Part 12

5K 222 0
                                    


Que berdiri di depan cermin. Dia melihat dirinya. Dia menyisir rambutnya yang dilepas bebas untuk menutup telinganya yang bertindik. Dia lihat pula baju yang dipakainya. Kain dan kemeja besar. Lain dari pakaian kasualnya. Dia mengeluh. Kalau dulu dia berpakaian macam ni untuk lari dari Ryn, menyorok dari Ryan. Tapi sekarang semua dah terbongkar. Ryan dah tahu dan lebih teruk Ryan menuduhnya berpakaian begini sebab untuk pikat Fahan.

"Damn. Sekarang apalah function aku pakai macam ni?"

Que mencapai cermin matanya dan menggalas begnya untuk ke kelas. Nak atau tak dia mesti hadir ke kelas hari ini untuk menghantar assigmentnya. Kalau tak rasanya dia ponteng juga kelas untuk hari ini.

"Good morning!"

Que terkejut. Sebaik dia turun dari apartmentnya, Fahan sudah menunggu di bawah dengan keretanya. Siap tersenyum lebar lagi.

Bukan kitorang bergaduh ke semalam?

"Hmm. Kau nak apa?"

Soal Que.

"Jom. Ke kelas. Kita dah lambat ni."

Fahan selamba menarik Que ke tempat duduk penumpang dan membukakan pintu untuknya. Que masuk. Kemudian, Fahan masuk pula ke tempat pemandu. Que masih pandang Fahan pelik.

"Kau salah makan ke apa? Tiba-tiba je."

Que menarik tali pinggang keledar.

"Kenapa? Tak boleh?"

Fahan focus pada pemanduannya.

"Bukan tak boleh. Tapi bukan ke kita bergaduh semalam?"

Que membuang pandang ke luar tingkap. Fahan berdehem beberapa kali.

"Sorry."

Sepatah Fahan berkata selepas diam seketika.

"Untuk?"

"Semalam. Aku tak patut marah kau."

"Memang pun. Kau bukan ada kaitan pun dalam hidup aku."

Kata Que senada.

"Kau masih marah aku?"

"Nope."

Ok dia masih marah aku. Desis Fahan.

"Kau masih suka Ryan?"

Soal Fahan berani. Air muka Que berubah seketika. Kemudian dia menoleh ke arah jalan.

"Not your business."

"You should forget him."

"Kau tak ada hak nak cakap macam tu."

"Then let me replace Ryan."

Que pandang Fahan pelik. Fahan sudah memarkir keretanya.

"Apa kau merepek ni Fahan."

Que membuka tali pinggang keledar. Dia mengambil begnya dan saat dia mahu membuka pintu keretanya, Fahan mengunci pintu kereta.

"I'm serious. I like you. No. no. I love you. I love you Qaisara."

Fahan memerhati reaksi Que. Tapi langsung tak berubah. Terkejut pun tak.

"Kau tak kenal aku."

"Aku akan kenal kau. Whoever you are, I don't care."

"Fahan, You are crazy."

"Yes. Crazy for you."

"Get lost."

Kemudian Que membuka kunci pintu di bahagiannya dan keluar. Fahan menarik nafas dalam. Fahan...apa yang kau dah buat ni...


DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now