School's Headboy 28

11.3K 791 146
                                    

Segala typo yang dikesan sila tegur. Tak pun pandai pandailah korang faham 😂

Suasana di dalam bilik disiplin terasa sungguh tegang. Risya hanya menunduk sambil bermain main jarinya. Sungguh dia rasa nak lari keluar dari situasi ini.

"Ehem... So, Dini dan Miza, memang betullah kamu berdua yang buli Risya? Sampai berdarah kepala dia? Kurung dia dalam stor kebun? Memang kerja korang lah?" Tanya Aierel memecah kesunyian bilik itu. Suaranya kedengaran tegas. Risya memandang ke arah dua gadis dihadapannya. Kelihatan mereka tidak menjawab atau memberi apa apa reaksi mengenai soalan Aierel. Mereka berdua hanya menunduk.

"Dah salah tu ngaku lah bodoh!" Marah Adam. Kaki kerusi yang diduduki Dini ditendang Adam. Selamat tak patah, kalau tau bergolek Dini jatuh.

Yusuf memegang bahu kanan Adam menenangkannya. Suasana di bilik itu kembali sepi. Guru disiplin mereka, Pn Ramlah tidak hadir untuk sepanjang minggu ini. Oleh itu, The Royalz dan Adam diamanahkan mengendalikan kes ini. (Macam cliché sgt la ayat dia)

"Tahun depan korang nak ambil PT3. Tahun ni dah buat masalah. Korang nak ka pihak sekolah campak korang keluar? Prestasi akademik korang pun bukan bagus mana. Disiplin pun cam haram. Untuk pengtahuan korang, sekolah tidak memerlukan pelajar bermasalah macam korang!" Lantang Aierel berbicara. Makin menunduk Dini dan Miza dibuatnya.

"Dalam rakaman CCTV kami nampak tiga orang yang pukul Risya. Lagi sorang siapa?" Tanya Farham yang hanya menjadi penonton dari tadi.

Apa yang dikatakan Farham agak mengejutkan Risya. Dia sangka Dini dan Miza sahaja yang terlibat. Rupanya ada lagi sorang. K. Dah macam 3in1. Milo 3 in 1. Puasa puasa ni sedap jugak

"Mi-Mila..." Lambat-lambat Miza menjawab.

"Masalah betullah korang ni. Hari isnin nanti, aku nak parents korang datang jumpa Pn. Ramlah. Hukuman cikgu tetapkan. Bagitahu dekat kawan korang si Mila tu sekali. Dah, korang berdua boleh berambus!" Arah Aierel kasar. Mukanya jelas menunjukkan dia serabut.

"Korang pun boleh naik ke kelas. Kes ni nanti aku dengan Pn. Ramlah selesaikan." Arah Aierel kepada kawannya yang lain. Risya juga turut berjalan keluar.

Baru sahaja kaki Risya ingin mendaki tangga untuk ke kelasnya, tangannya ditarik seseorang. Dalam keadaan terpaksa dia mengekori.

Tangannya dilepaskan setelah dia tiba di rooftop. Risya menjeling orang yang menariknya tadi.

"Kenapa?" Tanya Risya dengan nada bosan

"Dah makin sombongkan sekarang?"kata Aierel sambil matanya tak lepas memandang muka Risya. Sungguh dia rindu dengan Risya. Rindu nak berbual, rindu nak melihat wajah gadis ini dan yang paling penting dia rindu nak usik gadis ini seperti dulu.

Risya tidak menjawab sebaliknya hanya menunduk. Dia tak sanggup nak bertentangan mata dengan Aierel.

Aierel menolak dagu Risya menggunakan jari telunjuknya menyebabkan gadis itu mendongak memandangnya.

"Pandanglah aku. Aku rindu nak tatap muka kau. Kau tak rindukan aku ka?" Tanya Aierel. Suaranya yang romantis menyebabkan degupan jantung Risya tak keruan.

Risya menolak tangan Aierel yang memegang dagunya. Mukanya yang merah akibat malu sedaya upaya disorokkan. Aierel tergelak kecil melihat telatah Risya.

"Asal tarik aku ke sini?" Tanya Risya setelah rasa mukanya kurang membahang.

"Aku rindu kau." Tenang sahaja Aierel menjawab. Risya terdiam. Tak tahu dah nak cakap apa.

"Cakap la.." Aierel menggesa Risya.

"Cakap ape?" Tanyanya pelik.

"Cakaplah yang kau pun rindukan aku." Aierel tersengih. Risya mencebik meluat.

School's HeadboyWo Geschichten leben. Entdecke jetzt