Part 25 - Dia Aku Punya!

9.1K 379 24
                                    

Fahan tunggu di luar bilik persalinan dengan sejambak bunga. Dia menanti Que keluar. Dari sumber yang dia dapat, Que memulakan karier sebagai seorang model sementara kemudian mula menjadi fashion designer. Dan dia balik ke Malaysia sempena KL Fashion Week dan dikatakan selepas minggu fashion ini, dia mengambil cuti. Jadi masih ada masa untuk Fahan. Pintu dibuka dan Fahan berdiri tegak. Que melangkah keluar – simple sekadar memakai t-shirt putih dan overall hitam bersama sneakers. Rambut hitamnya disanggul dalam messy bun.

"Ya, nak jumpa siapa?"

Soal Que kerana bunga itu menutupi wajah Fahan.

"I want to meet my long lost lover."

Fahan menurunkan sejambak bunga itu dan menghulurkan bunga itu kepada Que. Muka Que memerah.

"You late."

"But at least I come."

Mereka berdua ketawa. Kemudian diam mengisi ruang antara mereka.

"I miss you, Qaisara."

Fahan memecah sunyi. Que mengalih pandangannya.

"Damnit. Now I know how I actually missed to be called Qaisara again."

Fahan senyum. Begitu juga Que.

"Dinner on me?"

"Ok!"

***

Majlis perkahwinan Saif

Semua persiapan sudah diaturkan. Pagi ini majlis akad nikah diakan. Pengantin perempuan sudah siap duduk di tepi. Tinggal pengantin lelaki sahaja. Saif masuk dan duduk di depan tok kadi. Sempat dia menjeling bakal isterinya yang tertunduk malu. Kemudian ibunya mencuit.

"Abang kamu mana?"

Saif menjongket bahu.

"Tak tahu. Tadi turun kereta sama-sama."

"Pergi cari."

Arah ibunya kemudian Saif berjalan keluar mencari abangnya. Dia pusing ke taman kecil dan melihat abangnya disitu. Laju dia mendekat.

"Abang cepatlah masuk. Majlis nak start dah ni."

"Abang nervous lah."

"Ish abang ni. Kak Qaisara steady je adik tengok kat dalam."

"Kakak awak tu tak ada hati punya orang."

"Hmm whatever.. tapi abang, majlis ni tak boleh mula selagi pengantin lelaki tak masuk. Dan sekarang ni, dua-dua pengantin lelaki kat luar."

Ya. Hari ni adalah hari perkahwinan Saif DAN Fahan. Tiba-tiba kan? Baru dia jumpa semula dengan Que minggu lalu dan minggu ini, hari ini serentak dengan perkahwinan Saif, dia juga berkahwin. Cerita dia secara ringkasnya macam ni:

Fahan jumpa semula dengan Que, dan sepanjang Que berada di sini, mereka selalu keluar dating dan Que juga sudah dibawa berjumpa dengan ibunya. Tapi bila dia dapat tahu bahawa sehari selepas tarikh perkahwinan Saif, Que diminta untuk balik ke London untuk persediaan fashion show seterusnya, Fahan tak senang. Dia takut nak berpisah tanpa apa-apa ikatan lagi dengan Que. Terus dia melamar dan yang buat dia bertambah terkejut, Que terima. Maka jadilah perkahwinan mengejut ini.

"Abang cepatlah!"

"Erm...okay okay."

Kedua-dua pengantin masuk dan majlis dimulakan.

***

London

"Fahan wake up."

Que menggerakkan Fahan yang tertidur kepenatan selepas flight yang lama. Semalam memang betul-betul lepas habis majlis, mereka berdua rushing ke airport untuk naik flight ke London. Sampai je ke bilik hotel, terus masing-masing tidur kepenatan. Memang tidur tak ingat dunia lepas itu.

"Fahan, bangun. I've appointment this morning."

Perlahan Fahan buka mata.

"Alah mintalah tangguh. Kita baru sampai ni."

"You yang baru sampai. This is like my second home already. So i'll meet you again after my meeting done. Okay?"

"Don't go. I'm sleepy."

Fahan memeluk Que.

"Go to sleep. I'm off to work. See you later hun. Bye."

Que menolak Fahan dan berjalan mencapai heels dan berjalan keluar. Fahan kembali menyambung tidurnya. Dalam hatinya berbunga sebab akhirnya dia memiliki Que setelah hampir 7 tahun terpisah. Dan secara rasminya Fahan boleh declare bahawa Qaisara adalah miliknya.

DIA AKU PUNYA!

*

*

*

A/N: Hello readers semua. First nak minta maaf kalau ending dia to simple or what. Since rushing nak habiskan. Haha. Saya busy T.T 

Apa-apa pun kalau cerita ni readers rasa best, do vote for it okay? Finally, nak ucapkan terima kasih bebanyak kat follower-follower tu. I'm so happy. Love you all. 


DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now