Bab 1

71 4 4
                                    

"Alif"

"Ye bu"

"Kita akan pindah"

"Ek??  (⊙o⊙)?

"Kita akan duduk dekat rumah Tok wan"

"Tapi kenapa bu?" _(._.)_

" Ayah dah takde sayang. Ibu perlu kerja. Jadi kalau masa ibu kerja. Ada orang boleh tengokkan makan pakai kamu. Lagi pun tok wan dah tua. Kitalah pula kena jaga dia"

"Tapi!! Yela,  Alif ikut je. Bila bu kita nak pergi? "(⌣_⌣”)

"Seminggu lagi. Ibu kena uruskan pertukaran sekolah kamu dulu. Kamu pun ada masa nak jumpa kawan-kawan kamu. (^_^) Okey. Ibu nak ke dapur. Nak masak, " kepala Alif di usap sebelum ke dapur.

🔸🔸🔸🔸

Jem sekejab otak aku bila teringat kembali khabar yang ibu sampaikan. Tak pernah pun terdetik hati ini nak meninggalkan tempat yang banyak menyimpan kenangan bersama ayah.

Ye.. Ayah dah tak ada lagi. Ibu cakap ayah meninggal masa tidur. Aku tak percaya sebab malam tu. Kami seronok berbual. Aku tiada adik beradik lain. Aku anak tunggal namun aku bukan seperti anak tunggal yang lain yang sering di manjakan.

Ibu ayah selalu melatih aku untuk berdikari. Mulai darjah 3 sampai lah sekarang aku tingkatan 2. Kalau ada aktiviti sekolah atau kem pasti ibu ayah sangat mengalakkan. Kalau aku tidak menyertai pasti mereka akan bertanya.

Aku tak kisah. Aku suka. Bukan kerana aku akan dapat rakan baru tapi ibu selalu pesanan aku anak lelaki satu-satunya anak mereka. Kalau jadi apa-apa dekat ibu ayah. Aku tahu nak uruskan diri.

Walaupun berat ungkapan itu. Tapi aku terpaksa telan kerana aku di ajar hidup ini lawannya kematian. Kita tidak tahu dimana ajal. Aku cuba terima semua ke tentuan yang maha takdir.

Keluhan berat ku lepaskan. Pelbagai ayat kini ku susun bagi mengkhabarkan kepada rakan-rakan rapat ku yang lain.Karim Malek. Khairul Zaquan dan Saiful Izwan Lagi-lagi Nurin Aulia.

Siapa Nuria Aulia?
Dia sahabat aku. Merangkap kakak angkat aku. Yela. Aku mana ada kakak. Nak minta dekat siapa lagi. Kalau bukan orang lain. Hehe. ≧﹏≦

Tapi aku bisu. Ye. Aku bisu.

Kenapa aku bisu?? 

Sebab aku tak mampu nak lafazkan aku suka dekat dia. ∪ˍ∪

🔸🔸🔸🔸

Taman Astaloka

"Asal Alif kau kumpulkan kami ni. Macam esok tak boleh jumpa dekat sekolah, " ujar Karim.

"Betul tu. Kau punya ayat macam hari esok dah tak ada, " sambung Saiful. Ikutkan hatinya mahu sahaja kepala si Alif ni di seligi habis-habisan.

"Mana kak Nur. Dia tak datang ke?, " tanya aku.

"Ish, kak aku tu jugak kau tanya dulu Alif. Aku yang dah terpacak macam tiang bendera sekolah ni takde pulak kau nak tanya, " jawab Khairul.
<(`^´)>

"Ala, tak payah nak sentap doh. Macam tak kenal si Alif ni. Dia punya melekat dengan kakak kau macam gam tau, "  balas Karim sengaja mahu membakar suasana.  Haha.
( ̄▽+ ̄*) tapikan asal kau samakan diri kau dengan tiang bendera sekolah?  Pelik bongkok!!  Sambung Karim lagi.

Kau Yang Terindah SayangWhere stories live. Discover now