CHAPTER 1

534 77 12
                                    

2002,

Awang berlari seperti tidak cukup tanah.Sebaik saja menerima panggilan daripada adiknya,Aminah...lelaki itu terus saja pecut ke rumahnya.Nyawa isterinya Seri dalam bahaya.Semuanya berlaku disebabkan cermin puaka itu.

Sampai saja di halaman rumah,dia melihat Aminah sedang menggigil ketakutan di tangga.

"Adik,apa yg dah berlaku?" soal Awang dengan nafas yg tercunggap cunggap.Dadanya turun naik.

"Kak Seri.Dia dah bunuh Mak!"

Satu tamparan menepis sukma Awang.Lelaki itu hampir rebah.Namun dia tetap berdiri.Masih ada dua nyawa yg perlu dia selamatkan.Awang ingin menerjah masuk ke dalam rumah melalui pintu masuk hadapan.Namun,Aminah menghalangnya berbuat demikian.

"Masuk ikut pintu dapur.Lebih selamat.Adik mohon,tolong selamatkan Kak Seri dan anak abang dalam kandungannya." pesan Aminah.Awang mengangguk.Seperti yg disuruh,dia masuk ke dalam rumah menerusi pintu dapur.Dia terkejut sakan sebaik saja melihat lantai dapur dibanjiri dengan darah.Nyawanya seakan akan terlucut dari jasad.Berhampiran dengannya,mayat ibunya terbaring kaku dengan kepala yg terpisah dari badan.Kedua dua tangan dan kakinya pula telah dipotong.Dia beristighfar sekejap.Cuba mengumpul kekuatan batin Sanggup Seri melakukan semua ini.Seri lebih kejam dari binatang.Seri telah dipengaruhi oleh cermin puaka itu.

"Abang dah pulang rupanya.Lama Seri tunggu abang.Seri ada berita gembira untuk abang.Wajah Seri dah tak buruk.Seri dah cantik seperti dulu." Seri menuruni tangga dapur dan melangkah mendekati Awang.Awang pula berganjak beberapa tapak ke belakang.Terdapat sebilah pisau yg digenggam erat pada tangan kiri Seri.Baju kurung putih yg dipakainya pula berlumuran dengan darah.

MIRROR-거울[blackpink]Where stories live. Discover now