Part 21

5.1K 224 0
                                    

Que menyelitkan supucuk surat di geriji tingkap rumah sewanya. Dia menarik nafas dalam. Dia yakin keputusan ini untuk kebaikan semua.

Yup! Aku tak akan menyesal.

"Sara, jom nanti kita lambat nak catch flight. Papa dah tunggu kat airport tu."

Que memandang ke arah wanita yang masih nampak berseri walaupun sudah menghampiri 50. Nampaknya ibunya bahagia dengan kehidupan yang sekarang ini. Baguslah.

"Ok."

Que senyum dan menarik beg rodanya keluar dari kawasan rumah sewanya kearah teksi yang sedia menunggu.

***

Dua hari yang lalu

Que dalam perjalan pulang ke rumahnya sebelum bersiap untuk ke café. Biasanya dia terus ke café tapi entah kenapa hatinya berkeinginan untuk pulang ke rumah dahulu memandangkan shiftnya bermula pada waktu malam. Sampai sahaja di pagar rumahnya dia terkejut. Seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an sedang berdiri di depan pagar rumahnya. Wanita itu nampak macam bukan makcik-makcik biasa. Gaya berpakaiannya menunjukkan dia dari kelas atasan. Elegant.

"Maafkan saya. Auntie cari siapa? Atau auntie cari rumah seseorang? Saya boleh tolong."

Que mendekati. Wanita itu mengangkat mukanya dan tersenyum. Mata Que membulat. Memori tentang malam itu kembali bermain di mindanya.

"Tak apa. Saya dah jumpa orangnya. Sara, ibu datang."

Mendengar perkataan itu, Que memegang pagar untuk sokongan. Kenapa sekarang? Dia hilang kata-kata tapi dia paksa dirinya untuk senyum dan berjalan masuk, membuka kunci pintu rumahnya dan mempersilakan ibunya masuk tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.

"Sara duduk sini dah berapa lama? Sara..."

Kata-kata ibunya selepas itu tidak lagi terdaftar di pendengarannya. Terus dia duduk di sofa. Menarik nafas dalam bila memori malam tu kembali memenuhi ruang pandangannya.

***

15 tahun yang lalu

Selama setahun dia menyaksikan pergaduhan yang selalu terjadi antara ibu dan ayahnya. Dia dah cukup faham dengan semua itu walaupun dia baru berusia 4 tahun saat semua pergaduhan ini bermula. Puncanya sebab ayahnya curang. Dan dia berumur 5 tahun bila ibu dan bapanya akhirnya bercerai. Pada dia baguslah begitu. Ayahnya seorang lelaki yang tak guna. Dia menyangkakan hidupnya dengan ibunya akan gembira, bahagia berdua tapi dia silap. Satu malam, ibunya mengemas semua baju-bajunya dan memasukkan kedalam sebuah bagasi. Dia sangkakan ibunya nak bawa dia pergi jalan-jalan. Dia gembira. Dengan memegang tangan ibunya, dia mengikut sahaja pergerakan ibunya. Ibunya mengunci pintu rumah dan menaiki teksi yang sedia menunggu. Kemudian teksi itu berhenti di sebuah rumah yang agak besar.

"Ru...rumah.."

Que membaca papan tanda di situ dengan tergagagp-gagap. Dia masih belum boleh membaca dengan lancar. Ibunya turun, berjumpa dengan seorang wanita. Dia hanya memerhati dari jauh kemudian ibunya datang kepadanya. Dengan terpinga-pinga dia turun. Ibunya turut membawa turun begnya. Dia melihat pula kearah pagar rumah besar itu. Wanita yang bercakap dengan ibunya tadi sudah di pagar, tersenyum kepadanya. Ibunya meletakkan begnya disebelahnya.

"Ibu, kita buat apa kat sini?"

Dia akhirnya bertanya soalan itu kepada ibunya. Dia melihat ibunya. Mata ibunya merah.

"Sara, ibu minta maaf. Ibu tak boleh bawa Sara. Sara tinggal sini dengan auntie Sue okay? Auntie Sue akan jaga Sara."

Que berkerut dahi.

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now