CHAPTER 7

426 51 4
                                    

Di beranda rumahlah yang menjadi tempat kegemeran Mr.Leo.Angin malam meniup lembut menepis ke arah pipinya.Terasa sungguh tenang.Beransur ansur lenyap sedikit serabut yang bergelumang di ruang mindanya dengan masalah Lisa.Dia rasa betul betul bersalah kerana telah memukul Lisa tadi.Lisalah salah satu pewaris yang dia ada.

Mug yang berada di atas meja berdekatan dengannya itu digapai.Pemegangnya digeggam dan pinggir mug dihalakan pada bibir.Kopi panas yang berada di dalamnya dihirup beberapa teguk.

"Daddy!"Satu suara halus memanggil Mr.Leo dari arah belakang.Diletakkan kembali mug tersebut.Segera ditoleh kepalanya ke arah itu namun belum sempat matanya bertemu dengan mata si pemanggil,begitu pantas sebilah pisau melakukan pendaratan tepat pada dahinya.Mata pisau itu terbenam di dalam kepalanya dan tembus ke belakang.Habis sisa sisa halus otaknya bersembur keluar bersama darah merah pekat.

" Liiisssa!"

"Ye Daddy.Ni Lisa!Mian....Lisa terpaksa buat semua.Daddy cakap daddy sayangkan Lisa?"

Mr.Leo mengangguk lemah.Mengiyakan kata kata Lisa.Lisa membelai pipinya membuatkan lelaki itu tersenyum walaupun pada ketika itu kesakitan yang dirasa tak terperi.

"Nae,daddy....ssangat ssayangkan Lisa!" balas Mr.Leo dengan suaranya yang tersekat sekat di hujung kerongkong.Lelaki itu membeliakkan biji mata apabila melihat satu lembaga hitam berwajah hodoh sedang duduk bertenggek di atas bahu kanan Lisa.Makhluk itu sungguh mengerikan.Rambutnya panjang mengurai sehingga mencecah lantai.Lidahnya panjang persis lidah ular.Terjelir keluar dari mulut dengan lumuran cecair yang berwarna hitam dan busuk.Mukanya pula separuh cantik dan separuh lagi rentung menampakkan tulang putih.Hairannya Lisa langsung tidak perasaan akan makhluk itu.

Mr.Leo menghalakan telunjuknya ke arah bahu kanan Lisa dengan harapan gadis itu akan faham apa yang ingin disampaikan olehnya.Lisa hanya tersenyum sinis begitu juga dengan makhluk tersebut seperti mengejek Mr.Leo.

"Kennapa Lisa buat ssemuaa ni pada Daddy?"

"Tadi daddy cakap daddy sayang Lisa dan inilah pengorbanan yang perlu daddy lakukan untuk Lisa.Lisa takan sesekalipun lupa akan daddy.Semoga daddy happy hidup dengan mummy kat syurga!"Ditarik balik pisau tersebut keluar dari kepala Mr.Leo.Darah yang berlumuran padanya dijilat oleh Lisa sehingga licin dan berkilat.Rasa darah daddynya sungguh manis dan sedap.

"Selamat tinggal daddy!"Kata kata terakhir daripada Lisa untuk Mr.Leo.Tanpa sedikit pun rasa belas kasihan,dikelar leher Mr.Leo sehingga kepalanya terputus dari tubuh dan jatuh bergolek di atas lantai.Kerjanya menjadi mudah kerana Ahjumma Seo tiada di rumah,balik kampung.

*    *    *    *

Tubuh Lisa dibogelkan.Dia duduk bersila di atas lantai.Sekelilingnya dipagari dengan berpuluh puluh batang lilin.Lampu sengaja dimatikan.Tingkap biliknya dibiarkan terkuak luas.

Seri datang menghampirinya.

" Sudahkah kau bersedia dengan segala apa yang aku mahu!"Seri menyoal.Lisa anggukkan kepala.Seperti yang dimintak oleh Seri,sebaldi darah manusia dan jantung daddynya sudah siap disediakan.

"Bagus.Elok kita mulakan upacara sekarang!"balas Seri.Bibirnya mula terkumat kamit membawa mentera,sambil tangannya berada di atas kepala Lisa.

Serentak dengan itu,angin kuat datang menerpa masuk ke dalam bilik tersebut.Habis semua lilin terpadam.Gelap gelita jadinya.Bebola mata Seri bertukar merah.Wajahnya berubah menjadi hodoh.Tiada lagi rupa manusia.Itulah sebenarnya Seri.Jin bertopengkan manusia.

Lisa memejamkan mata seerat yang mampu.Dia cuba mengikuti setiap rentak alunan mentera yang dibaca oleh Seri walaupun dia langsung tidak memahaminya.Ketika itu,seluruh jalinan urat urat pada tubuhnya mula timbul dan seperti mahu terkeluar dari kulit.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang mengalir melalui ruang ruang salur darahnya dan ia berkumpul di bahagian muka.

MIRROR-거울[blackpink]Where stories live. Discover now