"Baca mentera yang aku ajar tu.Seru dia dan dengan mudah kau dapat jadikannya pendamping.Bila kau jaga dia,akur pada kemahuannya,makhluk itu pasti sujud pada kau kerana dia menganggap kaulah tuannya."ujar Nek Peah.Segala yang ilmu wanita tua itu ada diperturunkan kepada Seri.Dia mahu Seri menjadi pewarisnya walaupun mereka berdua tiada pertalian darah.Seri pula semakin jauh dengan Yang Maha Esa.Seri sudah lama tidak sujud pada Tuhannya Allah.Malah hidupnya sekarang lebih bertuhankan syaitan dan nasfu.
Seri duduk bersila di atas tanah dalam keadaan berbogel.Nek Peah pula melumurkan darah ayam hutan pada seluruh tubuh Seri.Kelihatan ulas bibir atas dan bawah Seri bergerak gerak sedang membaca rangkap mentera.Dibiarkan saja darah pada badannya itu mengering buat beberapa minit.
Angin kencang tiba tiba saja datang menerpa ke arah mereka.Pokok pokok di dalam hutan itu bergoyang dengan ganas.Bunyi anjing menyalak kedengaran sayup sayup dikejauhan,menandakan makhluk itu sudah pun muncul.
Diletakkan 3 ekor ayam hutan yang telah siap dipanggang,beberapa biji telur,dan pulut kuning di hadapan Seri.Kemayan dibakar.Asapnya meruap ruap.Bersama sama dengan Seri,Nek Peah memperkuatkan lagi bacaan mentera.Makhluk yang diseru itu seperti memberi tindak balas.Guruh berdentum turun dari langir dengan kuat.Bumi yang dipijak mereka itu pula terasa bergegar gegar.
Ku seru kau wahai semangat hutan.Datanglah kepadaku.
Pakk!pakk!pakk!
Bunyi derapan kaki semakin jelas kedengaran mendekati dengan mereka.Semak samun disekeliling mereka kelihatan bergerak gerak.Sesuatu merangkap keluar.Makhluk berupa manusia yang berambut panjang dan tubuhnya hitam legam itu bergerak ke arah hidangan yang berada di hadapan Seri.
"Kusediakan semua ni hanya untuk kau.Jemputlah makan wahai kawan!"
Makhluk tersebut terus melahap makanan makanan itu dengan rakusnya seperti sebulan tak makan.Seri dan Nek Peah tersenyum.
"Jadi,sudikah kau menjadi kawanku wahai semangat hutan.Sudikah kau mendampingiku sehingga hujung hayatku!" Seri menghulurkan tangannya dan makhluk itu menyambut tanda setuju.
* * * *
"Seri rasa sangat kuat bila Gelap berada di dalam tubuh Seri.Seri rasa berkuasa!" ujar Seri.Gelap bukannya belaan sebarangan.Setiap kali Seri perintahkan Gelap melakukan tugasan,dia kena menyediakan darah haidnya sendiri sebagai habuan.Seri tiada masalah untuk itu.Setakat ini,Gelap masih belum mengamuk.Dia telah mengurung Gelap di dalam cermin.Dia akan bebaskan Gelap bila Gelap diperlukan saja.
"Bagus Seri.Kau semakin hebat.Sudah tiba masanya kau pulang kepada Awang.Kau perlu bersemuka dengan suamimu,kau perlu menuntut keadilanmu.Nek akan sembuhkan wajah kamu jikalau kamu membunuh mereka!" balas Nek Peah seperti menghasut Seri.Dendam Seri terhadap Awang dan Sarimah masih belum terlunas.Setiap perbuatan jahat perlu dibalas dengan kejahatan.
"Seri tidak pernah lupa tentang itu,Nek!Tiada siapa boleh rampas Awang dari Seri!" Dia nampak begitu marah.Mukanya bertukar bengis.Api dendam membara di dalam dirinya.
* * * *
Awang duduk termenung di beranda rumah.Imah datang menghampirinya dengan membawa secawan kopi panas.
"Kenapa abang nampak muram je ni?Abang tak gembira ke Imah mengandung." kata Sarimah sedikit pelik dengan sikap Awang.Sepatutnya Awang gembira tak terkata bila Sarimah disahkan mengandung lima bulan.Tapi...kenapa Awang kelihatan mati pucuk saja.
YOU ARE READING
MIRROR-거울[blackpink]
HorrorLalisa Monaban.Seorang gadis yg terlampau obses dengan kecantikan.Disebabkan angkara hasad dengkin,muka Lisa hancur.Kecantikannya lenyap dalam sekelip mata. Lisa berusaha mengubati wajahnya.Pelbagai usaha dilakukan.Bahkan,gadis itu sering saja dikut...