you."

Risya terdiam.

"Boleh percaya ka kata-kata dari playboy macam kau?" Sindir Risya. Sejujurnya, dia gementar.

"Aku. Bukan. Playboy." Tutur Aierel sepatah-sepatah. Sakit hatinya dikatakan playboy.

"Yela tu."

"Sudah sudah lah bercinta tu... Loceng dah bunyi. Jom balik." Sampuk Farham yang baru muncul. Kelas dah kosong. Hanya tinggal The Q dan The Royalz.

Risya bangun mengemas barangnya. Diikuti Aierel.

"I mean my words." Bisik Aierel di telinga Risya kemudian berlalu keluar.

School's Headboyحيث تعيش القصص. اكتشف الآن