School's Headboy 7

14.5K 970 44
                                    

"Alamak...dah lambat" Risya mengerling sekilas jam tangannya. Botol air di atas meja belajar di ambil.

"Risya kau dah siap ke belum??" Tanya Laili yang sedang memakai kasut.

"Dah! Jom cepat" mereka berlari menuju ke pintu utama Asrama Puteri.

"Asal lambat sangat?" Tanya Yana

"Nantilah korang nak sembang pun. Sekarang ni kita kena cepat cuz we're late!" Hana berkata dan berlari untuk ke sekolah. Mereka turut berlari mengikut Hana.

Almaklum lah sekolah diorang ni besar, so dari asrama ke sekolah mengambil jarak lebih kurang 200m. Dekat jer pun 😪

Setibanya sahaja mereka di hadapan pintu pagar utama sekolah, mereka sudah lihat muka pengawas. Bala bhaaaiii...

"Asal lambat?" Tanya seorang pengawas perempuan. Sabrina.

"Erkk...kitorang t-t-..." Hana berkata sambil mencuit lengan Yana mintak suruh cover.

"Actually kitorang..."

"Asal nak jawap pun terhegeh hegeh??!" Jerkah pengawas bernama Sabrina itu

Risya, Laili, Yana dan Hana menundukkan muka. Malu...semua orang yang lalu-lalang sedang memerhatikan mereka.

"Sabrina!" Panggil satu suara serentak itu mereka mengalihkan pandangan terhadap pemiliknya.

"Apa bising bising ni?!"

"Ehhh Farham...ni haa ada pelajar datang lewat...." Sabrina bersuara dengan nada yang manja lantas menjeling mereka berempat.

'Gatal' desis hati Risya. Hana pulak sudah membuat mimik muka menyampah + nak muntah.

"Asal korang lewat?" Tanya Farham tanpa nada. Sabrina pulak sudah tersenyum senyum.

"Correction, 'ter'lewat" kata Laili menekankan bunyi ter.

"Takpe lah Sabrina, let me handle them. You may go back to your class."

"But.."

"Aku tak suka orang bantah apa yang aku cakap." Farham memandang Sabrina tajam.

Sabrina mendengus kasar kemudian berlalu meninggalkan mereka.

"Jom ikut aku" Farham berkata kemudian terus mengatur langkah dengan laju. Risya, Laili, Yana dan Hana berlari anak mengejar langkah Farham.

Bilik Disiplin

"Masuk" Farham berkata sepatah sambil membuka pintu bilik disiplin menyuruh mereka masuk.

Ecewahhh bukan main yer korang. Dah lah buat salah di layan pulak mcm vvip gituuu - sis

Mereka hanya akur tanpa membantah. Selepas mereka masuk Farham menutup semula pintu.

"Weiii....mati laaa kita...apa diorang nak buat dekat kita?" Yana bertanya cemas.

"Mana laaa aku tauuu...." Hana menjawab.

"Apa kita nak jawab ni Risya???" - Laili.

"Mana aku tau"

"Weii...aku rasa macam kenal la pengawas perempuan tadi tu..." Kata Risya setelah diam beberapa saat.

"Sapa?" Tanya yang lain serentak.

"Sabrina tu laa..."

Kembali diam.

"Haaaa!! Dia laa kawan Tasha!" Risya berkata sedikit menjerit. Selepas sahaja Risya menghabiskan ayatnya pintu bilik disiplin dikuak perlahan.

"Buat salah pun still boleh bising bising kan?" Aierel yang baru masuk berkata sinis.

School's HeadboyWhere stories live. Discover now