Part 7

5.7K 312 3
                                    


"S***! Kenapa mamat tu hidup lagi!"

Que membaling bola ditangannya kuat. Kemudian dia terbaring di tengah-tengah gelanggang. Hari ini moodnya tak berapa baik dan dia meminta cuti kecemasan daripada Abang Ju. Dia masih cuba menstabilkan pernafasannya bila ada satu bayang mendekatinya.

"Kesian bola ni. Dia tak bersalah."

Que bangun melihat lelaki yang berdiri didepannya bersama bola yang dibalingnya tadi.

"Kau..."

Que cuba ingat lelaki yang didepannya ini yang sudah duduk disebelahnya.

"Abang kepada Saif, Fahan."

Que mengangguk. Baru dia ingat.

"Kita satu kelas. Tak perasan?"

"Oh. Ye? Sorry tak perasan."

Que bangun dan berjalan ke begnya.

"Kau tertinggal ni."

Fahan menunjukkan subang yang Que tanggalkan tadi.

"Kau.. kenapa kau ambil tu!"

dia yakin dia letak subang itu dibangku sebelum dia bermin sendiri di gelanggang tadi. Que melangkah pula kearah Fahan. Baru dia ingin mengambil subang itu kembali, laju Fahan mengalihkan tangnnya.

"Ada apa dengan subang ni?"

Fahan tertanya-tanya tentang itu sejak dia secara tak sengaja nampak apa yang berlaku antara Que dan Ryan di library tadi.

"Oh, tak aku patut tanya kau ada apa-apa ke dengan Ryan? Eh tak tak. Bukan tu. Kau.. kenapa selama ni pergi kuliah macam..."

"Selekeh?"

Que menyambung ayat Fahan. Fahan mengangguk perlahan.

"Huh! Lelaki semua pandang rupa kan? Kenapa? Lepas dah tahu aku sebenarnya macam ni kat luar, kau jatuh hati kat aku?"

Que memandang Fahan tepat kedalam anak mata Fahan. Fahan terkedu. Hatinya berdebar tiba-tiba. Pandangan Que masih beradu dengan pandangannya.

"Gotcha! Bye!"

laju tangan Que merampas kembali subangnya dari tangan Fahan saat Fahan leka tadi. Dia kemudian kembali pada begnya dan mengeluarkan cap berserta mp3 dan earphonenya. Dia merapikan rambutnya dan memakai cap.

"Huh..."

Fahan ditinggalkan sendirian di gelanggang itu. Makin lama makin banyak perkara yang dia tahu pasal Que. Que yang cool adalah Qaisara yang selama ini dipandangnya sebagai seorang yang menyedihkan. Que ada kisah silam dengan Ryan yang juga antara pemain bola terkenal di universiti. Dan tiada siapa yang kenal siapa sebenarnya Que.

"Haha mystery girl. Menarik"

***

Hari ini, seperti biasa Que datang ke kolej dengan stail yang biasa, baju kurung lusuh, rambut yang dibiar bebas sebab nak tutup telinganya. Cermin mata mana boleh lupa. Dia masuk ke bilik kuliah, duduk di tempat biasa. Dia langsung tak rasa sunyi walaupun tiada siapa yang datang menegur. Dia rasa aman begitu.

"Hai good morning. Nak duduk sini boleh? Kat sini kosong kan?"

Ok dia patut Tarik balik part yang mengatakan dia 'aman'. Masuk hari ini, sudah seminggu si Fahan mengekori dia. Kemana dia pergi, si Fahan ada. Nasib Fahan masih belum lagi masuk ke tahap ikut dia sampai rumah. Kalau itu yang Fahan buat memang menempah maut namanya.

"Hmm."

Que memasang earphonenya. Malas dia nak melayan Fahan. Dia pun tak tahulah kenapa dan sejak bila Fahan jadi macam ni. Fahan mengambil tempat di sebelahnya dan kemudian kelas bermula.

Di café, sebaik Fahan membeli makanan, terus dia duduk di meja tempat Que berada. Belum pun sempat Hafiz memanggil, laju Fahan berjalan ke meja Que tanpa menghiraukan Hafiz.

"Kawan you tu dah kenapa? Dah tak ada orang cantik kat sini?"

soal Era yang berada disebelah Hafiz. Hafiz sekadar menjongket bahu sebagai jawapan. Jujurnya dia pelik dengan Fahan. Seminggu dia ikut je kemana si Qaisara pergi. Kat mana ada Qaisara, ada Fahan. Dari kelas sampailah ke library. Ada je Fahan yang mengekori Qaisara. Kecoh satu batch tentang tu. Yelah, Fahan si jejaka idaman mengekori Qaisara yang...hmm...(faham-faham sendirilah).

Que memandang Fahan yang sedang makan dengan pandangan tajam.

"Aku tahu aku handsome. Jangan pandang aku macam tu."

Jawab Fahan selamba.

"Huh! What the...."

"O o no swearing please." Fahan memotong percakapan Que.

"...fish."

Que menghabiskan ayatnya yang tadi. Kemudian dia menarik nafas dalam. Bersabar dengan sikap Fahan yang pelik ni.

"Malas aku layan kau. Oh, by the way, jangan datang café petang ni atau aku akan halau kau. Tahu?!"

Que cakap dengan nada yang separuh berbisik. Matanya tajam menikam mata Fahan. Dia serius. Fahan mengangguk. Kemudian Que beredar. Fahan hanya tersengih. Jujur dia pun tak tahu kenapa dia ikut Que. Just....entahlah. Dia rasa seronok follow Que. Aisey, kau bunyi macam stalker lah Fahan. Fahan ketawa sendiri.

***

Author's note (A/N): Jadi setakat ni apa yang reader's rasa? Ok tak storyline? Hope you guys like this story a lot and press the vote button ok? Give me some comments too. I love reading them.

Oh jangan lupa baca cerita yang sebelum-sebelum ni juga ok? 

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now