Part 8

5.5K 263 0
                                    

Que bekerja di café sampai malam. Overtime walaupun esok dia ada kelas. Tapi nak buat macam mana, dia perlu duit untuk sewa rumah. Si Khai sudahpun balik. Dia sendiri lagi malam ni. Fahan? Yang bagusnya Fahan tak datang café malam itu.

"Que nah gaji untuk hari ini."

Abang Jo menghulurkan sampul yang berisi duit kepada Que.

"Terima kasih."

Saat Que mahu melangah keluar, Abang Jo memanggil namanya.

"Awak balik dengan siapa malam ni? Bahayalah awak balik sendiri. Dah lewat ni."

Abang Jo memandang jam sekilas. Menghampiri jam 11.

"Sendiri. Tapi jangan risau. Saya okay. Erm saya balik dulu. Assignment belum siap."

Que tersengih kemudian dia terus berjalan keluar tanpa mendengar ayat Abang Jo yang seterusnya.

Selesai menukar pakaian, Que keluar dari café. Seperti biasa, dia menyumbat telinganya dengan earphone. Tak lah bosan sangat. Berjalan kaki sendirian balik ke apartmentnya sebenarnya agak menakutkan. Nilah first time dia balik lewat macam ni. biasanya paling lambat pun pukul 8 malam dia balik. Sedang dalam perjalan ke apartmentnya tu, perasan juga dia mata-mata yang memerhatikannya. Que berlagak tenang namun langkahnya dipercepat. Gila tak takut. Dahlah malam macam ni. Ya Allah, selamatkan lah aku. Que berdoa dalam hati. Tiba-tiba tangannya ditarik. Habislah aku habislah aku. Que kaku. Dia cuba menarik tangannya namun masih kuat dipegang. Dalam kepalanya dah terbayang masa depan yang gelap. Tak boleh! Ini tak boleh jadi. Aku mesti lawan!

"Qaisara!"

"ARGH!!!PERGI KAU JAUH-JAUH! JANTAN TAK GUNA!!!"

"Aduh! Hey berhenti!"

"LEPASKAN AKU, PERGI KAU!"

Qaisara memukul sesiapa sahaja yang dibelakangnya itu. Matanya pejam. Dan kali ini kedua-dua tangannya di pegang.

"Qaisara stop it!"

Qaisara berhenti. perlahan dia buka mata. Kali ini matanya membulat.

"Fahan? Kau buat apa kat sini?" soal Que agak kasar. Dia menarik tangannnya kuat.

"Kenapa baru sekarang kau balik? Kau tahu tak dah lewat ni?"

"Jap macam mana kau boleh ada kat sini?"

"Qaisara, I'm asking you."

"But I asked you first. WHY ARE YOU HERE?!"

Fahan mengeluh. Dia menolak rambutnya ke belakang. Kemudian tangannya dimasukkan kedalam poket.

"Khai bagitahu aku yang kau balik lambat malam ni."

"WTF si Khai telefon kau?"

"Qaisara, language."

Fahan menegur. Que cemberut.

"Macam ni ceritanya. Abang Jo telefon Khai, bagitahu yang kau balik sorang-sorang malam ni. dia risau. Tapi Khai tak boleh datang sebab motor dia housemate dia pinjam. So dia telefon aku..."

"Dan kau datang sini?"

Que memotong. Fahan mengangguk. Que malas nak tanya macam mana Fahan tahu jalan rumah dia. Obviously Khai yang bagitahu.

"Dahlah. Kau boleh balik. Rumah aku dah dekat dah pun. Pergi! Pergi!"

Que menolak Fahan.

"Nope! Selagi aku tak nampak dengan mata aku kau balik dengan selamat, aku tak nak balik. Jom aku hantar kau balik."

"Seriously Fahan? Apartment aku depan tu je."

"Still it's not safe."

Fahan melangkah mendekati Que.

"Tadi aku nampak ada pervert ikut kau."

Fahan berbisik cukup untuk buat Que menggigil.

"Seriously? Pervert?"

Soal Que. Fahan mengangguk.

"Kau lagi bahaya dari pervert. Now get lost!"

Que menghalau Fahan lagi. Kemudian terus dia berjalan ke apartmentnya meninggalkan Fahan di situ. Fahan menarik nafas dalam. Kemudian dia berfikir, kenapa dan macam mana dia boleh terlibat dengan Que.


DIA AKU PUNYA! (✔)Where stories live. Discover now