Part 17

4.9K 223 0
                                    

"Fahan, nanti sweater kau ni aku pulang lepas aku basuh."

Kata Que sambil memasukkan sweater Fahan ke dalam begnya. Que sudah menukar kepada t-shirt yang memang dia selalu bawa untuk masuk kerja nanti. Fahan mengangguk tanpa jawapan. Sebenarnya hatinya berbahagi sama ada untuk terus ambil atau biarkan Que basuh sweater tu. Tapi rasanya yang terbaik, biarlah Que yang basuh sweater tu. Lagipun Que yang nak basuh sweater tu. Mereka berjalan di koridor tanpa berkata apa-apa.

"Qai..."

"Que my baby!!!!"

Kata-kata Fahan dipotong oleh kemunculan Ryan yang tiba-tiba. Ryan berdiri dengan senyuman di depan Que. Que memandang Ryan tajam.

"Que nak masuk kerja dah ke? Jom Ryan hantar."

Ryan meletak kedua tangannya di bahu Que. Fahan yang disebelah menahan marah.

Jauhkan tangan kau dari Qaisara!

Itu apa yang Fahan nak cakap tapi tak terkeluar bila dia teringat bahawa dia dengan Que tiada apa-apa hubungan. Dia diam ditepi memerhati reaksi Que. Que pandang Ryan. tajam. Kemudian dia tersenyum sinis. Dia menolak tangan Ryan yang berada di bahunya.

"Piss off won't you?"

Kemudian Que berjalan melepasi Ryan. baru Ryan hendak mengejar, Fahan memegang bahu Ryan.

"Dude, dia obviously tolak kau. Yang kau masih terhegeh-hegeh tu kenapa? Tak malu?"

Fahan dan Ryan kini berdepan.

"Nope! Sebab dia aku punya."

Kata Ryan kemudian terus dia pergi untuk mendapatkan Que. Fahan mengepal penumbuk menahan marah.

Qaisara aku punya!

"Fahan, nak pergi café yang biasa tu tak?"

"Tak nak. Aku nak balik awal hari ni."

Kemudian terus Fahan berjalan pergi. Hafiz pelik. Mesti ada something yang berlaku ni.

***

Que masuk ke kelas dan duduk di tempat biasa.

"Wah as expected of my baby. Good student mestilah duduk depan kan?"

Ryan

Oh lupa nak cerita, dari semalam sehingga hari ni Ryan hampir non-stop follow dia. Di café, Ryan duduk kat satu meja, tunggu sampai dia habis kerja, hantar dia balik dan hari ni, pagi-pagi lagi dia dah terpacak kat depan apartment Que. Dan akhirnya mereka datang ke kelas bersama-sama. Dan yang paling malangnya, subject hari ni adalah subjek yang diambil oleh Ryan juga. Buat masa ni Que buat tak endah je dengan kewujudan Ryan. que pandang ke pintu dan nampak bayang Fahan masuk. Pandangan mereka bertembung. Baru Que hendak melampar senyum, Fahan mengalih pandangan seakan-akan dia tidak wujud. Que menarik nafas dalam.

Ok, let's pretend he don't see me.

Kelas tamat, segera Que mengemas barang. Dia nak pulangkan sweater Fahan. Ryan? dia masih bercakap tapi sikit pun Que tak berikan perhatian. Que menangkap bayang Fahan yang laju je melangkah keluar. Laju dia mendapatkan Fahan.

"Fahan!"

Que menarik beg Fahan. Fahan berhenti dan berpusing.

"Kau nak apa?"

"Ni. Sweater kau. Thanks."

Que menghulurkan sweater. Fahan mengangguk dan mengambil sweater tu. Kemudian terus dia berjalan pergi. Que geram. Dia menarik lagi beg Fahan. Fahan berpusing kearahnya namun tidak memandang Que.

"Kau ni dah kenapa Fahan?"

"Nothing."

Fahan masih mengelak dari buat eye contact dengan Que.

"Tipu."

"Habis tu kau nak aku cakap apa Que? Kalau aku cakap nothing, than it's really mean nothing."

Que terdiam. Bila Fahan menggunakan Que, mesti ada yang tak kena ni. Saat itu juga mata Fahan menangkap bayang Ryan memerhati mereka dari pintu bilik kuliah.

"Tu! Ex-boyfriend dah tunggu. You should not make him wait. I guess you must have a date with him after this. Don't waste your time with me."

Ok kali ni Que yang terpana.

"What shit are you talking about right now, Fahan? That doesn't make sense. Mati hidup balik pun aku tak akan terima balik si psycho tu. You know that better than anyone else."

Darn Que. Kenapa kau sibuk nak explain situasi kau pada mamat ni!

"Hati boleh berubah Que."

Sambung Fahan. Tangannya dimasukkan kedalam poket seluarnya, pandangannya dilemparkan ke lain. Diam seketika. Kali ini Que beri pandangan dingin pada Fahan.

"Yeah. And I guess your heart had change. Your love... it was a lie too. Right?"

Kemudian Que berjalan melepasi Fahan yang masih berdiri static di situ. Ryan berjalan mendekati Fahan.

"She's gonna be mine."

Ryan berbisik di telinga Fahan sebelum dia mendapatkan Que. Fahan berpusing. Ryan meletakkan tangannya di bahu Que. Fahan masih memerhati berharap Que menolak tangan itu. Tapi malangnya, Que membiarkannya di situ.

"Your love... it was a lie too. Right?"

Damn.


DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now