Part 23

5.3K 227 0
                                    


7 tahun kemudian

Fahan duduk melihat keluar dari tingkap di bilik pejabatnya. Tangannya bermain dengan pen, memusingnya tanpa henti. Kepalanya penuh dengan perkara-perkara yang perlu dia fikirkan. Kemudian dia teringat tentang tarikh perkahwinan Saif, adiknya yang akan berlangsung lagi dua minggu.

"Alamak hadiah Saif tak beli lagi."

Fahan berbisik sendiri. dalam dia termenung sendiri, telefonnya berdering. Nama ibunya tertera. Dia segera menjawab.

"Fahan, fahan tak balik makan lagi ke malam ni?"

Ibunya bising. Fahan melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 8.30 malam. Dia menepuk dahi. Tadi selepas habis solat Maghrib, dia duduk di kerusinya termenung. Tak sangka sudah menghampiri jam 8.30.

"Iya, Fahan nak balik lah ni. Tapi ibu makanlah dulu. Fahan nak singgah tempat lain dulu."

"Hmm yelah. Take care."

"Okay."

Talian dimatikan.

Fahan mengeluh. Apalah dia buat. Bolehnya dia termenung sampai tak ingat duni. Segera dia mengemas apa yang patut, menutup laptopnya kemudian mengunci biliknya. Dia berjalan ke keretanya. Rasanya dia orang terakhir yang keluar dari pejabatnya waktu-waktu macam tu. Fahan memandu keretanya menuju ke sebuah café. Akhir-akhir ini, Americano menjadi minuman rutin nya. Dia memarkir keretanya kemudian masuk ke café tersebut.

"Americano satu."

Fahan memesan. Kemudian ada satu perempuan berjalan masuk ke café dan menuju ke kaunter untuk memesan. Fahan berganjak sedikit untuk memberi ruang. Sempat matanya menjeling. Perempuan tinggi lampai ini hanya berpakaian casual bersama baseball cap dengan rambutnya yang diikat ekor kuda. Mukanya hampir tiada make-up kalau ada pun sekadar make-up asas. Natural look.

"Caramel macchiato satu."

Perempuan itu memesan.

Oh, suara dia...

Fahan terpesona dengan suara merdu perempuan itu seketika.

"Sir, your Americano."

Pelayan itu menghulurkan Americano kepada Fahan. Fahan mengambilnya dan duit bertukar tangan.

"Americano? I don't like it. It taste bitter just like my past life."

Parempuan itu berkata perlahan namun cukup kuat untuk Fahan dengar. Fahan memandang perempuan itu tertanya-tanya. Apa yang dia maksudkan? Dia turut memandang Fahan.

"Oh terkuat ke pula? Sorry. That should be my monologue."

Dia senyum. Tiba-tiba jantung Fahan berdegup laju. Senyuman tu. Dia seperti pernah nampak senyuman itu sebelum ini.

"Miss, your caramel macchiato."

"Oh thanks."

Dan dalam Fahan berfikir-fikir siapa perempuan itu, bila dia lihat semula di sebelahnya, perempuan itu sudah menghilang.

"It taste bitter just like my past life."

Kata-kata itu terus melekat di kepalanya. Dan dia berharap dia ada kesempatan untuk berjumpa perempuan itu walau pada hakikatnya harapan itu menghampiri mustahil. Dia cuma nak pastikan sesuatu.

Give me a chance to meet you again, girl.

***

"Bos, tentang program KL Fashion Week yang akan berlangsung hujung minggu ni...bos belum beri jawapan sama ada bos nak datang atau tak."

Kata Maria, setiausaha kepada Fahan dengan sebuah diari dan telefon ditangannya – typical secretary. Fahan memusing kerusinya. Sejujurnya dia tak berapa minat nak pergi tengok fashion show ni.

"Kenapa saya mesti pergi?"

"Well obviously since bos antara one of the sponsors."

Fahan melepas keluhan. Nak pergi ke tak? Saat baru dia mahu membuka mulutnya, telefon Maria berdering. Maria membuat isyrat untuk Fahan jangan berkata apa-apa.

"Ya saya. Oh? Jap saya tanya bos."

Maria memandang Fahan.

"Bos, wakil dari fashion show tu nak jumpa bos. Boleh ke?"

Fahan mengangguk.

"Bos kata ok. Suruh dia naik."

"Kalau macam tu, bos saya keluar dulu. Apa-apa keputusan bos, sila bagitau saya."

Fahan mengangguk kemudian Maria keluar dari biliknya.

***

Maria keluar dari bilik pejabat Fahan, meletakkan bukunya di meja dan terus berjalan kearah pantry untuk segelas air. Saat itu dia berselisih dengan seorang wanita tinggi lampai. Dia berhenti dan menoleh sekali lagi untuk melihat wanita yang berselisih dengannya tadi. Wanita itu mengenakan boot cut jean bersama kemeja putih dan rambut hitam lurusnya yang separas pinggang itu dibiar bebas.

Gorgeous

Itu je yang perkataan yang Maria boleh describe untuk wanita itu.

"Wei kau kenapa Maria?"

Tegur Vee yang melihat Maria berdiri sambil memandamg kearah wanita yang berjalan menuju ke bilik bos mereka.

"Siapa tu?"

"Tulah wakil dari fashion week yang nak jumpa dengan bos tu."

Balas Vee.

"Seriously? Wah she's perfect."

"I know right."

Vee mengangguk setuju.

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now