Part 5

5.9K 249 0
                                    


"Que yang datang tadi tu bukan ke budak course kau?"

soal Khai. Dia dan Que berlainan course tapi dia tahu tentang 'penyamaran' Que.

"Entah. Aku tak kenal. Kenapa?"

shift mereka sudah tamat untuk hari itu.

"Entahlah aku rasa dia usya kau lain macam je."

Khai pun perasan dengan pandangan Fahan. Que hanya ketawa.

"Kau jangan nak merepek lah. Haha dah-dah pergi balik. Esok kelas. Bye!"

Que melambai kemudian mengeluarkan earphonenya dan berjalan pulang. Dalam kepalanya sudah dipenuhi dengan assignment yang perlu dihantar dan yang perlu disiapkan. Itulah rutin hariannya. Rumah, kolej, café dan rumah. Kecuali hujung minggu. Dia akan ke court basketball. Itulah dunianya sejak dia keluar dari rumah anak yatim dulu.

"Huh~ life is hard..."

***

Sejak lepas rehat tadi, Que tertunduk-tunduk melihat kelantai mencari subang hitam bercorak hati kesayangannya itu. Tadi selepas keluar dari tandas, dia dapat rasakan subangnya itu tiada di telingannya. Sudahlah sebelah je.

"Haih aku dah agak dia akan tercabut."

Que berbisik sendiri. Tadi dirumah dia sudah mengagak bahawa subangnya itu longgar tapi sebab dia dah terlambat untuk ke kelas dia biarkan sahaja. Mana pernah dia tak pakai subang itu. Subang berharga tu. Que masuk pula ke perpustakaan. Dia tercari-cari subangnya itu di celah-celah almari sambil memegang rambutnya menutupi telinganya. Mana boleh orang nampak telinganya bertindik.

"Oh!"

matanya sudah dapat menangkap keberadaan subangnya itu di tepi sebuah almari buku. Baru dia melutut nak ambil di lantai, ada seseorang lebih laju mengambil subang itu. Kemudian laju Que bangun sambal membetulkan rambutnya dan cermin mata palsuya itu.

"Er, tu saya punya. Boleh pulangkan untuk saya tak?"

Que berkata namun matanya masih belum melihat insan yang sedang memegang subangnya itu.

"Tak sangka kau masih simpan subang ni."

Suara garau yang berkata itu buat Que mengangkat mukanya. Orang yang paling dia tak nak jumpa kat kolej ni akhirnya dia jumpa juga. Haish, betapa kecilnya kolej ni.

"Erm... hmm..."

Que mati kata-kata. Lelaki itu melangkah setapak kearah Que.

"Nampaknya kita jumpa lagi."

Lelaki itu meletakkan subang itu keatas tapak tangan Que yang sudah membatu.

"Aku tak sangka kau masih simpan subang buruk tu. Tapi aku lagi tak sangka kau sanggup ikut aku sampai sini. Setia juga ye kau kat aku?"

kemudian lelaki itu ketawa kecil sebelum meninggalkan Que yang sudah terbang segala semangatnya. Que segera duduk di kerusi yang berdekatan. Manarik nafas dalam. Argh, benda yang dia nak elak dah pun berlaku.


DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now