School's Headboy 17

11.6K 696 51
                                    

Pusing kanan. Pusing kiri.
Risya tak habis-habis memusingkan badannya mencari posisi yang selesa untuk tidur.

'Haishh' dengus Risya perlahan lantas bersila di atas katil dormnya. Rambut yang sudah serabut diserabutkan lagi oleh Risya. Laili di katil sebelah ditatapnya.

Dah tido maknyahh ni...hurmm

Perlahan lahan Risya turun dari katil. Sweater berwarna kelabu di ambil lalu di sarung ke tubuhnya. Tudung bawal hitam yang sudah siap sedia di iron di pakainya (tudung bekas pakai masa prep tadi). Dompet di atas meja study di simpannya dalam poket seluar track hitam yang sedang di pakai. Perlahan lahan dia menyusur keluar dari dormnya.

Fuhh selamat takde orang perasan aku keluar dari bilik...

Risya keluar dari lift perlahan lahan. Selamatlah pak guard tak ronda sini. Dia sedaya upaya berjalan tanpa membuat sebarang bunyi. Memang dah macam pencuri.

Sedang dia asyik mengusha line, bahunya disentuh seseorang. Risya yang terkejut terus sahaja menjerit tapi dengan pantas mulutnya ditekup oleh seseorang.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya orang dibelakangnya tegas. Tak payah cakap pun korang dah tahu sape. Cliche sangat scene ni.

Risya mencebik lalu berpusing menghadap insan dibelakangnya.

Aierel yang berseluar track hitam kosong, bersweater hitam berhoodie, rambut yang agak diserabaikan serta tangan kanan yang diselupkan ke dalam poket ditenung Risya. Hot siak mamat ni

"Keluar" jawap Risya sepatah setelah habis menscan Aierel.

"Pegi mana?"

"Luar"

"Kau nak lari keluar? Siap kau!" Aierel acah membuka langkah seperti mahu memanggil warden.

"Janganlah bagitau warden..." Risya berkata separuh merayu.

"Tahu takut..." Smirk.

"Kau buat apa kat sini?" Tanya Risya pulak.

"Baru lepas hambat budak masuk dorm. Ada lagi seorang depan aku yang nak kena." Jawap Aierel sinis.

"Ala.... Aku laparlah Aierel... Tak boleh tido."

"Banyaklah kau punya lapar. Tadi dinner tak makan? Siap dengan supper tak akan tak kenyang? Perut tong ke apa kau ni?" Bebel Aierel.

"Aku mana turun makan tadi. Aku rasa tak selesa tadi." Jujur Risya.

"Alasan!"

Mereka diam. Aierel menenung Risya yang sedang menunduk. Risya mengangkat wajahnya dan melihat Aierel dengan pandangan 'ape tengok tengok?' Tetapi Aierel tidak memberi apa apa komen terhadap soalan yang ditanya.

"Kau okay tak Aierel?" Tanya Risya pelik setelah Aierel tak lepas memandangnya. Aierel tak menjawab sebaliknya dia perlahan lahan melekapkan belakang tapak tangannya di dahi Risya.

"Kau demam ni..." Aierel menarik semula tangannya di dahi Risya. Risya tergamam.

"Ehem." Aierel berdehem untuk menghilangkan rasa janggal antara mereka yang sedari tadi berdiam. Aierel menggosok gosok belakang tengkoknya dengan tangan kanan. Awkward.

"Jom ikut aku." Selepas berkata begitu Aierel terus berlalu pergi meninggalkan Risya terpinga pinga.

"Pergi mana ni?" Tanya Risya setelah dapat mengejar langkah Aierel.

"Ikut jer lah." Kata Aierel dan terus berjalan menuju ke belakang block D. Block paling hujung.

"Aierel....aku takut... Kau nak buat apa bawak aku datang sini?" Risya dah mula gelabah.

"Ish kau ni, banyak cakap pulak." Dan mereka terus berjalan.

"Aierel, sini takde cctv ka?"

"Kalau ade pun kenapa?"

"Ish kau ni, kantoi lah nanti."

"Ade. Tapi sekarang dah malam, pak guard kita tu pun tak rajin nak tatap screen cctv 24jam."

"Jom keluar." Kata Aierel setelah berhenti di pintu pagar. Pintu pagar belakang sekolah rupanyaaa....

"Eh, kunci la Aierel..."

Aierel melihat Risya dengan muka menyampah dan...

Krikkk...

Pintu tersebut terbuka setelah Aierel menolak selaknya. Laa... Diorang tak letak mangga.

"Pintu ni dulu berkunci. Tapi disebabkan kes vandalisma, kunci tu rosak. Kitorang tak bagitahu pihak atasan so pintu ni dibiar tak berkunci." Terang Aierel tanpa disuruh

Risya tergelak kecil.

"Asal?" Tanya Aierel pelik. Takut la jugak, mana tahu kena rasuk malam malam ni

"Apa yang kau maksudkan dengan 'kitorang'? Kau termasuk jugak ke?" Risya gelak lagi.
Tak lawak kot. Kesian kau

Aierel hanya smirk kemudian menyusur keluar melalui gate diikuti Risya. Kemudian gate itu ditutup semula seolah-olah berkunci. (Haha...nak tergelak sebab teringat kenangan masa jadi budak jahat dulu. Jahat sikit ja.)

"Kita nak pergi mana?" Tanya Risya sekali lagi.

"Haish...boleh tak stop tanya 'kita nak pergi mana'?" Soal Aierel pulak sambil membuat suara halus meniru Risya.

Risya mencebik. "Aku boleh stop kalau kau bagi jawapan yang masuk dek akal." Jeling.

Aierel hanya mendiamkan diri sambil terus berjalan.

***
Selesai order, Risya duduk di meja yang agak terpinggir. Ingatkan mamat ni nak bawak aku lari ke lombok, rupanya bawak aku gi KFC. Haha kesian jugak dia dekat perut aku.

"Haish bukannya nak tolong bawakkan dulang." Aierel yang baru tiba di meja merungut sambil meletakan dulang berisi makanan itu di atas meja. Mana taknya, lepas habis order terus minah tu hilang. Dah lah bayar guna duit aku. Bertuah sungguh.

"Sorry..." Risya sengeh. Entah ikhlas, entah tidak.

"Makan cepat! Nanti lewat pulak." Arah Aierel tegas.

Mereka menikmati makanan masing masing tanpa bersuara.

"Aierel...asal kadang aku tengok kau stay asrama, kadang aku tengok kau berulang." Risya memulakan topik perbualan sambil makan. Krik krik jer dari tadi

"Aku head boy, suka hati lah." Jawab Aierel selamba. Nak jer Risya tendang si Aierel ni.

"Rumah aku dengan sekolah tak jauh sangat. Tapi, disebabkan status aku sebagai ketua pelajar, aku terpaksalah stay asrama. So kalau aku rasa nak balik, aku bagi tahu warden then belah. Aku dengan warden tu kamcengg.. Hahahaha." Terang Aierel dengan lebih detail.

"Cis la kau. Tahun lepas kau tak stay asrama la?"

"Stay jer."

"Eh.." Hampir bercantum kening Risya mendengar jawapan Aierel. Yer lah, tadi sembang macam baru masuk asrama tahun ni. Kau ni bangang ke apa Aierel?

"Aku start stay asrama tahun lepas sebab masa tu aku tak de lesen moto lagi." Jawab Aierel malas.

"Tadi cakap sekolah dengan rumah tak jauh sangat. Jalan kaki dah la."

"Memang tak jauh tapi boleh kejang kaki jugak kalau nak jalan dari rumah ke sekolah tiap tiap hari. Sebelum kau tanya lagi baik aku cakap siap siap. Form 1 sampai form 3 aku datang dengan ayah aku tapi lepas tu ayah aku dapat kerja tempat lain dan tak sama laluan ke sekolah. Aku bukan macam kau driver nak hantar sampai depan pintu pagar. Itu pun lewat lagi." Jawab Aierel panjang lebar sekali dengan sindiran.
Risya mencebik menyampah dengan jawapan Aierel. Dah lah dia punca aku lambat, lagi nak ungkit.

"Aierel..."

"Hurmm..." Jawab Aierel malas.

"Kau suka Mia ka?"

_______________________________

Macam bosan jer chapter ni 😂

School's HeadboyDonde viven las historias. Descúbrelo ahora