School's Headboy 24

11K 741 43
                                    

Lagi 3 hari cuti sekolah sepanjang 17 hari akan tamat.

Aku membetulkan sedikit selendangku yang diselepang bagi menutupi bahagian dadaku.

"Sayang dah siap?" Tanya mummy menjengokkan sikit kepalanya ke dalam bilikku.

"Dah. Jom lah." Kataku lantas mengambil bag galas tepi yang siap sedia di atas katil dan berlalu turun ke ruang tamu.

"Jom." Ajak along yang siap berpakaian baju melayu bersama kain pelikat. Untuk tidak memusykilkan para pembaca, mereka semua akan ke masjid untuk solat tarawwih. Daddy mereka tidak dapat ikut atas urusan pekerjaan. Ni semua salah along yang mengambil cuti sehingga raya.

***
Mummy dan Risya jalan beriringan keluar dari saf perempuan selepas sahaja tamat solat sunat tarawwih pada malam itu.

Baru sahaja kelibat mereka hendak hilang dari kawasan saf perempuan, satu suara menyapa mummy.

"Eh... Haslinda... Lamanya tak jumpa kau... Ya Allah... Rindunya aku kat kau.." Kata seorang wanita mungkin sebaya mummy lantas memeluk erat mummy.

"Ya Allah! Safeena! Aku pun rindu kau..." Mummy membalas erat pelukkan wanita yang digelar Safeena itu.

Risya menghulurkan tangan hendak bersalam kepada wanita itu tika wanita itu memandangnya pelik.

"Ni Risya ka?" Tanya kawan mummy.

"Ha'ah. Anak aku yang bongsu." Terang mummy. Risya hanya tersenyum. Macam mana dia tau nama aku?

"Dah besar anak kau. Cantik pulak tu. Dulu Feena tengok dia kecil jer lagi." Kata Pn. Feena sambil mengusap ngusap belakang Risya. Risya pula sudah kembang kempis dipuji.

"Tak payah puji sangat budak ni. Perasan pulak jadinya." Bidas mummy menyampah dengan anaknya. Memasam terus muka Risya diperkatakan begitu.

Risya pula meminta diri setelah emaknya berbual perkara yang tiada kena mengena dengannya. Malas nak masuk campur hal orang tua. Kang dikata pasang telinga pulak.

Risya berjalan ingin menuju ke kereta alongnya, entah dimana silapnya, Risya tergelincir lalu terjatuh.

"Cik ok tak?" Tanya seorang lelaki berpakaian kurta kelabu disertakan seluar hitam melutut ditepi Risya yang sudah bersimpuh di atas lantai cement tempat parkir kereta masjid. Risya yang malu hanya mengangguk sebagai jawapan. Orang yang lalu lalang hanya memerhati pelik ke arah mereka.

"Saya okay, takpe." Kata Risya yang masih cuba menutup wajahnya. Lelaki itu ikut berdiri bersama Risya.

"Are you sure?" Tanya lelaki itu lagi.

"Yer betul." Jawab Risya lalu mengangkat wajahnya dengan senyuman manis. Mati terus senyuman Risya setelah melihat lelaki yang cuba membantunya itu adalah Aierel! AIEREL!

"KAU?!" Jerit Aierel dan Risya perlahan.

Risya mendengus geram. Kain jubahnya yang sedikit kotor ditepuk tepuk kasar.

"Aku ingat bidadari syurga mana jatuh tengah tengah tempat parkir masjid, rupanya nenek kebayan yang tergelincir." Sindir Aierel. Melopong mulut Risya mendengar sindiran Aierel.

"Aku ingat prince charming mana yang nak tolong aku, rupanya buaya terlepas atas darat!" Bidas Risya tak nak kalah. Berdesing telinga Aierel diperkatakan Risya.

"Hei, nenek kebayan--"

"Aierel!" Aierel tak sempat menghabiskan ayatnya apabila namanya diseru.

"Ape ni Rel? Asal panggil anak dara orang nenek kebayan?" Marah Pn. Feena yang baru tiba kepada Aierel. Pn. Feena mencubit lengan Aierel akibat geram.

"Sorry la Lin... Anak aku ni mulutnya memang lancang sikit." Puan Feena memohon maaf kepada Puan Haslinda. Lagi bertambah melopong mulut Risya apabila puan Feena mengatakan Aierel sebagai anaknya. Holy crap!

"Takde ape lah Feena oi...hal kecil jer. Anak aku ni pun bukan baik sangat." Balas mummy. Risya mecebik meluat. Aku gak yang kena padahal Aierel yang mula kan dulu.

"Aunty ni emak Risya ke?" Tanya Aierel lembut dengan senyuman tak lekang dari bibir. Dah tahu lagi ditanya. Mak aku la tak akan mak kau pulak!

"Ha'ah. Macam mana boleh kenal si Risya ni?" Tanya mummy pula. Mummy pun bukan main berminat nak berbual dengan mamat sewel ni. Nyampah!

"Kami satu sekolah aunty... Saya ingatkan aunty kakak Risya. Nampak muda, cantik pulak tu!" Puji Aierel melambung-lambung. Ewah ewah...bukan main kau bodek mak aku.

"Ish kamu ni... Aunty dah tua lah. Kamu pun dah besar makin handsome. Tinggi pulak tu." Kata mummy tersipu malu. Syok la tu kena puji.

"Takpe lah Lin...aku balik dulu tau. Rasanya suami aku tengah tunggu dalam kereta dah ni." Pamit Puan Feena. Risya sempat bersalaman dengan Puan Feena.

"Nite nenek kebayan..." Bisik Aierel ketika melalui sebelah Risya. Makin memerah muka Risya.

"Siap lah kau buaya!" Gumam Risya perlahan.

Elok sahaja Risya masuk ke dalam kereta, Risya memandang pelik abangnya yang gelak seperti orang kena sawan.

"Asal ni?!" Tanya Risya geram pada kedua orang abangnya.

"HAHAHAHAHAHA!!! JATUH!" Makin galak Angah dan along gelak. Kuanghajo rupanya mereka nampak Risya jatuh. Kot lah nak tolong!

"Ni semua salah Aierel tak guna tu!" Marah Risya

"Haaa... Dia yang cuai salahkan si Aierel pulak. Mummy tengok Aierel tu baik jer. Peramah, sopan. Bukan macam Risya! Asyik nak marah jer memanjang." Bebel mummy membela Aierel. Risya mendengus geram.

"Padan muka." Kata angah pada Risya sebelum kereta mereka hilang dari kawasan masjid. Risya ape lagi? Masam je la mukanya

----------

Jangan lupa baca novel baru sis, Tengku Rayyan 😣

School's HeadboyWhere stories live. Discover now