CHAPTER 16

273 43 0
                                    

13.05.2016

Seorang lelaki berbangsa China,Alex Alson telah ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sekitar jalan yang menuju ke kawasan perumahan Yeosan.Kepalanya ditembak dan perutnya hancur akibat ditusuk berkali kali dengan senjata tajam.Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan ke atas mayat lelaki tersebut dan mencari bahan bukti yang ditinggalkan oleh pembunuh.

Terbutang luas biji mata Eun Ha membaca muka hadapan surat khabar itu.Nama Alex Alson jelas jelas tertera pada artikel pendek tersebut bersama beberapa keping gambar ditempat kejadian.Kereta merah Alex kemek dan cerminnya pecah.Kelihatan mayat Alex berada di atas jalan dan ditutupi dengan plastik hitam.

"Macam mana semua ni boleh terjadi?Habis rosak semua plan aku!"Dia lempar surat khabar tersebut dengan dengusan kasar.Kepala otaknya berserabut sekarang.Eun Ha ambil telefonnya yang berada di atas meja.Nombor telefon Jisoo segera didail.

Suara Jisoo kedengaran agak cemas menyambut panggilannya.

Pehal Alex boleh mati pulak?Orang suruhan kau tu memang tak boleh harap.

Sabarlah wei.Aku pun tak sangka benda ni boleh berlaku.

Sia sia je aku habiskan duit upah dia.Tapi apa hasil yang aku dapat.Nothing.Habuk pun takde.Aku takan puas hati selagi Lisa masih hidup.

Panggilan dimatikan.Malas dia mahu bertekak panjang dengan Jisoo.Bukannya Jisoo yang salah.Seperti ada seseorang yang terlebih dahulu merancang pembunuh Alex dalam diam.TAPI SIAPA?

kringg!kringg!kringg!

Telefon Eun Ha berdering.Nama Puan Jeon tertera di skrin telefon.Bakal mak mertua call!Terus Eun Ha angkat panggilan tersebut.Jelas kedengaran suara Puan Jeon agak sesak seperti baru lepas menangis.

Eun Ha kena tolong omma sekarang.

Tolong apa?

Nanti omma cerita.Eun Ha busy tak sekarang?Kalau Eun Ha free,sekarang jugak omma nak Eun Ha jumpa omma kat tempat biasa.

Ok!Dalam masa 10 minit Eun Ha sampai kat sana.

Eun Ha ambil handbag dan kunci keretanya lalu keluar dari rumah.Seperti ada hal penting saja yang Puan Jeon hendak dibincangkan bersamanya.

*    *    *    *

"What's wrong?Kenapa dahi omma berbalut ni?"soal Eun Ha.Puan Jeon hanya diam.Matanya kelihatan bengkak.Mungkin baru lepas menangis.

MIRROR-거울[blackpink]Where stories live. Discover now