Part 20

4.9K 238 0
                                    


Fahan bangun pagi itu satu tujuan. Hari ini, dia akan minta maaf kat Que. Apa pun yang jadi, dia mesti minta maaf. Dia tahu dia silap. Dia mendail nombor telefon Khai.

"Oh Fahan. Ada apa?"

"Qaisara masuk kerja tak pagi ini?"

"Que? Oh dia ambil emergency leave dari malam semalam. Maybe hari ini dia tak masuk kerja juga."

"Kemana dia pergi?"

"Entah."

"Oh ok thank you Khai."

Talian dimatikan.

Mana aku nak cari dia? Oh gelanggang!

Fahan mencapai kunci keretanya dan memandu ke gelanggang. Dia sampai dan berjalan ke dalam bila dia nampak Que sedang berjumpa dengan Ryan. dia mahu pergi dari situ tapi hatinya kuat memintanya untuk tinggal dan mendengar apa yang di bualkan. Jadi dia duduk di situ, mendengar semuanya; luahan Ryan dan tolakan Que.

"Qaisara."

Dia memanggil sebaik Que melangkah keluar. Que mengangkat muka. Ada takungan di matanya. Kemudian laju Que mengesat air matanya.

"Oh Fahan! Kau nak apa?"

Saat itu, entah kenapa badannya bergerak tanpa berfikir. Terus dia memeluk Que.

"I'm sorry Qaisara. I'm sorry. I should trust you. I should trust whatever you said to me before. I'm sorry."

Kemudian Que menolak Fahan.

"Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba je. Kau nak minta maaf untuk apa lagipun. Kau tak buat salah pun dengan aku."

Que memandang Fahan yang kelihatan serius.

"Qaisara. About my confession. I'm not lying about it. I'm serious."

Que angkat kening.

"Huh?"

"Qaisara, I really love you. I love you just the way you are. You're perfect just the way you are. So please, izinkan aku jaga kau, protect kau. Aku janji aku tak akan buat kau menangis. Aku janji aku tak akan cari perempuan lain. Sebab kau satu-satunya untuk aku."

"Hey hey. Hold up. Biar aku process semua benda ni. Sekejap okay?"

Que menarik nafas dalam. Diam sekejap.

"Erm... bagi aku masa untuk fikir tentang ni boleh Fahan? Just because...today... a lot had happen. Banyak benda yang aku nak kena hadam. Banyak benda yang aku nak kena faham."

Kemudian kotak mesej Que berbunyi. Que membacanya dan reaksinya berubah seketika. Fahan perasan dan ingin bertanya tapi dia diamkan je dulu tentang itu.

"Erm...bagi aku satu malam. Esok...datang apartment aku. Aku akan bagi jawapan untuk itu."

"O..okay. sure. take your time."

Fahan mengangguk.

"So...aku balik dulu."

Que melambai dan senyum segarit sebelum pergi dari situ. Bagi Fahan itu pertama kali Que senyum kepadanya. Fahan menyimpul senyum.

DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now