School's Headboy 19

12.6K 779 171
                                    

"RISYA!!" Aierel terus bergegas ke arah Risya yang selamat terbaring di atas padang sekolah

"Risya...bangun Risya.." Aierel menampar perlahan pipi Risya beberapa kali. Aierel mula melekapkan tangannya pada dahi Risya.

"Shit! Panas!" Maki Aierel kemudian terus mendukung Risya ala ala bridal style.

Aierel berlari sambil mendukung Risya ke arah tangga guru. Sekarang waktu rehat, tangga pelajar mesti penuh.

Mata mata yang memandang tidak dihiraukan. Ketika dia melintasi laluan pelajar ke cafeteria, terdengar bermacam suara sumbang.

"Siapa perempuan yang Aierel dukung tu? Gediknyaaa.."

"Eh tu Risya kan? Astagfirullah, gedik nak mampus."

"Eleh Risya tu nak mengambil kesempatan dekat Aierel lah tu. Konon ja pengsan."

"Dah lah budak baru, ada hati nak menggedik dengan Aierel."

Itulah sebahagian daripada suara yang didengari. Kononnya berbisik, hakikatnya macam cakap depan microphone.

Aierel berhenti dari berlari dan menghadap semua pelajar di situ dengan pandangan tajam. Semua terdiam, hanya kedengaran bunyi limpahan air pancut.

"DAH BANYAK SANGAT KA PAHALA TU SAMPAI NAK MENGUMPAT ORANG?!" Tengking Aierel kuat. Semua pelajar hanya menundukkan kepala. Tak berani melihat muka Aierel yang merah akibat marah.

"If tak tau cerita, jangan pandai pandai nak buat cerita! And one more thing, please mind your own business!" Jelingan tajam dihadiahkan kepada semua pelajar di situ sebelum dia berlari semula menuju ke bilik sakit. Ahli The Q dan The Royalz yang ternampak kejadian itu terus mengejar Aierel.

"Asal ni?!" Hana menolak kasar bahu Aierel menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Kau buat ape pulak dekat dia?! Haritu dia gaduh dengan Tasha sebab kau! Orang anti Risya pun sebab kau! Risya kena marah dengan Puan Ramlah pun sebab kau! And now, ape pulak?! Kau tu pembawa malang!" Tengking Hana kuat. Sakit hatinya taktala melihat Risya terbaring lesu di atas katil bilik sakit.

Aierel mengenggam erat tangan kanannya. Kalau Hana ni lelaki, sudah lama ditumbuknya.

"Aku tolong dia, salah ke?" Tutur Aierel tenang. Dia sedaya upaya cuba untuk bersabar. Perempuankan, mana tahu period.

"Tolong apanya sampai Risya pengsan? Macam tu dinamakan tolong?!" Bidas Hana.

Aierel menarik nafasnya. Sabar Aierel, dia perempuan.

"Sekarang aku malas nak explain panjang panjang. Boleh kau ke tepi? Aku nak masuk tengok Risya." Kata Aierel lembut. Sekali dengar macam sopan, dua kali dengar macam menyindir pun ada.

"No! Aku tak izinkan!" Hana mendepakan tangannya di hadapan bilik sakit. No matter what, Aierel tetap tak boleh masuk.

Aierel yang geram terus sahaja menumbuk dinding batu bilik sakit itu. Patutlah dinamakan bilik sakit, asyik kena tumbuk. Dia terus berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Arfan, Farham dan Yusuf memandang kosong kearah Hana.

"Ape tengok tengok?! Belah ahh korang dengan headboy tak guna tu!" Hembur Hana.

Farham dan Yusuf berlalu pergi dari situ. Malas nak tunggu perangai tak diduga Hana ni.

"Wei..." Panggil Arfan. Hana hanya memandangnya kosong.

"Aku nak tanya..."

"Ish kau ni, nak tanya pun lembab! Apa?!" Marah Hana. Nak tanya, tanya lah.

School's HeadboyWhere stories live. Discover now