School's Headboy 27

11.2K 719 290
                                    

Makin hari hubungannya dengan Adam makin rapat. Risya sudah masak dengan perangai Adam yang serius memanjang. Tapi sekarang, Adam makin baik dengannya.

Aierel? Entahlah. Mungkin dia sudah jumpa kekasih baru. Sebab apa? Sebab dia dengan Risya dah jarang berbual. Cakap pun acuh tak acuh. Sepuluh ditanya, sepatah dijawab. Mungkin dia busy dengan study? Atau dia makin melupai Risya.

Soal Aierel, Risya dah malas nak masuk campur. Bukan dia tak pernah tegur, tapi Aierel tak layan. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membuat urusan masing masing. Spm dah nak dekat. Mungkin itu salah satu sebab kenapa Aierel jarang bertegur dengannya.

Disebabkan peperiksaan akhir tahun dah tamat, pelajar datang sekolah pun macam main main ja. Budak form 5 ja yang struggle belajar.

"Perhatian, kepada nama nama pelajar yang dipanggil, sila turun ke dewan sekarang." Suara kerani sekolah mereka kedengaran dari corong speaker. Satu per satu nama disebut. Bermula dari A sehingga Z.

The Q berjalan turun ke dewan. Entah kenapa nama mereka juga disebut. Kelihatan dewan sudah gamat dengan students yang dipanggil.

"Ape pulak salah kita." Kata Hana. Mereka bertiga hanya mampu mengeluh.

"Assalamualaikum dan selamat pagi." Suara Puan Ramlah kedengaran dari mikrofon. Mereka yang berada di dalam itu hanya menjawab salam. Masing masing tidak lagi berbual kosong.

"Tujuan saya memanggil kamu semua ke sini adalah untuk memberitahu yang kamu semua di sini telah layak dipilih menjadi pengawas sekolah bagi sesi 2018." Terang Puan Ramlah. Dewan gamat dengan tepukan dan sorakkan gembira oleh para pelajar.

"Tahniah saya ucapkan. Untuk itu, saya akan berikan kamu semua tag pengawas untuk melambangkan kamu semua adalah pengawas sekolah. Memandangkan kamu semua belum mempunyai uniform pengawas, tag pengawas ini wajib dipakai setiap hari sehingga tamat sesi persekolah tahun 2017." Sambung Puan Ramlah. Kami hanya mengangguk faham.

Tag pengawas di edar kepada semua pengawas baru. Setelah menerimanya, kami dibenarkan naik semula ke kelas.

"Tahniah." Bisik Adam ditepi telinga Risya ketika Risya sedang membelek tag pengawasnya.

"Thanks Dam." Balas Risya sambil memberikan senyuman manis untuk Adam. Adam turut tersenyum.

"Tau tak macam mana kau boleh tercalon jadi prefect?" Tanya Adam memecahkan kesunyian antara mereka.

"Macam mana?" Tanya Risya penuh berminat.

"Aku lah yang cadang. Ingat tak masa sambutan hari raya? Aku ajak kau jumpa Pn. Ramlah sebab hal ni la." Jawab Adam. Risya tersenyum lebar mendengar jawapan Adam.

"Thanks Dam. Sayang kau." Kata Risya diikuti tawa mereka berdua.

'Sayang? Aku pun sayang kau.' Adam tersenyum sendiri.

"Ehem. Sekarang waktu rehat. Rasanya boleh pergi makan sekarang kot." Sampuk Aierel di muka pintu kelas mematikan tawa mereka berdua. Aierel berlalu pergi tanpa menoleh sekilas ke arah mereka.

"Jom lah makan." Ajak Adam.

"Awak pergilah dulu." Arah Risya. Adam hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.

Bakul yang dipenuhi bola dibawa Risya. Cikgu mintanya tolong simpankan di dalam stor sukan. Nak tak nak dia harus tolong.

Selepas sahaja meletakkan bakul tersebut di dalam stor sukan, Risya cepat cepat keluar. Takut dia nak duduk dalam tu lama lama. Dah la stor sukan ni terletak di kawasan tersorok.

Ketika dia sedang mengunci pintu, Risya terasa dirinya ditarik seseorang. Dengan pantas dia menoleh kebelakang. Dua orang pelajar perempuan berdiri menghadapnya.

School's HeadboyWhere stories live. Discover now