Part 3

6.8K 275 8
                                    


Mereka berdua makan tengah hari di cafe yang dimaksudkan Hafiz. Secara keseluruhan memang sedap seperti yang dikatakan oleh Hafiz. Selesai pembayaran mereka berdua berjalan keluar dari cafe. Fahan asyik dengan telefon saat dirinya terlanggar seorang gadis yang sedang melangkah masuk ke cafe itu.

"Ah! Ish, sibuk sangat dengan phone! Orang kat depan tak nampak."

Gadis itu menyergah. Fahan terdiam.

"Sorry."

Fahan berkata namun perkataan itu seakan tak keluar dari mulutnya. Gadis itu menjelingnya sebal kemudian melangkah masuk ke cafe meninggalkan Fahan yang terkedu di muka pintu.

"Wei kau kenapa? Gaya orang nampak hantu."

Hafiz menegur. Yelah mahunya tak menegur. Fahan tiba-tiba jadi senyap lepas terlanggar dengan gadis tadi. Fahan yang ibarat baru tersedar dengan tepukan Hafiz tadi segera menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apa. Kau...tak terkejut ke? Budak tadi tu. Dia... Dia ada tindik kat telinga."

Itu je punca yang buat dia terkedu tadi. Gadis yang berlanggar dengannya tadi ada tindik di telinganya. Rambutnya pula yang diikat ekor kuda menyerlahkan lagi tindik di telinganya itu.

 Rambutnya pula yang diikat ekor kuda menyerlahkan lagi tindik di telinganya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nak terkejut apanya? Biasalah tu. Kau tak pernah tengok?"

Soal Hafiz. Fahan menggeleng. Mereka berjalan ke kereta.

"Tak. Masalahnya kalau satu tu biasa. Ni ada tiga. Diulang tiga!"

"Haha kau ni. Kecohlah. Leklah. Tapi sebenarnya dia tu waitress sini. Aku biasa juga nampak dia. Mungkin sebab tu aku rasa biasa kot."

Jawab Hafiz. Dia sudah menghidupkan enjin keretanya. Fahan hanya diam di sebelah. Masih memproses apa yang dilihatnya tadi mungkin.

***
Hujung minggu

Fahan melepak di ruang tamu bila adik lelakinya, Saif datang duduk di sebelahnya dengan siap berjersi.

"Abang, jom ikut adik. Adik ada match basket ni."

"Alah malaslah. Esok abang ada kelas."

Fahan memberi alasan. Dia malas nak keluar sebenarnya.

"Eleh dalam kelas abang tidur juga. Jomlah abang. Match penting ni. Nanti adik kenalkan kalau ada awek cantik."

Saif mengangkat kening mengusik. Bukan dia tak tahu abangnya single lepas kena tinggal dengan awek time sekolah menengah dulu. Apalah abang dia yang sorang ni. Susah betul nak move on.

"Ah tak payah. Kau tahu kan abang nak cari awek yang...."

"Cool, smart, tinggi, tough dan pandai."

Saif menyambung. Bukan dia tak tahu kriteria yang abang dia nak tu. Semuanya bertentangan dengan ciri-ciri awek abang dia yang di sekolah menengah dulu- ayu, lemah lembut, rendah-rendah, kecil dan yang penting comel.

"Pandai adik abang ni. Ha, ada ke? Mana ada perempuan yang macam tu."

Saif mengeluh. Nak ajak pergi match pun susah.

"Hmm ada sorang akak ni, sebaya abang. Tapi tak tahulah kalau-kalau dia penuhi ciri-ciri abang. Tapi pada adik dia cool."

Saif cuba cara ni pula.

"Haih, yelah-yelah abang ikut. Nak ajak pergi match je pun habis soal peribadi abang kau ungkit."

Sempat Fahan membebel sebelum bangun untuk bersiap. Saif hanya tersengih. Kotak mesejnya berbunyi.

"Saif cepat! - Capt."

Saif mengeluh. Sebab kenapa dia beria ajak abang dia pergi sekali adalah kerana dia nak minta abangnya tumpangkan kereta. Kalau naik basikal, jauh. Abang...cepatlah. Mati Saif nanti.

***
Que membuat regangan sebelum perlawanan bermula. Pertandingan ni tak adalah besar mana pun. Tapi cukuplah bagi dia nak lepas gian. Nak masuk team kat university, hmm buat masa ni tak payah lah. Que meregangkan tangannya sambil berjalan ke bangku tempat teamnya duduk.

"Capt.! Sorry saya lambat!"

Suara Saif buat Que memusing. Saif datang bersama seorang lelaki. Macam pernah nampak tapi ada Que kisah?

"Hmm it's okay. Pergi buat regangan. Hukuman kau nanti lepas match."

Kata Que senada. Dialah kapten untuk teamnya ini. Sebab ini game campur jadi tiada masalah kalau dia jadi kapten. Dia Ace okay dalam team.

"O...k."

Saif hanya mampu tersengih dan membuat regangan.

"Tu ke 'akak' yang kau maksudkan?"

Bisik Fahan setelah Que pergi ke meja urusetia.

"Haah. Cool kan?"

Saif tersengih. Fahan hanya mengangguk perlahan dan pergi ke tempat duduk penonton.Dari situ dia memerhati Que. Dia yakin itulah gadis yang dia langgar di cafe baru-baru ni. Kenapa? Sebab ada tindik di telinganya. Kali ini dia hanya pasang satu subang je di telinganya. Kuranglah juga scary tu. Hari tu, dah gaya gangster. Haih apalah nak jadi dengan budak sekarang.

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now