Part 6

5.6K 241 2
                                    


Flashback

Sekolah menengah tingkatan 4

"Nah subang. Hadiah. Couple set."

Kata Ryan sambil menunjuk kearah rantainya yang juga mempunyai loket hitam bercorak hati.

"Wah cantiknya. Tapi saya tak tindik telinga."

Balas Que. Pada waktu itu semua orang tahu bahawa mereka berdua couple. Itupun setelah 3 tahun Que mengejar. Teruja jugalah Que bila Ryan setuju nak jadi teman lelakinya.

"Tindiklah. Mesti nampak cantik."

Ryan senyum. Kemudian dia menurut. Dia tindik telinga. Walaupun sakit tapi sebab dia nak pakai apa yang Ryan bagi, dia sanggup.

Selama sebulan, dia menurut apa yang Ryan minta. Ryan minta duit dia bagi, Ryan minta buatkan kerja sekolah, dia buat. Betapa dia buta dengan cinta masa tu. Tapi pada satu hari dia nampak dengan jelas Ryan bermesra dengan seorang perempuan.

"Hoi pompuan! Kau buat apa ni?!"

Que terus meluru kearah gadis yang bersama Ryan namun dihalang oleh Ryan.

"Que stop."

"Kenapa saya yang kena stop? Perempuan tu yang nak rampas awak dari saya. Tak kanlah saya nak biarkan?"

Que tak nak kalah. Sudahlah penat dia kejar Ryan selama ni. Ryan menarik nafas dalam.

"Que kita putus. Kita tak sesuai."

Ryan berkata tiada perasaan.

"Pu..putus? apa yang kurang pada saya? Kenapa kita tak sesuai?"

Que terkejut. Sebulan yang berlalu selama ni tak ada makna ke pada Ryan?

"Kurang? Banyak. Hmm secara ringkasnya aku tak suka perempuan yang menurut je. I like bad girl more. Dan kau? Ah, kau terlalu baik dan membosankan."

Kata Ryan disambut oleh tawa dari gadis dibelakangnya itu. Que yang mendengar menarik nafas dalam.

"Bad girl huh? Like this!"

laju dia mencabut kasut sekolahnya dan membaling tepat di kepala gadis yang bersama Ryan tadi. Ryan terkejut.

"Kau dengar sini. Mulai saat ni, kalau kau muncul depan aku lagi, masak kau aku kerjakan. Ah, sia-sia aku jadi budak baik selama ni."

Sempat dia menyepak kaki Ryan sebelum berlalu pergi meninggalkan Ryan yang kesakitan. Dia cuba mengawal sikap panas barannya dan berlakon jadi budak baik semata-mata nak dapat perhatian Ryan. Tapi ini pula yang jadi. Esoknya, kes dia membaling kasut pada seorang pelajar dibawa ke bilik disiplin. Dan tak lama selepas itu dia pindah sekolah. Dia berazam untuk tidak mahu berjumpa Ryan lagi. Dia menyesal sebab terlalu buta oleh cinta monyet. Tapi siapa sangka rupanya kolej yang dimasukinya ini sama dengan Ryan. Sebab itu dia menggunakan penyamaran sebegitu.

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now