Part 4

6.3K 272 1
                                    


Wisel berbunyi menandakan perlawanan sudah dimulakan. Team Que yang juga team Saif dan pihak lawan juga sudah memulakan langkah. Mata Fahan entah kenapa masih tetap memerhati Que. Que yang lincah dalam gelanggang, melompat, dribbling bola sana sini, pass bola dan shot bola. Ada juga saatnya Que marah dalam gelanggang bila ada yang salah dengan keputusan pengadil atau pihak lawan main kasar. Dan juga saat Que tersenyum sambil melempar flying kiss pada penyokong setiap kali dia shot bola.

"Huh~ni kerja gila Fahan."

Fahan tersenyum sendiri. Matanya masih memerhati gerak langkah Que.

***
"Okay good job everyone! And thank you for your hardwork. Kita menang!!!"

Kata-kata Que disambut dengan sorakan dari seluruh team.

"Jadi tak adalah denda untuk saya kan?"

Saif berkata sambil tersengih.

"Nasib baik hari ini kita menang. Ok semua kemas-kemas lepas tu boleh balik."

Que mengelap peluh yang masih mengalir sambil mengeluarkan cap daripada beg galasnya.

"Capt kami nak pergi makan-makan ni. Capt nak ikut?"

Soal salah seorang dari mereka.

"Tak apalah. Saya ada part-time petang nanti. Bye, have fun."

Que membetulkan capnya kemudian melangkah pergi dengan earphone ditelinga.

"Capt selalu busy dengan part-time job kan?"

"Haah. Aku pun pelik."

"Capt anak yatim ke?"

"Entah."

Itulah beberapa dialog yang sempat Fahan dengar semasa dalam perjalanan mendapatkan Saif.

"Amacam? Cool kan captain Saif?"

Saif mengemas barangnya.

"Hmm not bad. Apa nama dia?"

"Que."

"Nama penuh?"

"Entah. Kitorang semua tak pernah tahu nama penuh Capt., rumah dia kat mana? Dia duduk dengan siapa? Aii pendek kata kitorang hanya tahu nama dia je. So abang tak boleh nak tahu lebih-lebih."

Saif mengangkat kening mengusik. Fahan menyiku lengan adiknya.

"Memandai je kau. Hmm sebab kau dah menang, jom abang belanja."

Saif apa lagi tersenyum lebar dengar Fahan nak belanja.

***

Loceng yang berbunyi di pintu masuk menandakan ada pelanggan yang datang. Segera Khai bangun namun kemudian dia duduk kembali.

"Kenapa tak pergi kat customer?"

soal Abang Ju, pemilik café Zee.

"Bukan customer pun. Que je yang datang."

Balas Khai. Que datang kearah Khai dan duduk disebelahnya. Selesai matchnya pagi tadi, dia pulang kerumah membersihkan dirinya dan datang ke café.

"Kenapa datang café? Shift kau kan pagi. Aku dah gantikan dah pun."

Soal Khai. Selesai shift pagi yang sepatutnya shift Que, dia perlu menyambung pula shiftnya di tengah hari ini. Pendek kata banyaklah masa dia dia café hari ini.

"Overtime."

Que tersengih. Dia menyapa Abang Ju kemudian kembali menyarung begnya untuk ke bilik persalinan.

"Woi, match kau amacam? Win tak?"

"Mestilah win!"

balas Que dengan senyum penuh bangga. Khai mengangguk dan mengangkat ibu jarinya. Sekali lagi loceng berbunyi.

"Tu customer. Pergi-pergi."

Arah Abang Ju. Khai tersengih kemudian terus mencapai buku order.

Selesai menyalin pakaian, Que keluar ke bahagian depan. Seperti biasa café ini akan dipenuhi anak muda yang datang melepak. Lagi-lagi student dari kolejnya. Bukan dia tak tahu, Hafiz budak kelasnya selalu datang sini. Tapi tak ada siapa yang perasan. Hebat juga penyamarannya. Que tersenyum sendiri. Kemudian bahunya dicuit oleh Abang Ju.

"Senyum sorang-sorang. Tu ada customer. Pergi sana."

Que tersengih dan berjalan ke meja yang ditunjukkan.

"Hello selamat datang ke Zee Café. Ini senarai menunya."

Que meletakkan kad menu dan mengeluarkan buku nota bersama pen.

"Oh! Capt!"

tegur Saif. Tak sangka dia datang ke café tempat Que bekerja. Que memandang Saif yang menegur. Sungguh dia tak perasan tadi. Dia hanya melempar senyum.

"Bagi saya iced Americano dua dengan ini."

Fahan membuat order dan dicatat oleh Que.

"Anything else, sir?"

"Nope."

Jawab Fahan. Que mengangguk faham kemudian pergi menghantar pesanan Fahan. Fahan sengaja datang ke café itu. Nak tengok apakah betul gadis yang dilanggarnya tempoh hari dan captain pasukan adiknya adalah orang yang sama. Ternyata tekaannya tepat.

"Wah. Even kat tempat kerja capt tetap awesome."

Saif menyatakan kekagumannya terhadap Que.

"Yang kau adore sangat dengan dia tu kenapa? Kau minat dia ek?"

Fahan serkap jarang.

"Huish abang ni. Mengarut. Saif cuma hormat dia je sebab...."

Entah apa yang Saif cakap lepas tu Fahan dah tak dengar. Apa yang dia tahu, dia kini sedang memerhati Que dalam diam. Sekali lagi dia tengok Que dari meja ke meja, ambil pesanan, hantar pesanan, senyuman Que, kecekapan Que buat kerja. Aih... Fahan apa dah jadi dengan kau ni? Tapi yang pasti kali ini matanya tak akan lepas untuk melihat subang di telinga Que. Kali ini ada tiga subang. Ada satu subang hitam dengan corak hati dan yang lagi dua sekadar subang silver biasa.

"Ini pesanan encik."

Fahan tersedar sebaik pesanannya dihantar oleh Khai. Fahan mengangguk dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now