"Masuk sekarang!Daddy kata masuk,masuklah.Kenapa Lisa ni degil sangat hah!" Kesabaran Mr.Leo mula tercabar dengan sikap keras kepala Lisa.Hari ni,dia betul betul kecewa dengan anak gadis itu.JYP Entertainment telah menfailkan saman pada Lisa disebabkan perbuatannya tadi.Setakat perlu bayar duit saman itu Mr.Leo tidak kesah,tetapi paling yang buat dia sakit hati apabila Lisa dimalukan ramai.Bererti,maruah keluarganya sudah tercemar.Mana dia nak letak muka nanti.
"Lisa dah tak apa apa sekarang.Jung Kook dah tinggalkan Lisa sebab muka hodoh Lisa ni!" Tidak henti henti Lisa menangis sambil merintih memanggil nama Jung Kook.Sememangnya,obsesi Lisa pada Jung Kook sangat kuat.
Semakin stess Mr.Leo jadinya.Satu persatu masalah yang ditumbulkan oleh Lisa.
"Daddy tak tahu macam mana Lisa cintakan Jung Kook.Lisa nak Jung Kook balik.Lisa tak boleh hidup tanpa dia.Lebih baik Lisa mati." Lisa pula melawan.Panas baran Mr.Leo mula menguasai diri.Dia bertindak agresif.Dileraikan tali pinggangnya pada seluar.Dia melibas tali pinggang tersebut pada tubuh Lisa berkali kali.Lisa meraung kesakitan.Habis tubuhnya berbirat merah.Libasan yang kuat menyebabkan kulitnya terkoyak menampakkan isi putih.Sangat pedih.
Ahjumma Seo yang mendengar raungan Lisa di ruang tamu bergegas gegas pergi mendapatkan gadis itu.Dia terkejut apabila melihat Lisa sudah terbaring lemah di atas lantai.Tajam pandangannya menikam wajah serabut Mr.Leo.
"Apa yang Tuan buat ni?Tuan dah gila ke?Tuan dah cederakan anak Tuan sendiri." marah Ahjumma Seo.
Mr.Leo seperti orang hilang kewarasan.Tali pinggang tadi dilempar jauh jauh dan dia mendekati Lisa.
"Leo tak boleh kawal perasaan Leo.Ahjumma tahu kan yang Leo hilang kawalan bila marah!" Dipeluk tubuh Lisa erat dengan tangisan penuh penyesalan.
"Dah.Tinggalkan Lisa di sini.Pergi makan ubat.Ahjumma perasan yang dah lama kamu tak ambil ubat penenang." Faham benar Ahjumma Seo dengan masalah mental yang dihadapi oleh majikannya itu.Menurut doktor pakar psikologi yang merawat Mr.Leo,dia tidak boleh mengelami tekanan yang melampau.Inilah akibatnya.Dia tak nak kejadian hitam 3 tahun lepas berulang kembali di mana Mr.Leo membunuh isterinya sendiri disebabkan satu pertengkaran.
Mr.Leo bangun dan bergerak pergi ke dapur.Lisa pula dipapah oleh Ahjumma Seo masuk ke dalam biliknya.
Mata itu masih memerhati setiap gerak geri penghuni penghuni rumah tersebut.Fokusnya pada Lisa.Bila dendam Lisa membara....semakin kuat tenaganya.Bila terlampau inginkan kecantikkan, Seri akan menjelma....datang menunaikan segala permintaan insan yang menyeru namanya.
* * * *
Setelah selesai menyapu ubat dan membalut luka pada tubuh Lisa,Ahjumma Seo membawa semangkuk bubur nasi dan susu panas untuknya.
"Jom makan.Ahjumma suapkan Lisa ok!"Ahjumma Seo cuba memujuk.Lisa menggelengkan kepala tanda tidak mahu.Buat masa sekarang,dia takde selera untuk makan.
"Janganlah macam ni.Nanti Lisa sakit." Dia cuba memujuk lagi.
"Biar Lisa sakit sampai mati terus.Orang yang Lisa sayang dah pergi dari hidup Lisa dan benci Lisa.So,buat apa Lisa hidup lagi."balas Lisa.Ahjumma mengusap lembut umbu umbu kepalanya.Walaupun keadaan Lisa sebegitu,dia tidak pernah berasa jijik untuk dekati Lisa.Dia berasa kasihan atas apa yang terpaksa Lisa lalui sekarang.
"Siapa kata dah takde orang sayang Lisa.Untuk pengetahuan Lisa,Ahjumma akan selalu ada di sisi Lisa.Ahjumma sayang kamu." Sayangnya Ahjumma Seo pada Lisa seperti anak sendiri.Mana tidak....dari kecil lagi Lisa membesar di bawah jagaannya.
YOU ARE READING
MIRROR-거울[blackpink]
HorrorLalisa Monaban.Seorang gadis yg terlampau obses dengan kecantikan.Disebabkan angkara hasad dengkin,muka Lisa hancur.Kecantikannya lenyap dalam sekelip mata. Lisa berusaha mengubati wajahnya.Pelbagai usaha dilakukan.Bahkan,gadis itu sering saja dikut...