School's Headboy 25

12.3K 771 93
                                    

Risya yang sedang tidur di dalam kelas cepat cepat bangun ketika mejanya diketuk-ketuk seseorang. Tudungnya yang sedikit senget dibetulkan. Risya mendongak memandang manusia yang menganggu tidurnya tengah-tengah hari ni.

"Asal tak turun?" Tanya si dia.

"Turun mana?" Tanya Risya pelik. Masih mamai la ni.

"Turun solat lah cik kak." Jawabnya sedikit menyampah.

Risya kembali sedar. Lupa pulak, sekarang bulan puasa. Masuk ja waktu zuhur memang semua pelajar dikehendaki turun ke surau untuk menunaikan kewajiban.

"Yang kau tak turun ape kes?" Tanya Risya pulak.

"Sebab ada orang macam kau lah aku TERPAKSA turun lambat." Bidas pengawas lelaki dihadapannya. Raja Adam Zukarnain Bin Raja Muhammad. Setiausaha badan pengawas merangkap classmate Risya. Orangnya tampan dan segak. Antara salah seorang yang agak popular dikalangan perempuan. Ramai yang cakap dia ni rival Aierel. HAHAHA.

"Kau pergi lah turun." Risya akhirnya bersuara.

"Nanti ada kes barang hilang kau nak tanggung?" Tanyanya lagi. Haishhh mamat ni. Aku cutilah, kau yang tak cuti tu pergi lah solat cepat. Risya mendengus kasar

"Kau kaya, kau lah tanggung." Kata Risya dan kembali menyembamkan kepala ke meja. Sambung tidur. Adam hanya menggelengkan kepala dan berlalu pergi. Baik solat dari layan minah ni.

"Eh Raja, asal lambat sangat turun?" Tanya Aierel ketika terserempak dengan Raja Adam yang sedang menuruni tangga.

"Ada hal sikit tadi." Jawab Raja Adam. Raja Adam memang terkenal dengan sifatnya yang agak sombong dan agak pendiam. Memang agak tegas dan jarang sekali nampak dia senyum. Tapi bila dah senyum...fuh... buluh pun boleh lentur. Rupa parasnya yang kacak serta gayanya yang cool menyebabkan dia terkenal dalam kalangan pelajar perempuan.

"Oh ye ke. Jangan lupa lepas ni meeting." Pesan Aierel dan berlalu pergi. Tertinggal barang dalam kelas tadi.

***
"Risya! Bangun lah!" Hana menggoncang kuat badan Risya.

"Ish kau ni...kacau lah..." Rengek Risya sambil matanya rapat dipejam.

"Pala hotak kau kacau! Ni buku nota fizik kau dah lengkap ka? Cikgu suruh hantar hari ni jugak." Rungut Laili.

"Ish...aku ngantuk lah...dah la perut sakit ni..." Kata Risya membetulkan kedudukan. Tangannya tak lepas memegang perut. Senggugut siak...

"Eh kau...ngade jer. Gaya kalah budak first time period." Perli Hana.

"Suara tu tak boleh lagi kuat ke? Asal tak pergi buat announcement je kata aku period??" Marah Risya. Hana yang tersengih kambing dijelingnya.

Akhirnya, Risya mengeluarkan juga buku nota fizik lalu dikemaskini kerana diwajibkan hantar sebelum balik. Kebetulan pula guru mata pelajaran sivik mereka tidak hadir pada hari itu.

***
Malam Raya Aidilfitri

Sebaik sahaja pengumuman raya dibuat mengatakan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 25 june gamat habis rumah banglo milik nenek dan datuknya itu yang terletak di Melaka dengan sorakkan gembira.

Malam raya adalah malam yang paling menyeronokkan sebab malam ni lah semua sedara mara akan berkumpul di rumah nenek dan datuk.

Bising habis satu rumah dengan aktiviti memasak, berborak ditambah pula dengan keriangan budak budak kecil yang buas macam jakun

"Risya sorang jer ka?" Tanya Ammar Ryan merangkap sepupu Risya sebelah daddynya. Memandangkan datuk dan nenek sebelah mummy sudah lama meninggal, rumah datuk dan nenek sebelah daddy lah akan menjadi destinasi mereka pada setiap hari raya. Disebabkan itulah Risya agak rapat dengan sepupu sebelah daddynya.

School's HeadboyWhere stories live. Discover now