CHAPTER 4

439 77 5
                                    

"Aku akan kembalikan kecantikkan pada wajah kau!"

Mendengar suara itu,Lisa terus tersedar dari tidurnya.Dia bingkas bangun.Jantungnya berdetak kuat seakan akan mahu terkeluar dari tubuh.Peluh peluh sejuk membasahi seluruh badannya.

Suara siapa tadi?

Bulu roma pada kulitnya berdiri.Seriau gadis itu dibuatnya.Nak kata suara daddynya memang jauh sekali sebab suara yg membisik di telinganya tadi merupakan suara perempuan.Lembut dan bernada sayu.Lagipun malam ni Mr.Leo tidak dapat menemaninya.Katanya ada urusan yg perlu diselesaikan di pejabat memandangkan sudah seminggu dia tidak masuk bekerja.

"Tu cuma ilusi kau saja!" Lisa cuba menenangkan dirinya.Permukaan dada dilurut.Nafas dihela.Dia memandang sekilas ke arah jam di dinding.

Jarum pendek berada di angka 1 dan jarum panjang pula memijak angka 6.

1.30 pagi.

Setelah berasa sedikit tenang,Lisa kembali berbaring semula.Niat ingin menyambung tidur terbantut.Matanya agak sukar dilelap.Kantuk sudah hilang.Melayang pergi entah ke mana.

Bosan.

Telefon yang berada di atas meja digapai.Butang on ditekan.Skrin telefon menyala.Tertera 100 mesej daripada peminatnya dan 50 panggilan daripada agency.Belek FB pula berpuluh puluh berita mengenai dirinya menjadi topik hangat.

RosmahPinky.
Betul ke idola kesayangan,Lisa kena simbah asid.Kesiannya.Pray for her!

Taetae321
Jahanam mana pergi simbah asid pada idola aku.Nak kena ni.

BlackWhite007
Muka Lisa macam mana sekarang.Mesti rosak teruk.

AinaTasnimPap21
Lisa dah hodoh.Muka hancur.Aku nak berhenti minat dia.Gila ke minat orang hodoh cam tu.

KimSoLee.
Harap Lisa tabah dengan muka baru.

Tak pasal pasal telefonnya itu dicampak ke dinding.Habis hancur berkecai.Sakit hatinya membaca komen daripada fans fansnya.Bukan nak bagi support tapi kencam adalah.Tak guna betul!Inilah yang ditakutkan oleh Lisa apabila popularitinya jatuh menjunam.

Lisa buat keputusan untuk keluar dari bilik tersebut.Mahu mencari ketenangan.Hanya di waktu malam saja dia boleh bebas keluar.

*    *    *    *

Hospital sunyi sepi.Pelawat mahupun pesakit tidak kelihatan berkeliar di sekitar hospital.Beberapa bilik rawatan dilewati olehnya.Semuanya gelap saja.Hanya beberapa buah yang diterangi cahaya lampu.Tu pun bilik jururawat yang masih beroperasi.

Pakk!

Lisa telah terlanggar seorang nurse.Habis peralatan peralatan yang dibawa oleh nurse tersebut jatuh bertaburan di atas lantai.

"Mian....saya tak sengaja!" Lisa ingin membantunya.Tiba tiba saja nurse itu terkedek kedek  berundur ke belakang.Takut melihat wajah Lisa.

"Kau nak apa dari kau.Pergi!pergi!"Dia menghalau Lisa.

"Saya cuma nak tolong je."

Lisa masih tidak berganjak dari situ.Nurse tersebut menutup mata,meracau racau meminta tolong apabila Lisa datang mendekatinya.

"Kau makhluk hodoh.Buruk.Busuk.Pergi dari sini.Jangan kacau aku.Aku takde kena mengena pun dengan kau."

Mendengar jeritan nurse itu yang menghinanya,Lisa seakan akan tercabar.Dia mencekik leher nurse tersebut sehingga sesak nafas.

"Kau memang saja cari pasal dengan aku.Aku cuma nak tolong kau tu je.Perlu ke kau kutuk muka aku sampai macam tu sekali.Aku tahu muka aku hodoh,buruk,busuk!" Lisa menengking.Langsung tidak menghiraukan nurse itu yang merintih meminta tolong.

"Tollonng....tollonggg!!!"

Batang leher wanita itu lepaskan.Lisa bangun dan terus berlari pergi.

*    *    *    *

Duduk berteleku dia di situ sambil menangis teresak esak.Cermin yang tergantung elok di hadapannya itu ditumbuk.Habis pecah berkecai kacanya mengenai tangan.Darah mengalir keluar dengan banyak.Serpihan kaca itu tertusuk pada tangannya menghasilkan luka yang agak dalam dan menyakitkan.Peduli apa.Luka di hatinya lebih sakit daripada luka itu.

"Aku tak nak hidup dengan muka macam ni.Aku tak jadi hodoh.Lebih baik aku mati." Lisa menjerit sekuat hatinya.Serpihan kaca itu diambil kemudia ditoreh pada bahagian belakang tangannya.Dia langsung tidak berasa sakit.

"Kenapa kau buat macam ni.Kenapa begitu mudah untuk kau mengalah." Seseorang menyapanya dari belakang.Halus dan sayu.Suara itu,suara yang dia dengar sewaktu dia tidur tadi.Lisa  menoleh.Sekujur tubuh yang dibaluti baju putih labuh itu tersenyum memandang ke arahnya.

"Kau sape!"

"Aku Seri!"

"Kau nak apa datang sini.Boleh tak jangan menyibuk hal aku."

"Aku cuma nak tolong kau.Pulihkan muka kau seperti sedia kala.Aku kesian tengok kau.Dihina,dimaki macam kau takde maruah." Begitu bijak Seri mengatur butir bicaranya supaya Lisa termakan dengan kata katanya itu.

"Macam mana?"

"Tiada yang mustahil dalam dunia ni Lisa.Mudah saja untuk cantik.Tapi kau kena ingat kecantikkan itu kesakitan." Seri meraih tangan Lisa.Diusap lembut tangan itu sambil terkumat kamit bibirnya membacakan sesuatu dalam bahasa yang agak susah difahami.Nafasnya dihembus.Serta merta luka luka yang berada di tangan Lisa hilang.Lenyap dalam sekelip mata.

Lisa membulat matanya melihat keajaiban yg dilakukan oleh Seri.Terpinga pinga gadis itu seakan akan tidak percaya.Baginya,Seri seorang wanita yang luar biasa.Mempunyai kecantikkan yang tak terkata dengan mukanya berbentuk bujur sirih,bebola mata yang bundar beririskan warna biru serta berkulit putih.Keayuan Seri bertambah naik apabila dia tersenyum.

Siapakah sebenarnya Seri?

"Terima kasih!" ucap Lisa.Seri menggangguk.Tangan Lisa kembali diletakkan pada pahanya.

"Aku akan lindungi kau Lisa.Seru saja nama aku...dan aku akan datang."balas Seri.Serentak dengan itu,dia terus menghilangkan diri.Betul betul mengejutkan Lisa.Seri ghaib begitu saja.Nak kata dia bermimpi,tak mungkin.

Vote and comment





MIRROR-거울[blackpink]Where stories live. Discover now