School's Headboy 14

13.1K 803 96
                                    

Seperti biasa, The Q berjalan memasuki kawasan persekolahan. Sudah seminggu lebih mereka tidak merasai suasana sebegini kerana ketiadaan Risya buat ketika itu.

"Ehem.. Happy korang harini." Kedengaran suara dari seseorang saat mereka melintasi pondok pengawal sambil bergelak ketawa. Mereka melihat ke arah pengawas yang sedang mencatat sesuatu di dalam buku nota kecil seperti tiada apa yang berlaku.

"Happy la... Sebab our leader dah sihat, bukan macam leader kau yang asyik kena sesi kaunseling jer.. Entah entah ada masalah mental. Oppsss" balas Hana sedas yang boleh menyebabkan orang mati heartattack. Jilake punya jawapan.

"Lets go girlss...." Kata Hana setelah jeda yang singkat dengan divanya. Jari dipetik lalu Hana melangkah dengan gedik sampai sis tengok pun muntah hijau. Mereka yang lain hanya membuntuti Hana sambil menahan ketawa. Yer la, Hana ni bab nak bagi orang panas hati, number satu 😂

Sabrina memandang The Q dengan pandangan maut. Beberapa helai kertas dari buku notanya berlubang akibat ditekan pen dengan kuat tanda dia sedang menahan marah. 'Tunggulah korang...' Desis hatinya.

***

"Weiii!! Tunggu lah aku!" Jerit Risya sambil mengejar langkah rakannya. Selepas sahaja sesi persekolahan tamat, mereka terus berlari meninggalkan Risya yang terkedek kedek mengemas buku dan bag tika itu.

"Siapa lambat kena belanja makan tau!" Laili memperingati peraturan yang ditetapkan. Dia tergelak sambil meneruskan lariannya. Cis la kau!

"Weii!! Tunggulahh aku penat ni!!" Raung Risya lagi. Tetapi apakan daya, Risya mempunyai rakan yang perangai macam binatang ekor macam tali telefon rumah, hanya lidah yang mereka jelirkan.

Entah silap dimana, Risya hampir sahaja tersembam menghempap bumi. Mata yang dipejamkan menunggu impak yang bakal dirasai dibuka perlahan lahan untuk melihat keadaannya yang seperti diawangan.

"Lain kali larilah lagi biar jatuh dalam longkang terus." Sinis kedengaran suara itu.

"Erkk...Aierel.." Sengih.

Aierel melepaskan pegangan pada beg Risya setelah mendapati Risya sudah stabil. Mujur dia sempat menarik beg Risya tadi, kalau tak... Innalillah la Risya...

"Lepas ni jangan lari lari. Kalau nak lari pergi padang bukannya dekat kawasan kaki lima sekolah. Peraturan sekolah pun tidak membenarkan pelajar berlari di kaki lima. Lepas ni kalau kau jatuh aku tak tolong dah." Aierel berucap panjang lebar. Mereka yang duduk bertentangan kelihatan begitu sweet di pandangan manusia yang tidak mengetahui kisah sebenar. Awwwww

"Asyik asyik nak membebel." Risya mencebik meluat.

"Aku bukan membebel, aku bagi nasihat sebab aku sayang kau." Kepala Risya yang berlapik tudung diusap Aierel. Risya tergamam.

"Erk...jangan salah faham... A-aku sayang kau sebagai kawan.." Aierel mengangkat tangannya dari terus mengusap kepala Risya.

Muka Risya sudah merah akibat malu.Asal aku rasa cam nak meletup ni!!!

"Oh.." Jawap Risya sepatah. Aierel mengusap belakang tengkoknya. Awkward.

"Hi sayang!" Sapa seseorang dengan girang lantas memeluk lengan Aierel.

"Apa ni Tasha! Lepas lah!" Marah Aierel.

"Erkk... Aku pergi dulu." Risya meminta diri. Senyuman dan pandangan sinis Tasha diabaikan. Kenapa dia rasa sakit hati melihat kemesraan mereka? Mesra ka? Tasha ja yang menggedik. HAHAHAHA

"No! Wait Risya!" Panggil Aierel setelah Risya ingin membuka langkahnya. Muka Tasha masam mencuka.

"Why u panggil dia?" Tanya Tasha manja kepada Aierel.

"Sebab i tak nak berduaan dengan syaitan macam u. Bye!" Tangan Risya terus ditarik mengikut langkahnya. WHAT THE HELL?

***

"KAU PEHAL?!" marah Risya setelah tangannya dilepaskan daripada genggaman Aierel. Tu pun sebab Risya yang tarik. Nak tunggu Aierel lepaskan sendiri? Huh! Mimpi!

"Kau ni kan... Bukannya nak tolong aku!" Aierel berpaling dari menghadap Risya

Aikk? Merajuk pulak?

"Kau pehal? Sekarang nak merajuk pulak? Pergi lah kat awek kau tu! Suruh dia pujuk. Menyampah aku!" Risya ingin meneruskan perjalan terhenti apabila begnya ditarik.

"Kau tak jealous ka?..." Tanya Aierel

"Jealous? For what?" Tanya Risya sambil membelakangi Aierel.
Aierel membisu.

"Bagi aku sebab kenapa aku kena jealous" Risya bertanya sambil memusing menghadap Aierel. Senyuman sinis diberikan.

"Sebab aku suka kau..."
____________________________________

Yana yang kepenatan berlari terus pergi ke cafeteria untuk membeli minuman. Hana dan Laili? Hurmmm...lepas penat lari terus ke library. Malas nak ikut diorang aku datang sini dulu. Hahaha...maaf saya bukan ulat buku.

"Ehemm.." Yana yang sedang termenung memusing menghadap manusia yang berdehem dibelakangnya.

"Oh.. Yusuf..." Senyuman manis diberikan kepada Yusuf

"Boleh saya duduk?" Tanya Yusuf lembut. Alahaiii... Ni namanya ciri ciri imam idaman! Sejuk perut mak mengandung 9 bulan 10 hari.

"Eh boleh jer...duduklah" pelawa Yana. Kerusi dihadapan Yana ditarik lalu diduduk.

"Awak tengok apa tu?" Tanya Yusuf. Air nescafe dalam tin dihirupnya.

"Tu... Risya dengan Aierel. Sweetkan diorang? Acah acah jer benci each other... Tapi dalam hati suka.. Hahahaha" Terang Yana sambil matanya tak lekang melihat Aierel dan Arisya yang berada di taman melalui tingkap lut sinar.

"Ha'ah... Saya ingat saya jer yang perasan yang diorang tu sweet."

"Saya rasa ramai jer yang perasan. Tapi memandangkan Aierel tu headboy semua diamkan aje..." Yana gelak lagi. Dah lah tak tutup mulut.

"Awak cute la..." Kata Yusuf secara tiba tiba selepas 5 minit diam menguasai suasana.

"M-mana ade la... Merepek jer awak ni..." Muka Yana merah menyala menahan malu. Alololo blushingggg

"Hahahaha... Yana blushing la.... Lagi cute!" Usik Yusuf lagi

"Ish awak ni!" Yana menampar Yusuf menggunakan buku teks bio milik Yusuf.

"Sakit lah!"

"Buat apa orang pukul kalau tak nak bagi sakit?!"

"Tak sayang saya ke?!"

"Dapat apa kalau sayang awak?"

"Dapat saya lah..."

Diam

Diam lagi...

Dan lagi..

"Haha... Tak per lah.. Saya kena pergi dulu." Kata Yusuf seraya bangun dari duduknya.

"And one more thing Ayana..." Yusuf memandang Yana dari ekor matanya. Yana yang sedang duduk mendongak melihat Yusuf.

"Kalau kita bersama suatu hari nanti, trust me.. Saya boleh jadi lebih sweet dari Aierel.." Yusuf memberi senyuman manis kemudian berlalu pergi.

Asal aku gementar sangat?

Argghhh!! Dia tu kan gang budak hot! Mestilah sweet talker!

Tapi dia nampak serious...

Yana serabut... Dia terus bangun kemudian keluar dari cafeteria. Pergi library la... Jumpa Laili and Hana!

______________________________

Huhu ship YuNa pliz!
Yusuf x Yana! ❤

School's HeadboyWhere stories live. Discover now